Mahkamah Cadang Kes Saman Khalid Samad Fmt Diselesai Cara Baik


MALAYSIAKINI
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menasihatkan supaya kes saman fitnah bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Abdul Samad, terhadap sebuah syarikat penerbitan portal berita dalam talian, Free Malaysia Today (FMT) dan bekas ketua pengarangnya, diselesaikan secara baik.
Saman itu adalah berhubung penerbitan artikel memfitnah membabitkan jawatan perdana menteri ke-8 antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Mohamed Ashmeer Mohamed Ashrof yang mewakili Khalid memberitahu pemberita bahawa, mahkamah meminta supaya pihak-pihak terlibat berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap kes tersebut.
“Sekiranya tiada penyelesaian dicapai, mahkamah menetapkan dua hari bermula 1 Julai tahun depan untuk perbicaraan kes,” katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datin Rohani Ismail, yang turut menetapkan 10 Dis untuk pengurusan kes selanjutnya.
Pada 23 Jun lepas, Khalid, yang juga pengarah komunikasi parti Amanah selaku plaintif memfailkan saman, dengan menamakan Abdar Rahman Koya dan FMT Media Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam penyataan tuntutan, Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa pada 26 Feb lepas, kedua-dua defendan telah mengarang dan menerbitkan artikel bertajuk ‘Khalid presses on, tell Dr M to make way for Anwar’ di portal berita berkenaan, selepas merujuk kepada hantaran Twitter milik plaintif pada hari yang sama.
Dakwa Khalid, defendan telah menterjemahkan hantaran Twitternya dengan menggunakan perkataan defendan sendiri dalam Bahasa Inggeris, tanpa mendapatkan sebarang pengesahan daripada plaintif dan penerbitan memfitnah itu boleh dilihat dan diakses, di portal berita berkenaan.
Khalid mendakwa penerbitan memfitnah itu antara lainnya membawa maksud bahawa plaintif, telah menuntut agar Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri atau perdana menteri interim, selain mendakwa plaintif bersikap biadap dan tidak menghormati seorang tokoh yang berpengalaman serta berpangkat tinggi.
Dakwanya walaupun defendan menerbitkan satu pernyataan memohon maaf terhadap plaintif, namun ia tidak disiarkan kepada umum sebaliknya defendan pertama (Abdar), telah mengejek plaintif seterusnya menegaskan bahawa terjemahan terhadap hantaran Twitter adalah tepat.
Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan, selain memohon kedua-dua defendan menerbitkan pernyataan permohonan maaf dalam terma-terma yang dipersetujui oleh plaintif, kos, dan injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula artikel berkenaan.
Sementara itu, kedua-dua defendan menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 7 Ogos lepas mendakwa terjemahan yang dilakukan adalah benar dan tidak mengelirukan, serta tidak memfitnah plaintif. Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/mahkamah-cadang-kes-saman-khalid-samad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Saman Awal Scha Dengan D Haja Mahkamah Cadang Selesai Melalui Mediasi

Kes Saman Awal Scha Dengan D Haja Mahkamah Cadang Selesai Melalui Mediasi

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 349 hits
Kes saman membabitkan pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Alyahya dengan syarikat pembekal tekstil D Haja Sdn Bhd yang kini berada di peringkat rayuan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan supaya diselesaikan secara baik ...
Isu Tanah Felda Bicara Kes Saman Synergy Terhadap Shahrir Samad Pada 26 Oktober

Isu Tanah Felda Bicara Kes Saman Synergy Terhadap Shahrir Samad Pada 26 Oktober

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 26 Okt depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd terhadap bekas Pengerusi Felda Ta...
Alasan Bodoh Khalid Samad Husam Letak Jawatan Naib Presiden Kerana Nak Tawan Kelantan

Alasan Bodoh Khalid Samad Husam Letak Jawatan Naib Presiden Kerana Nak Tawan Kelantan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 407 hits
Amanah hari ini mengesahkan bahawa Husam Musa telah melepaskan jawatan sebagai naib presiden parti itu Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dalam satu kenyataan berkata perlepasan jawatan berkenaan telah diluluskan oleh mesyuarat bulanan...
Khalid Samad Sahkan Husam Mohon Untuk Letak Jawatan

Khalid Samad Sahkan Husam Mohon Untuk Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 317 hits
Parti Amanah Negara mengesahkan Datuk Husam Musa telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selaku Naib Presiden Bagaimanapun Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad berkata perkara tersebut masih belum diputuskan lagi oleh kepimpina...
Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Ketepi Saman Peguam

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Ketepi Saman Peguam

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 324 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan untuk mengetepikan saman seorang peguam berhubung pengampunan diraja untuk Presiden PKR Anwar Ibrahim Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan untuk menolak permohonan dibuat Anwar itu da...
Mahkamah Rayuan Sambung Pendengaran Kes Bubar Dun Sabah

Mahkamah Rayuan Sambung Pendengaran Kes Bubar Dun Sabah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 323 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan tengah hari tadi menyambung semula pendengaran rayuan kes berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu Panel 3 hakim dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil mula mendengar rayuan itu semalam d...
Ali Puteh Terima Baik Dengan Keputusan Mahkamah

Ali Puteh Terima Baik Dengan Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 319 hits
Baru jer tadi balu kepada Allahyarham Abam Bocey Siti Norhidayah Mohd Ali mengatakan bahawa dia amat berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid Kalau korang nak baca lebih...
Kes Guan Eng Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Berkumpul Di Mahkamah Esok

Kes Guan Eng Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Berkumpul Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 483 hits
Polis menasihatkan orang ramai terutama penyokong bekas menteri kewangan Lim Guan Eng untuk tidak berkumpul berarak dan hadir semasa pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan itu di Mahkamah Sesyen Butterworth esok Ketua Polis Daerah Seberang ...
Kes Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta Lhdn Terhadap Ku Nan Selesai

Kes Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta Lhdn Terhadap Ku Nan Selesai

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57 17 juta yang tidak dibayar bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sejak 2012 sehingga 2017 telah disel...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9