Mahkamah Tangguh Keputusan Permohonan Lhdn Dalam Kes Cukai Najib


Hidir Reduan Abdul Rashid
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan berkenaan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mendapatkan penghakiman terus dalam saman tuntutan cukai berjumlah RM1.69 bilion ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.
Hakim Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas penghujahan kedua-dua pihak selama dua jam di mahkamah hari ini.
Ahmad Bache memberitahu peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan LHDN Abu Tariq Jamaluddin bahawa mahkamah akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk membuat keputusan, dan surat pemberitahuan akan dihantar seminggu sebelum tarikh tersebut.
Pada 8 Mei lalu, mahkamah dilaporkan menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan penghakiman terus oleh LHDN.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi.
Dalam penghujahannya hari ini, Abu Tariq berkata mahkamah patut membenarkan permohonan itu kerana Najib masih boleh berhujah berhubung merit taksiran semula cukai dengan pesuruhjaya khas cukai pendapatan (PKCP).
Najib sebelum ini dilaporkan telah memfailkan taksiran semula cukai dengan PKCP.
Abu Tariq juga antara lain berkata permohonan penghakiman terus tersebut selaras dengan Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Seksyen 106(1) akta tersebut menyatakan cukai yang perlu dibayar boleh didapatkan kerajaan menerusi prosiding sivil.
Seksyen 106(3) pula menyatakan mana-mana prosiding di bawah seksyen itu, mahkamah tidak perlu melayan sebarang rayuan bahawai jumlah cukai yang ingin didapatkan kerajaan antaranya sebagai berlebihan, dinilai secara tidak tepat, di bawah rayuan atau dinaikkan secara tidak tepat.
Bagaimanapun Shafee berkata saman yang difailkan LHDN bukanlah kes yang terang-terangan sesuai untuk penghakiman terus, menandangkan ada banyak isu pertikaian yang memerlukan pendengaran penuh di mahkamah.
Peguam veteran itu berkata antara isu tersebut adalah pandangan mereka bahawa wang yang dinilai LHDN didakwa sebagai wang derma dan maka tidak perlu dicukaikan.
Beliau merujuk dakwaan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi kira-kira AS$620 didakwa telah dikembalikan kepada penyumbangnya, yang menurut Shafee memerlukan pendengaran penuh di mahkamah.
Beliau juga mempersoal mengapa LHDN tergesa-gesa mahukan penghakiman terus, dengan mendakwa ia bersamaan dengan berlaku zalim terhadap Najib.
Kerajaan memfailkan saman itu pada 25 Jun tahun lalu. Saman itu menuntut RM1.69 bilion daripada Najib, dengan kadar faedah tahunan lima peratus bermula tarikh notis taksiran, serta ganti rugi kos serta relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan berkata Najib gagal membayar cukai pendapatan sejak 2011 hingga 2017 dalam masa 30 hari selepas notis taksiran dikeluarkan.
Maka, jumlah yang perlu dibayar naik 10 peratus setiap tahun.
LHDN juga berkata Najib telah diberi masa 60 hari untuk membuat bayaran cukai serta 10 peratus kenaikannya, tetapi gagal berbuat demikian.
Susulan itu, Najib dikenakan tambahan lima peratus kenaikan, menjadikan jumlah keseluruhan cukai pendapatannya kepada RM1,692,872,924.83.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/mahkamah-tangguh-keputusan-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Bicara

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Bicara

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 249 hits
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad yang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kand...
Lhdn Saman Najib Semua Perlu Bayar Cukai Sebaik Sahaja Notis Taksiran Lhdn Diterima Mahkamah Diberitahu

Lhdn Saman Najib Semua Perlu Bayar Cukai Sebaik Sahaja Notis Taksiran Lhdn Diterima Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kewajipan untuk membuat pembayaran sebaik sahaja seseorang itu menerima notis taksiran cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri terpakai kepada semua termasuk bekas Perdana Me...
Kes Dato Aliff Syukri Apa Apakan Anak Angkatnya Ameenah Akhirnya Terbongkar Keputusan Sebenar Mahkamah

Kes Dato Aliff Syukri Apa Apakan Anak Angkatnya Ameenah Akhirnya Terbongkar Keputusan Sebenar Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 330 hits
USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan kes buat anak angkatnya Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah Kes Dato Aliff Syukri apa apakan anak angkatnya Ameenah Akhirnya terbongkar keputusa...
Ph Tak Takut Bubar Parlimen Ph Tunggu Keputusan Kes Mahkamah Orang Umno

Ph Tak Takut Bubar Parlimen Ph Tunggu Keputusan Kes Mahkamah Orang Umno

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 332 hits
Antara sebab mengapa dikatakan Pakatan Harapan takut jika Parlimen dibubar bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan Menurut pandangan penulis PH sebenarnya tidak takut sebaliknya menunggu keputusan kes di mahkamah terhadap beberapa orang...
Mahkamah Tangguh Kes Selepas Menteri Sabah Dirawat Di Hospital Akibat Vertigo

Mahkamah Tangguh Kes Selepas Menteri Sabah Dirawat Di Hospital Akibat Vertigo

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 320 hits
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata Peter Anthony sepatutnya menaiki pesawat ke Kuala Lumpur petang semalam KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sebutan kes Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony selepa...
Rci Kes Adib Tabung Haji Wajar Kata Najib

Rci Kes Adib Tabung Haji Wajar Kata Najib

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 483 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata suruhanjaya siasatan diraja wajar ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim seorang anggota bomba yang meninggal dunia selepas cedera dalam tunjuk perasaan berdekatan Kuil Sri Maha Ma...
Hakim Tolak Tangguh Perbicaraan Najib Susulan Afidavit Bekas Ag

Hakim Tolak Tangguh Perbicaraan Najib Susulan Afidavit Bekas Ag

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 264 hits
KES PINDA AUDIT 1MDB Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes pindaan laporan audit laporan 1MDB terhadap bekas perdana menteri Najib Razak Permohonan itu susulan afidavit yang difailkan o...
Kes Rm116 Juta Najib Vs Kes Rm250k Syed Saddiq

Kes Rm116 Juta Najib Vs Kes Rm250k Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 363 hits
Kes YouthPower ini agak berbeza dengan kes wang yang disita dari kondo yang dikatakan berkait saya Dalam kes saya wang RM116 juta disita dari kondo yang dikatakan berkait saya selepas ianya dipindah dari peti peti besi Pejabat Perdana Mente...
Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 324 hits
Tun Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan enam orang wakil rakyat yang sedang di dalam perbicaraan mahkamah tidak akan didapati bersalah Malah katanya sewaktu Muhyiddin rancang untuk terima Umno dan Najib Razak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities