Mahkamah Tuntutan Kecil Cara Tuntut Hutang Dari Kawan Yang Liat Membayar


Kita sering dihidangkan dengan pelbagai kisah yang melibatkan isu kewangan terutamanya hutang yang dilihat semakin rancak apabila pihak yang berhutang mendiamkan diri setiap kali pihak yang memberi hutang meminta kembali jumlah wang yang pernah dipinjamkan.

Gambar hiasan

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali wang anda melalui prosedur mahkamah.

Ikuti perkongsian individu ini mengenai kaedah yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan kembali wang milik anda.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI WANG ANDA MELALUI PROSEDUR MAHKAMAH?

Sering berlaku dalam kehidupan kita, malah ada yang berlanjutan selama bertahun-tahun lamanya.

"Bro, bila boleh dapat balik duit aku? Nak pakai duit ni." *bluetick*

Tenang saudara, boleh cuba cara ini ya.

MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL

Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret yang mendengar tuntutan 'kecil' yakni tuntutan-tuntutan yang jumlah tuntutannya adalah tidak melebihi RM5,000.00.

Dalam kes tuntutan kecil, pihak-pihak yang menuntut tidak diwakili Peguam sekali gus menjimatkan poket anda dari membayar kos Peguam.

Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dari Peguam di luar Mahkamah berkenaan kes masing-masing.

Antara perkara yang boleh dituntut adalah seperti berikut:-
Hutang.Sewaan.Barang rosak.Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar, dll.
PROSEDUR

1. Dapatkan Borang 198 di Mahkamah Majistret yang berdekatan. Boleh minta di kaunter, cakap nak buat tuntutan kecil. Borang Percuma.

2. Borang 198 diisi dan dibuat sebanyak 4 salinan. Dalam borang tu nanti tulislah amaun tuntutan dan fakta kes yang menjadi asbab kepada tuntutan tersebut.

3. Dah siap isi Borang 198 ni, hendaklah difailkan di Mahkamah sebanyak 4 salinan tersebut. Bayaran pemfailan adalah sebanyak RM20.00 sahaja.

4. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 tersebut serta memberikan tarikh pendengaran.

5. Tarikh pendengaran adalah tarikh dimana Mahkamah akan mendengar kes tuntutan ye.

6. Selepas menerima Borang 198 yang telah dimeterai oleh Mahkamah, orang yang menuntut (Plaintif) hendaklah melakukan serahan kepada orang yang dituntut (Defendan).

Borang 198 tadi hendaklah diserahkan pada Defendan untuk bagi dia tau, kita nak menuntut hutang.

7. Serahan tersebut boleh dilakukan secara kediri (by hand) ataupun melalui Pos Berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.

8. Defendan, setelah menerima Borang 198 ini dan ingin mempertikaikan tuntutan Plaintif hendaklah memfailkan pembelaan dalam Borang 199 dalam masa 14 hari selepas menerima tuntutan dari Plaintif.

9. Pembelaan hendaklah difailkan di Mahkamah. Jika gagal, penghakiman beserta kos akan diberikan kepada Plaintif. (Kos tidak melebihi RM100.00).

Selesai urusan pemfailan dan serahan Borang 198, maka bersiap sedialah untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh pendengaran yang telah diberikan sebelum ini.

10. Di Mahkamah, Majistret akan mengendalikan kes. Jadi bawalah semua dokumen-dokumen yang berkaitan bagi membuktikan tuntutan anda terhadap Defendan dan ceritakan segalanya kepada Majistret.

11. Defendan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan pembelaannya (jika ada).

12. Sekiranya Plaintif Berjaya dalam tuntutannya, maka Penghakiman akan diberikan.

13. Penghakiman selalunya akan mengarahkan agar Defendan membayar Plaintif amaun yang terhutang itu dalam suatu jangka masa (14 hari kebiasaannya).

14. Penghakiman hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret. Bayaran pemfailan adalah RM 20.00 sahaja.

BAGAIMANA JIKA DEFENDAN BERKENAAN MASIH ENGGAN BUAT PEMBAYARAN?

15. Plaintif boleh pergi balik ke Mahkamah dan isi Borang 208 (Notis Tunjuk Sebab). Borang ni juga berharga RM 20.00.

16. Borang 208 yang telah dicop oleh Mahkamah hendaklah diserahkan kepada Defendan.

17. Defendan, setelah menerima Borang 208 hendaklah hadir ke Mahkamah bagi membolehkan Mahkamah untuk menilai keupayaan Defendan membayar hutang.

18. Setelah dinilai, Mahkamah boleh mengeluarkan arahan supaya barangan milik Defendan disita dan dijual.

Mahkamah juga mungkin mengeluarkan arahan untuk Defendan membayar hutang secara ansuran kepada Plaintif sehingga selesai.

19. Mahkamah juga boleh mengeluarkan arahan supaya Defendan dimasukkan ke 'dalam'.

Namun, segala kos di 'dalam' hendaklah ditanggung oleh Plaintif.

20. Waran tangkap akan dikeluarkan jika Defendan tidak hadir selepas Borang 208 dikeluarkan.

Selamat mencuba.

Ref: Aturan 93, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [Tatacara Tuntutan Kecil].Borang 198 boleh download kat Google.
BACA INI JUGA:
Klip Video Lingam Membongkar Skandal Kehakiman Di Malaysia3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan Pantas
sumber: ashraf.sohaimi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/mahkamah-tuntutan-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikut Cara Ahli Jualan Yang Sebaiknya Kawan Kawan Pahami

Berikut Cara Ahli Jualan Yang Sebaiknya Kawan Kawan Pahami

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 274 hits
Pada kesempatan ini kami akan jelaskan tentang Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pengha...
Cara Merawat Mata Rabun Jauh Supaya Tak Perlu Kecil Kecilkan Mata Nak Tengok Suasana Sekeliling

Cara Merawat Mata Rabun Jauh Supaya Tak Perlu Kecil Kecilkan Mata Nak Tengok Suasana Sekeliling

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 462 hits
Nak baca kisah Si Rabun dengan cermin mata tak Jom baca luahan hati beliau Saya seorang yang ada rabun jauh Baru aje saya buat cermin mata baru sebab power meningkat jadi 450 Tinggi bukan Agak terperanjat juga sebab dua tahun The post appea...
Fouziah Gous Ajar Magic Words Pada Anak Cara Positif Nak Bentuk Akhlak Mulia Si Kecil

Fouziah Gous Ajar Magic Words Pada Anak Cara Positif Nak Bentuk Akhlak Mulia Si Kecil

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 418 hits
Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelakon pengacara dan juga usahawan ibu kepada Zeeshan Yusuf 4 tahun dan Zaheen Yusof 2 tahun Datin Hajah Fouziah Gous tidak menjadikan itu alasan untuk mengabaikan keluarga tersayang Kalau...
Ini Loh 5 Cara Pandai Entrepreneur Ahli Jualan

Ini Loh 5 Cara Pandai Entrepreneur Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 285 hits
Di postingan ini kami akan bahas mengenai Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya income tambah...
Tata Cara Sujud Syukur Yang Benar Lengkap Dengan Hukum Niat Dan Doa

Tata Cara Sujud Syukur Yang Benar Lengkap Dengan Hukum Niat Dan Doa

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 411 hits
Manusia tidak dapat hidup tanpa kasih sayang dan rahmat Tuhan Karenanya sudah sepantasnya kita senantiasa bersyukur kepada Allah SWT Syukur sebagai wujud dari rasa terima kasih dan bentuk penghambaan kepada Allah SWT Ada banyak cara dalam I...
Cara Membuat Suami Tergila Gila Pada Isterinya

Cara Membuat Suami Tergila Gila Pada Isterinya

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 791 hits
Seorang Ayah bercerita pd anak perempuannya Suatu hari seorang wanita tua diwawancarai oleh seorang presenter dalam sebuah acara tentang rahasia kebahagiaannya yang tak pernah putus Apakah hal itu karena ia pintar memasak Atau karena ia can...
Kepingin Mengenal Cara Pandai Ahli Jualan Ini Ulasannya

Kepingin Mengenal Cara Pandai Ahli Jualan Ini Ulasannya

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 238 hits
Kali ini kami akan ulas mengenai Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai penghasilan tambahan ...
Ini Dia Cara Sukses Pdkd Dengan Wanita Idaman

Ini Dia Cara Sukses Pdkd Dengan Wanita Idaman

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 412 hits
Hai sahabat bagi kalian semua yang belum mengenal saya perkenalkan nama saya Adhea Pada kesempatan kali ini saya ingin berbagi tips mengenai cara agar kita sukses atau berhasil PDKT dengan wanita Baca selengkapnya di https www a dhea com
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi