Kes Rm116 Juta Najib Vs Kes Rm250k Syed Saddiq
Kes #YouthPower ini agak berbeza dengan kes wang yang disita dari kondo yang dikatakan berkait saya
Dalam kes saya, wang RM116 juta disita dari kondo yang dikatakan berkait saya (kondo itu bukan milik saya) selepas ianya dipindah dari peti-peti besi Pejabat Perdana Menteri SELEPAS kita kalah PRU14.
Dana itu adalah dana pilihanraya PRU14 yang disumbang oleh individu-individu ternama kepada BN untuk tujuan kita mempertahankan kerajaan BN
Ini perkara kelaziman untuk menyumbang wang tunai masa PRU14 kerana ramai individu yang menyumbang tidak mahu dikenali. Parti-parti politik lain juga menerima sumbangan berkenaan
Saya telah memberi senarai penyumbang ini semasa saya disoal siasat oleh pihak polis
Pihak polis juga telah mendapat pengesahan daripada individu-individu ternama tersebut
Sebab itu, saya tidak didakwa di bawah undang-undang jenayah kerana sumber boleh disahkan
Namun, kerajaan PH mengambil langkah mudah dan zalim untuk memfailkan saman sivil untuk lucut hak dana-dana tersebut berdasarkan bukti affidavit sokongan sahaja bahawa mereka "percaya" dana itu berkait 1MDB dan bukan kes jenayah
"The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas barang-barang itu, yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB."
"K'jaan failkan saman lucut hak ke atas Najib, Rosmah"https://www.malaysiakini.com/news/475288
Walaupun dana sudah disita lebih 2 tahun, kes saman sivil ini masih belum mula perbicaraan di mahkamah setelah ditangguh pihak kerajaan berkali-kali
Dalam kes YouthPower pula, dia memberi keterangan kepada polis bahawa sumber dana RM250,000 yang didakwa dicuri itu adalah daripada ibubapa dia untuk tujuan renovation rumah dia
(Berbeza dengan masa PRU di mana wang tunai memang banyak dibelanja, saya tak faham kenapa pula kontraktor-kontraktor perlu dibayar dalam bentuk wang tunai)
Ianya juga perkara mudah jika sumber dana itu memang dari ibubapa dia kerana penyata akaun-akaun bank mereka akan menunjukkan pengeluaran wang tunai
Sebab itu, saya juga pelik kenapa pihak SPRM perlu menyoal bendahari ARMADA dan kenapa ibubapa dia perlu disoal untuk kali ke-4 oleh pihak SPRM
"9 Jun 2020: Ibu bapa Syed Saddiq dipanggil SPRM buat kali ke-4"https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/09/ibu-bapa-syed-saddiq-dipanggil-sprm-buat-kali-ke-4/
Ini kali ke-4 dah
Adakah ini kerana pihak berkuasa gagal mengesahkan bahawa sumber dana yang dicuri itu adalah dari ibubapa dia
Dan jika #Youthpower gagal membuktikan sumber wang tunai itu adalah dari ibubapa dia, adakah dia serta ibubapa dia bakal dituduh memberi kenyataan palsu kepada SPRM jika pihak berkuasa berjaya membuktikan sumber dana itu adalah dari ARMADA
(Kenapalah ko libatkan orang tua kamu?)
Sama-sama kita menanti kesudahan drama ini
NajibRazak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/06/kes-rm116-juta-najib-vs-kes-rm250k-syed.html