Mahkamah Benar Permohonan Tajuddin Batal Saman 2 Mp Dap


Haspaizi Zain 
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari membenarkan permohonan Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman membatalkan saman dikemukakan dua wakil rakyat DAP berhubung dakwaan parti itu cuba menghapuskan sistem beraja di negara ini.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Latifah Mohd Tahar.

Saman berkenaan difailkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua.

Peguam kepada dua wakil rakyat DAP itu, Farhan Haziq Mohamed memaklumkan pembatalan saman itu dibuat tanpa dikenakan sebarang kos.

Farhan memberitahu Malaysiakini, mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan defendan tidak menerbitkan kenyataan berbaur fitnah.

"Mahkamah membatalkan saman berkenaan tanpa mengenakan sebarang kos (untuk dibayar kepada Tajuddin)

"Bagaimanapun, kami masih boleh mengemukakan rayuan ataupun memfailkan permohonan baru, kami mempunyai masa untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui selepas prosiding.
Loke dan Pua memfailkan saman terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu melalui firma guaman Tetuan Ezzah & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.

Kedua-dua pemimpin DAP itu menyaman Tajuddin berhubung ucapannya di Kampung Jawa pada malam sebelum pilihan raya kecil parlimen Sungai Kandis pada 3 Ogos tahun lepas.

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Zawawi Ahmad Mughni memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 5,842 undi, menewaskan calon BN, Lokman Noor Adam dalam pilihan raya kecil itu yang diadakan pada 4 Ogos 2018.

Loke dan Pua berkata Tajuddin dalam ucapannya mendakwa mereka merupakan penganut Kristian dan bersama-sama rakan mereka dalam DAP berusaha untuk bukan sahaja menyebarkan agama itu tetapi juga menghapuskan raja-raja Melayu.

Tajuddin juga didakwa mengatakan kedua-dua MP DAP itu berusaha menubuhkan sistem pemerintahan seperti di Singapura yang mana tidak memiliki raja atau sultan.

Selain itu Tajuddin dalam ucapannya juga didakwa mengatakan mereka mahu mendirikan sebuah negara republik.

Kenyataan defendan disiarkan oleh Malaysiakini bertajuk ‘Christian DAP’ salvo to close BN’s Sg Kandis campaign’ yang dimuat naik oleh portal berita itu pada malam yang sama dia berucap.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, Loke dan Pua menafikan mereka ialah mubaligh Kristian dan berkata kenyataan Tajuddin menggambarkan mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai menteri dan ahli parlimen, malah sebaliknya menggunakan kedudukan mereka untuk mengangkat agenda politik peribadi.

Bagaimanapun, Tajuddin tidak hadir pada sesi prosiding hari ini dan hanya diwakili penguamnya, Hasnal Rezuan Merican.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/mahkamah-benar-permohonan-tajuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Satu Yang Benar Dap Atau Pasir Salak

Mana Satu Yang Benar Dap Atau Pasir Salak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 339 hits
Keputusan mahkamah mengesahkan PASIR SALAK tidak fitnah Dan hasut Kalau tidak fitnah atau hasut ertinya perbuatan DAP ITU adalah benar Ana terkeliru sikit
Pasir Salak Mp Tajuddin Sued Over Anti Monarchy Christian Dap

Pasir Salak Mp Tajuddin Sued Over Anti Monarchy Christian Dap

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 727 hits
Transport Minister Anthony Loke and Damansara MP Tony Pua are suing Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman over his allegation that DAP sought to do away with Malaysia s monarchy system According to court papers obtained by Malaysiakini their...
Mahkamah Tinggi Benar Tangguh Penjara Wan

Mahkamah Tinggi Benar Tangguh Penjara Wan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 598 hits
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin 37 kerana menerbitkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Selangor Hakim Datuk Abdul Ha...
Anthony Loke Pua Saman Tajuddin

Anthony Loke Pua Saman Tajuddin

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 289 hits
Diterbitkan Hari ini 8 17 malamMenteri Pengangkutan Anthony Loke dan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman kerana mendakwa DAP cuba menghapuskan sistem raja raja di ...
Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Reman Haziq

Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Reman Haziq

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 282 hits
Mahkamah tolak permohonan semakan reman Haziq Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Jul 2019 11 52AM
Bapa Adib Fail Permohonan Komital Heret Tommy Ke Mahkamah

Bapa Adib Fail Permohonan Komital Heret Tommy Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM DIKEMASKINI Bapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Muhammad Adib Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara Tommy Thomas berhubung punca kematian anaknya Bapa Muhammad Ad...
Ibu Bapa Mangsa Toksik Pasir Gudang Tekad Failkan Saman Rm10 Juta

Ibu Bapa Mangsa Toksik Pasir Gudang Tekad Failkan Saman Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 681 hits
Mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan masalah kesihatan bulan ini Ibu kepada salah seorang mangsa pencemaran Sungai Kim Kim Norlela Abu Hashim 45 berkata tind...
Pencemaran Udara Toksik Warga Jakarta Saman Presiden Jokowi

Pencemaran Udara Toksik Warga Jakarta Saman Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 461 hits
JAKARTA Warga Jakarta memfailkan saman semalam kerana kegagalan pemerintah menangani pencemaran udara toksik di ibu kota Indonesia Jakarta diselubungi jerebu hampir sepanjang bulan lalu manakala bacaan kualiti udara merekodkan ketumpatan ti...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis