Mahkamah Rayuan Batal Pembebasan Muhyiddin


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Feb 28, 2024 3:00 PM
Mahkamah Rayuan membatalkan pelepasan dan pembebasan Muhyiddin Yassin apabila mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah Syed Ali hari ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun lepas yang membenarkan bekas perdana menteri itu untuk mencabar pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak jelas dan cacat.

Panel hakim, yang turut dianggotai hakim Azmi Ariffin dan SM Komathy, membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan salah guna kuasa.

Bercakap bagi pihak panel rayuan, Hadhariah memutuskan bahawa pertuduhan adalah jelas dan tidak kabur.

Pada 15 Ogos tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan salah guna kuasa adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Dia berkata pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai dakwaan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Hakim menegaskan antara kekurangan kejelasan mengenai empat pertuduhan itu ialah sama ada Muhyiddin dituduh membuat keputusan yang menyalahi undang-undang atau menggunakan kedudukannya secara menyalahi undang-undang.

Hakim menolak dakwaan pihak pendakwaan bahawa butiran dan perincian akan didedahkan semasa perbicaraan jenayah, menegaskan bahawa pertuduhan mestilah mengandungi butir-butir yang mencukupi untuk membolehkan Muhyiddin lebih bersedia untuk berdepan dakwaan semasa perbicaraan.

Bagaimanapun, Muhyiddin masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Empat dakwaan salah guna kuasa

Pada Mac tahun lepas, di hadapan Mahkamah Sesyen, Muhyiddin minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduhnya menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara Mac 1, 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfpuaa) - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama .

Ahli politik berusia 77 tahun itu didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity - antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.

Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepada Muhyiddin.

Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.

Pengubahan wang haram adalah kesalahan menyamarkan aset kewangan supaya ia boleh digunakan tanpa pengesanan aktiviti haram yang menghasilkannya.

Melalui pengubahan wang haram, hasil monetari yang diperoleh daripada aktiviti jenayah diubah menjadi dana dengan sumber yang sah.

[Laporan penuh menyusul]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/mahkamah-rayuan-batal-pembebasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Kekal Kluster Mahkamah

Muhyiddin Kekal Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 187 hits
Baru je hari tu ada walaun kata PMX fitnah Mahiaddin Sebab Mahiaddin dibuktikan tak bersalah Walaun tu tak faham Mahiaddin bebas masa tu bukan sebab tak bersalah tapi disebabkan ada Pendakwaan buat rayuan dan hari ini rasuah diterima Maka p...
Muhyiddin Jangan Samakan Saya Dengan Pm Ke 10

Muhyiddin Jangan Samakan Saya Dengan Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 170 hits
Malaysiakini nbsp Muhyiddin Yassin berkata Putrajaya sepatutnya mendedahkan mengapa surat hasrat yang diberikan PH kepada sebuah syarikat untuk kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan dibatalkan oleh PN kemudiannya Pengeru...
Don T Blame Ringgit Depreciation On Opposition Muhyiddin

Don T Blame Ringgit Depreciation On Opposition Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 132 hits
Everyone wants to blame the opposition now who is the government This was the reaction of former prime minister Muhyiddin Yassin when responding to the issue of the ringgit s decline According to a Harian Metro report the Bersatu president ...
Muhyiddin Denies Spanco Involvement As Macc Probe Case

Muhyiddin Denies Spanco Involvement As Macc Probe Case

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 188 hits
Former prime minister Muhyiddin Yassin urged the government to reveal the exact date that the contract was given to fleet maintenance company Spanco PETALING JAYA Former prime minister Muhyiddin Yassin has denied allegations on social media...
Muhyiddin Spanco Claims Meant To Tarnish My Reputation

Muhyiddin Spanco Claims Meant To Tarnish My Reputation

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 177 hits
Former prime minister Muhyiddin Yassin has denounced allegations of wrongdoing surrounding the award of a vehicle fleet concession to Spanco Sdn Bhd calling it part of a series of character assassination attempts to tarnish his reputation T...
Appellate Court Quashes Muhyiddin S Acquittal

Appellate Court Quashes Muhyiddin S Acquittal

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 169 hits
The Court of Appeal quashed the discharge and acquittal of Muhyiddin Yassin when it reinstated the four abuse of power charges against him linked to the Jana Wibawa programme The three person bench chaired by Hadhariah Syed Ali today unanim...
Azam Persoal Penafian Muhyiddin Berkait Spanco

Azam Persoal Penafian Muhyiddin Berkait Spanco

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 170 hits
Ketua pesuruhjaya SPRM berkata beliau tidak pernah membuat andaian bekas perdana menteri itu terlibat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mempersoalkan penafian Muhyiddin Yassin dalam siasatan kontrak peroleha...
Filem Reeza Gtr

Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

Ringgit Hits 28 Month High After Fed Rate Cut

Generate Unique Brand Names

Ambil Insulin Selalu Hypoglycemia

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Ni Namanya Hate Stalking


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Perbedaan Antara Lkp Dan Lpk Pemahaman Dan Aktivitasnya

Naratiwat Rim Khuean Market

Pasukan Malbatt Selamat Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Bagaimana Populariti Boleh Mengubah Persepsi

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Dunia Pendidikan Hari Ini Semakin Mencabar