Mahathir Terbukti Semakin Sakit




 Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya.
Ternampak Tun Mahathir kini seperti seorang tua degil lagi keras kepala yang tidak lagi mahu memperdulikan nasihat daripada sesiapa.
Lebih-lebih lagi dengan membaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang masih cuba menyalahkan Anwar, sambil meletakkan dirinya betul belaka dalam semua perkara dalam kemelut politik berkaitan dirinya, jelas beliau kini sedang mengalami “sakit” yang tiada ubatnya lagi di dunia ini.
“Sakit” itu ialah dendam dan dengki kepada Anwar dan ketakutan Presiden PKR itu sampai jua akhirnya ke kerusi Perdana Menteri.
Sebagaimana beliau memecat Anwar pada 1998 sehingga kemudian sanggup menapak ke mahkamah untuk berbaik dan menghantar Tun Daim Zainuddin ke Penjara Sungai Buloh, semuanya adalah rencana untuk menghalang bekas musuhnya daripada menjadi Perdana Menteri.
Sakitnya itu pula tidak mustahil tambah menjadi-jadi, mungkin telah mula menggangu tidur Tun Siti Hasmah Ali, lantaran melihat Anwar semakin hampir ke puncak kuasa berdasarkan perkembangan politik semasa kebelakangan ini.
Kiranya Belanjawan 2021 ditolak dan cadangan mengadakan PRU pula tidak diterima berikutan ancaman Covid19 masih melanda, tentulah pertukaran kerajaan merupakan satu-satunya pilihan yang wajar yang akan dipertimbangkan oleh Yang Dipertuan Agong.
Tidak mungkin juga usul darurat dapat dikemukakan semula oleh Muhyiddin kerana ia sudah pun ditolak Agong sebelum ini.
Lebih sakit lagi derita Tun Mahathir kerana usaha menolak Belanjawan 2021 yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan itu berlaku berikutan adanya persamaan perjuangan antara Anwar dengan Najib Razak, kini Pengerusi BNBBC.
Kedua-dua Anwar dan Najib dilihat senada tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika isu pengeluaran KWSP tidak diberi kebenaran dan moratorium pinjaman bank tidak dilanjutkan.
Dalam seluruh pembuluh darah Tun Mahathir sekarang, selain Anwar adalah musuhnya sampai mati, Najib juga sudah termasuk dalam kategori yang sama.
Sebab itu, dalam perbahasan Belanjawan, yang diserang Tun Mahathir adalah Najib, bukannya Muhyiddin yang selalu disebutnya sebelum ini telah mengkhianatinya.
Di ketika orang lain, semakin menginjak tua menjadi semakin pemaaf dan mengurangkan musuh, Tun Mahathir sebaliknya kian menambah koleksi musuhnya.
Maka, terus menyalahkan Anwar dan menghujahkan dirinya betul belaka adalah cara Tun Mahathir untuk menagih simpati bagi dirinya, sambil mengharapkan Presiden PKR sentiasa terhalang menjadi Perdana Menteri.
Tujuan menghalang Anwar itu pula tentulah dengan maksud mahu mempromosi dirinya sekali lagi, buat kali ketiga, untuk jadi Perdana Menteri.
Barangkali, boleh “gila” dibuatnya Tun Mahathir kali ini kiranya tertakdir panjang usianya dapat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, sambil diberi ucapan tahniah oleh Najib dan juga Zahid Hamidi kemudiannya.
Sementara Tun Mahathir semakin dimanah usia semakin sakit derita hatinya, Anwar pula tergambar bertambah tenang, ceria dan gembira dengan aktiviti harian seperti bersenam, membersihkan kawasan rumah, bermain dengan cucu, sambil tidak mengabaikan sama sekali tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin politik yang aktif sepanjang masa.
Kuncinya ialah Anwar tidak pernah berdendam, sentiasa berlapang dada, redha dengan ketentuan Tuhan serta tiada dengki, iri hati, jauh sekali ada melakukan khianat sesama rakan sendiri.
Sebab itu, yang meroyan dan bertambah sakit hari demi hari hanyalah Tun Mahathir, manakala Anwar – lihat saja wajahnya – sentiasa saja ceria dan gembira.
Dan akhirnya, pastilah Tun Mahathir akan bertambah-tambah sakit lagi apabila segala serangan dan kata-katanya terhadap Anwar tidak disambut walau sepatah pun oleh Ketua Pembangkang itu.
Kata-katanya tak ubah seperti “angin perut” yang busuk dan memualkan.
Kesiannya…sedih tak terhingga kalau kita ada bapa atau atuk seperti itu.


 (Shahbudindotcom 21/11/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/mahathir-terbukti-semakin-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Menghidap Sakit Kronik 039 Anwar 0 Phobia 039

Mahathir Menghidap Sakit Kronik 039 Anwar 0 Phobia 039

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 266 hits
ANWAR Ibrahim tak mampu tadbir negara ketika krisis begitulah kata Dr Mahathir Mohamad seperti dilaporkan oleh media nbsp Kenapa bekas perdana menteri itu masih mengeluarkan kenyataan seperti ini sedangkan beliaulah yang datang berjabat tan...
Manusia Semakin Stress Ustaz Wadi Annuar

Manusia Semakin Stress Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 478 hits
Assalamualaikum Sebut sahaja stress ramai ramai di kalangan kita akan menghadapi perkara yag sama iaitu tekanan Tambahan pula di keadaan situasi Covid 19 yang membuat ramai orang keluh kesah akibat pendemik masih berpanjangan Jangan risau A...
Baby Dah Pandai Tolak Kaki Melompat Lompat Memang Lenguh Tangan Mama Petanda Anak Semakin Bijak

Baby Dah Pandai Tolak Kaki Melompat Lompat Memang Lenguh Tangan Mama Petanda Anak Semakin Bijak

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 411 hits
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat lompat Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini Tapi kalau tahu faedahnya mama papa tidak akan mengeluh Kredit Freepik Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan p...
Kenapa Ekonomi Malaysia Semakin Muram

Kenapa Ekonomi Malaysia Semakin Muram

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 205 hits
ZAMZURI ARDANI Pastinya ada banyak punca Sesuatu malapetaka besar itu biasanya adalah gabungan dari beberapa faktor utama Faktor faktor yang pelbagai ini bercantum pada waktu dan ketika yang tertentu menyebabkan perfect storm melanda Pemiki...
Hiburan Hanya Sekadar Mengangguk Atan Kini Pendiam Jamali Shadat Semakin Uzur

Hiburan Hanya Sekadar Mengangguk Atan Kini Pendiam Jamali Shadat Semakin Uzur

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 354 hits
Pelakon dan penghibur veteran Jamali Shadat yang memang terkenal dengan watak Atan dilaporkan semakin uzur setelah kehilangan isteri tersayang Allahyarhamah Lela Yacob kira kira dua tahun yang lalu Menurut anaknya Fauzi Jamali bapanya itu y...
Terjaring Razia Di Warung Kopi Seorang Warga Pontianak Terbukti Positif Corona

Terjaring Razia Di Warung Kopi Seorang Warga Pontianak Terbukti Positif Corona

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 264 hits
Seorang warga Pontianak yang terjaring razia di warung kopi Kota Sintang Sabtu malam dinyatakan positif Covid 19 berdasarkan hasil swab Dinas Kesehatan Sintang
Terbukti Simpan Sabu Dan Ekstasi Pria Di Labura Sumut Dipenjara 19 Tahun

Terbukti Simpan Sabu Dan Ekstasi Pria Di Labura Sumut Dipenjara 19 Tahun

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 183 hits
Feri Agus Jaya Nainggolan alias Feri dijatuhi pidana penjara selama 19 tahun Warga Dusun I Desa Padang Maninjau Kecamatan Aek Kuo Kabupaten Labuhan Batu Utara Sumatera Utara ini dijatuhi hukuman itu karena terbukti menyimpan 4 619 1 gram sa...
Saji An Misteri Ini Pemenang Minggu Pertama Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap

Saji An Misteri Ini Pemenang Minggu Pertama Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 395 hits
Kuih MuihResipi PilihanNak Pisang Goreng Sedap Ini Resipi Tepung Bancuhan Pisang Yang BestLontong Kering Memang Sedap Try Sekali Terus Nak LagiKek BiskutResipi PilihanKek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan Lembut Gebu Macam Span Kuih Mu...
Petanda Kerajaan Tebuk Atap Bakal Tumbang Semakin Nyata

Petanda Kerajaan Tebuk Atap Bakal Tumbang Semakin Nyata

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 220 hits
Ibrahim Mat IsaYBM Tengku Razaleigh Hamzah cakap dia tak mau masuk campur UMNO hilang satu sokongan PN hilang sokongan lagi dan Muhyiddin bakal bungkus
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian