Mahdzir Dibenarkan Pulang Selepas Beri Keterangan Sprm Selama 8 Jam


Mahdzir Khalid memberi keterangan kepada SPRM kes projek solar di sekolah di Sarawak. – Foto The Malaysian Insight
Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, memberi keterangan lebih lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.
Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO itu dipanggil untuk hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak.
Kenderaan jenis Mercedes-Benz putih dinaiki Mahdzir memasuki ibu pejabat SPRM jam 10 pagi tadi sebelum dilihat keluar pada jam 6.15 petang tadi.
“Setakat ini tidak ada maklumat sama ada beliau akan didakwa atau tidak esok,” kata sumber kepada NSTP.
Terdahulu, Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Adam, menerusi WhatsApp memaklumkan perhimpunan solidariti bersama Mahdzir di perkarangan ibu pejabat SPRM malam ini dibatalkan selepas dimaklumkan peguam Mahdzir bahawa Naib Presiden UMNO itu tidak akan ditahan dan dibenarkan pulang selepas memberi keterangan.
Sebelum ini, laporan media yang memetik sumber mendakwa seorang bekas menteri bakal ditahan SPRM, hari ini sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok.
Pada mulanya, bekas menteri terbabit dijanjikan habuan berjumlah jutaan ringgit untuk Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak namun akhirnya hanya menerima RM50,000 sahaja.
Secara keseluruhan, projek berkenaan bernilai RM1.25 billion dengan rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan,” katanya.
Katanya, kedua-dua kesalahan meminta dan menerima suapan itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM, dan sekiranya didapati bersalah, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan bagi setiap pertuduhan.
15 November lalu, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, didakwa bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor, dengan tuduhan menerima rasuah berkaitan dengan projek itu.
Rosmah dikatakan cuba memperoleh RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan, Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin. antara Mac dan April 2016, iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak yang ditawarkan sebagai dorongan untuk membantu syarikat memperoleh projek melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah juga didakwa menerima suapan sebanyak RM1.5 juta daripada Saidi untuk membantu beliau memperoleh kontrak itu. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 7 September tahun lalu di kediaman di Taman Duta, di sini.
Dalam perkembangan yang sama hari ini, pendakwa raya memfailkan permohonan di mahkamah agar Rizal Mansor dan Rosmah Mansor dibicarakan secara bersama di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.
KLIK VIDEO: Muhyiddin dedah peguam One City upah ‘orang melayu’ kawal kuil Sri Maha Mariamman
KLIK BACA: Jho Low kaya raya – kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir
KLIK BACA: Kenapa Najib arah buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Mahdzir dibenarkan pulang selepas beri keterangan SPRM selama 8 jam appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190515/mahdzir-dibenarkan-pulang-selepas-beri-keterangan-sprm-selama-8-jam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Soal Siasat Mahdzir Selama 8 Jam

Sprm Soal Siasat Mahdzir Selama 8 Jam

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 236 hits
PUTRAJAYA Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid disoal siasat lebih lapan jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini berkenaan projek tenaga solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM2 5 bilion Difahamkan beliau ya...
Najib Selesai Beri Keterangan Hampir 4 Jam Di Sprm

Najib Selesai Beri Keterangan Hampir 4 Jam Di Sprm

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 311 hits
THE MALAYSIA TIMES PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini selepas memberi keterangan kira kira empat jam dipercayai berkaitan kes penyelewen...
Ambrin Tinggalkan Sprm Selepas Lebih 7 Jam

Ambrin Tinggalkan Sprm Selepas Lebih 7 Jam

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 236 hits
Ambrin tinggalkan SPRM selepas lebih 7 jam Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 5 Dec 2018 10 19PM middot
Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 557 hits
Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan AtlantikKapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik
Melawat Komtar Sirih Pulang Ke Gagang Selepas 10tahun

Melawat Komtar Sirih Pulang Ke Gagang Selepas 10tahun

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 243 hits
Sirih Pulang ke Gagang 10 tahun lalu disinilah Un mula menapak dalam kerjaya Jangan lupa dimana kita bermula Bermula daripada kerja kerani bawahan sampailah direzekikan dapat kerja sekarang Masa tu naik rapid bus berulang alik The post appe...
Dasar Mewajibkan Buruh Asing Pulang Ke Negara Asal Selepas Permit Tamat Tempoh Sedang Diteliti Menteri Sumber Manusia

Dasar Mewajibkan Buruh Asing Pulang Ke Negara Asal Selepas Permit Tamat Tempoh Sedang Diteliti Menteri Sumber Manusia

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengikut langkah Jepun Korea Selatan Taiwan dan Hong Kong yang menggubal dasar berkaitan kemasukan buruh asing di negara mereka Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran menjelaskan antara kandun...
Geledah Kantor Pdam Karawang Selama 6 Jam Kejati Jabar Sita Sejumlah Dokumen

Geledah Kantor Pdam Karawang Selama 6 Jam Kejati Jabar Sita Sejumlah Dokumen

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 148 hits
Petugas menyita dokumen yang berkaitan dengan kasus tersebut dalam kardus catatan file dalam empat hardisk dan laptop
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 387 hits
Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbagai aktiviti dan rutin harian mereka Dengan perkembangan teknologi terkini dan seiring dengan kemajuan semasa ma...
Dettol Profresh Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

Dettol Profresh Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 619 hits
Deltol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dettol ProFresh Melihat anak anak buah bergelak ketawa dan riang bermain sesama sendiri memang menyeronokkan Sesekali membawa mereka bermain diluar memang jelas terpancar sinar keceriaan ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal