Mahiaddin Lelaki Berbaju Koyak Di Tengah Khalayak


 
Bagaimana marah dan bencinya rakyat kepada kerajaan PN sekarang ini adalah realiti yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.
Di mana-mana, di alam nyata atau alam maya, itulah hakikat yang memenuhi atmosfera.
Di media sosial, dengan trend baru merakam ucapan dalam bentuk video, kebelakangan ini telah tampil semakin ramai rakyat biasa yang berani meluahkan rasa benci dan marah mereka, sementara dalam bentuk tulisan perkara itu sudah melumrah sejak sekian lama sebelumnya.
Ada yang meluahkannya dalam bentuk percakapan biasa, sindiran dan tidak kurang melalui lirik lagu yang disesuaikan dengan realiti kegagalan kerajaan.
Setiap hari – lelaki, wanita dan anak muda – ada saja yang berani memuatnaik video kemarahan mereka tentang kerajaan yang gagal dan menyusahkan rakyat ini.
Mereka yang berbuat demikian itu bukanlah wajah-wajah biasa yang memang diketahui selalu mengkritik kerajaan, tetapi merupakan profil-profil biasa yang tidak pernah menampil diri sebelum ini.
Apakah petanda semua ini?
Semua ini menandakan kemarahan dan kebencian rakyat sudah sampai ke tahap yang cukup parah dan terburuk pernah berlaku.
Kemarahan kelompok tertentu kepada kerajaan dan Perdana Menteri pada umumnya adalah perkara biasa, ia berlaku kepada semua kerajaan di dunia ini.
Ketika era Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak sebelum ini, mereka juga mengalaminya, namun apa yang berlaku kepada kerajaan PN dan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini, ia ternampak amat luar biasa sekali.
Kegagalan Mahiaddin serta kerajaan dalam mengawal Covid19, mengurus ekonomi dan menjaga rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik itu benar-benar menberi tekanan dan tidak boleh diterima.
Tiada kerajaan dan Perdana Menteri yang seteruk ini dalam mengurus negara lantaran tumpuan Mahiaddin untuk mempertahankan kuasa ternampak begitu berlebih-lebihan berbanding menjaga rakyat yang merupakan pemegang taruh yang sebenar dan utama.
Dalam keadaan biasa, memang rakyat mempunyai kuasa yang terhad untuk menjatuhkan kerajaan, melainkan perlu menunggu pilihanraya setiap lima tahun sekali untuk berbuat demikian.
Hanya jika rakyat sudah berhati kering dan tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan, barulah ketika itu ada potensi untuk kebangkitan rakyat digerakkan bagi perletakan jawatan ketua kerajaan.
Setakat sehari dua ini, hati rakyat negara kita rasanya belum sampai lagi ke tahap perlu melakukan seperti yang pernah berlaku di Indonesia, Thailand dan beberapa negara Timur Tengah beberapa tahun sebelum ini.
Tetapi, tahap kemarahan, kebencian dan keinginan menukar kerajaan dan Perdana Menteri barangkali lebih kurang sama saja kemahuannya.
Pilihan yang ditunggu kini ialah pilihanraya di mana di situlah nanti rakyat berhak menggunakan kuasa mereka sepenuhnya untuk menentukan siapa yang harus dijadikan kerajaan dan Perdana Menteri.
Melihat kepada penolakan dan kemarahan rakyat yang terus menaik tahapnya hari demi hari, apalagi setelah UMNO yang merupakan pemegang saham terbesar dalam kerajaan PN sudah pun mengumumkan menarik sokongan, harapan Mahiaddin memenangi pilihanraya akan datang dirasakan amat sukar sekali.
Mahiaddin kini di mata rakyat adalah Perdana Menteri yang tiada lagi sokongan majoriti atau seperti lelaki yang berpakaian koyak di tengah-tengah khalayak, tetapi terus berlagak bagai seorang selebriti.
Ya…hanya seseorang yang tiada lagi rasa malu dalam dirinya saja yang sanggup terus ke sana ke sini dengan pakaian koyak sambil merasakan dirinya adalah pujaan hati.
Lelaki dengan pakaian koyak, realitinya bukan pilihan untuk diraikan lagi.
 (ShahbudinHusin 15/07/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/mahiaddin-lelaki-berbaju-koyak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ebit Lew Akan Jawab Semua Fitnah Esok Jam 12 Tengah Hari

Hiburan Ebit Lew Akan Jawab Semua Fitnah Esok Jam 12 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 319 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew sebentar tadi melalui Facebook rasmi miliknya memaklumkan akan melakukan sesi siaran langsung bagi menjawab semua fitnah yang dilontarkan kepadanya dan dirasakan tidak berasas BACA AdvertisementEbit Lew juga memaklu...
Ebit Lew Luah Rasa Kecewa Dan Sedih Akan Jelaskan Semua Jam 12 Tengah Hari Esok

Ebit Lew Luah Rasa Kecewa Dan Sedih Akan Jelaskan Semua Jam 12 Tengah Hari Esok

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 429 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew sebentar tadi melalui Facebook rasmi miliknya memaklumkan akan melakukan sesi siaran langsung bagi menjawab semua fitnah yang dilontarkan kepadanya dan dirasakan tidak berasas
Rasuah Terapung Di Tengah Laut

Rasuah Terapung Di Tengah Laut

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 273 hits
Astro AwaniKehadiran mereka menyebabkan nelayan tempatan menderita kerana hasil yang akan diperolehi mereka semakin hari semakin berkurangan Foto Astro AWANIKOTA BHARU Pencabulan di perairan negara bukan isu baharu sebaliknya setiap hari pu...
Pkpd Di 34 Mukim Di Selangor Tamat Tengah Malam Ini

Pkpd Di 34 Mukim Di Selangor Tamat Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh KUALA LUMPUR Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 34 mukim di Selangor bermula tengah malam ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis...
Baru Sejam Tukar Nama Nissan Skyline Gtt R34 Terbabas Dipandu Orang Tengah

Baru Sejam Tukar Nama Nissan Skyline Gtt R34 Terbabas Dipandu Orang Tengah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 347 hits
SAYANGNYA Belum sampai ke tangan pemilik kereta yang dibeli terlibat dalam kemalangan sehingga tidak dapat diselamatkan
Panglima Tni Minta Perwira Harus Siap Hadapi Ancaman Di Tengah Pandemi Covid

Panglima Tni Minta Perwira Harus Siap Hadapi Ancaman Di Tengah Pandemi Covid

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 233 hits
Menurut dia ke depan tantangan yang dihadapi semakin dinamis beragam dan susah untuk diprediksi Bentuk ancaman akan berkembang mengikuti kemajuan teknologi
Payung Yang Koyak Robak Rabik

Payung Yang Koyak Robak Rabik

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 289 hits
Hari hari dan tanpa putus tajuk berita dalam negara kita membawa kisah yang makin tidak berguna Atau useless news dalam bahasa mudah Berita yang bukan saja tidak bermanfaat apa pun bagi rakyat negara tetapi berita yang lahir daripada fe el ...
Kj Kena Koyak

Kj Kena Koyak

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 451 hits
Fokus covid bukan personal Lagipun kes belum dibuat rayuan kau PUNYA ulas MACAM putih bersih Yang kena 12 tahun bukan jenayah Ooohhhh belum selesai mahkamah rayuan pandai pula Politik pun dah tak pandai akhir zaman
Mahiaddin Has Lost Control Of The Runaway Train

Mahiaddin Has Lost Control Of The Runaway Train

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 518 hits
Mahiaddin Yassin s tenure can be described in three words hypocrisy corruption and fear Hypocrisy because he claimed from the beginning that he wanted to Malaysia The reality is that despite emergency rule where he had the power to push thr...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas