Mahathir Moorthy Dan Keadilan Buat Adib



Ketika ramai mahu kerajaan melucutkan jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan selepas Adib dijemput Ilahi, Tun Mahathir memberi reaksi sebaliknya.

Apa percaturan politik Mahathir serentak ketika ini berbondong-bondong pemimpin Umno masuk Bersatu?

Mahathir secara berperingkat melemahkan pembangkang dan pada masa mengukuhkan Bersatu bagi mengatasi keangkuhan sesetengah elit PKR dan DAP.

Inilah strategi Tun M yang mungkin sesetengah pemimpin PH masih belum sedari.

Silat politik Mahathir bukan calang-calang. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, apa yang Mahathir rancang kesemuanya menjadi.

Lihat tumbangnya barisan Timbalan Perdana Menteri termasuk Anwar Ibrahim semasa fasa pertama beliau sebagai PM juga kejayaan Mahathir dengan pembinaan Putrajaya, KLCC dan KLIA.

Kemenangan PRU Mei lepas menawan undi Melayu yang prejudis dengan keikhlasan DAP juga kerana faktor Mahathir. Tidak boleh kita nafi mujarab sungguh 'air tangan' nya.

Ketika Pakatan Harapan (Pakatan Rakyat dulu) sejak 2008 membawa mesej kepelbagaian kaum dan agama, Mahathir adalah pemimpin sejati yang melawan arus.

Beliau selamba menubuhkan Bersatu berteraskan kaum Melayu dan Bumiputera kerana tentunya menyedari DAP yang kononnya diuar-uarkan merentas kaum pun membawa suara cauvinis dan rasis sebahagian pengundi bukan Melayu terutamanya Cina. Ini realiti sukar untuk dinafi.

Dari idea penubuhan Bersatu pun, kita harus tahu Mahathir memang ahli politik tua yang bukan sebarang tua.

Mahathir jauh lebih memahami naluri dan jiwa halus majoriti Melayu yang terbukti beratus tahun bertoleransi serba-serbi dan bersifat diam-diam ubi berubi; tidak merusuh, mengganas, membakar, membelasah di sana-sini.

Mahathir juga jauh lebih arif dengan wujudnya salakan ultra kiasu, rasis, cauvinis sesetengah kaum bukan Melayu yang dijadikan alat oleh elit politik kaum masing-masing untuk memagut kuasa bertopengkan hak asasi manusia.

PKR dan DAP tentunya sedang cemas melihat Bersatu semakin besar gagah dengan trend pengaliran bekas pimpinan Umno.

AMANAH pula "mesti" bukan sekadar "harus" untuk bekerja keras menawan pimpinan Pas.

Rekod negeri Kelantan mencatat keahlian baru AMANAH paling ramai untuk tiga bulan berturut-turut sebelum ini mesti terus dipacu laju ke seluruh negara.

AMANAH perlu dilihat relevan di hati orang Melayu yang rajin ke masjid dan tidak tinggal solat fardu sama seperti bagaimana segmen Melayu lain melihat BERSATU.

Jangan kerana Mahathir setakat ini (dilihat) paling percaya dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (sebelum PRU-14) berbanding pimpinan komponen PH lain, maka parti Rahmat Sekalian Alam itu masih bersifat tunggu dan lihat.

Sebabnya, orientasi politik Mahathir pragmatik. Apa yang "sebelum" tidak sama dengan "selepas".

Sifir politik Mahathir ini tentunya disedari Mohamad Sabu tetapi tidak semua pemimpin AMANAH lain terutama generasi lebih muda daripada Mohamad faham realpolitik "Malaysia Baru" ini.

Keputusan awal melantik Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan ibarat mahu memasung individu ultra Hindu itu daripada membuat tuntutan bermotifkan pelampau kaum dan ekstremis agama di luar Kabinet.

Tindakan untuk terus membiarkan Moorthy di dalam Kabinet meskipun diasak kemarahan Melayu susulan kematian Adib pula boleh dilihat sebagai satu bentuk "buli" kepada Moorthy.

Suara lantang sayap Pemuda Bersatu, Armada mengkritik Moorthy boleh sahaja dibaca sebagai suara Mahathir juga sebenarnya!

Ya. Mahathir sedar dia mana boleh bersuara secara terbuka. Armada yang juga pengagum Mahathir tentu tidak akan buat apa yang Mahathir tidak suka.

Mahathir sebagai orang lama lebih masak sangat dalam menilai sentimen sebahagian besar elit bukan Melayu yang  lebih mengutamakan kepentingan kaum mereka daripada kepentingan nasional.

Mahathir pada usianya 93 tahun tidak nyanyuk tentang penolakan keras  masyarakat Cina terhadap ideanya berkenaan penubuhan Sekolah Wawasan.

Mahathir juga sudah terlalu masak hal itu tambah apabila Deklarasi Setapak 1967 yang lama tidur dikejutkan semula oleh dua Adun Cina DAP Pahang dalam desakan supaya DAP Pusat menyokong ICERD.

Mahathir faham sangat tentang gelodak rasa majoriti kaum bukan Melayu yang teruja benar dengan era 'Malaysia Baru' sampai selamba menulis kenyataan media dalam bahasa Cina yang bukan bertaraf bahasa kebangsaan negara ini. 

Hanya orang politik PH terutama Melayu yang tidak hadam sejarah tanah air sendiri sahaja naif dan suka mengitar semula ayat "jangan rasis" kepada orang Melayu tidak pula kepada kaum lain.

Dalam tragedi menimpa Adib, ketika ramai pemimpin PH yang sudah menjadi kerajaan ketara bersikap apologetik dengan berkata bukan bermotifkan perkauman, Mahathir terus terang menyebut wujudnya cubaan membunuh!

Ya. Rasa meluap marah kecewa majoriti orang Melayu merentas parti politik susulan pemergian Adib sebenarnya jauh difahami Tun Mahathir berbanding pemimpin Melayu PH lain yang masih mahu menjaga undi kaum Cina dan India.

Apa yang penting, kita sebagai rakyat jangan hanya berpeluk tubuh. Selain kuat berkerja mencari rezeki, terus kuat lantang bersuara dan berhimpun mendesak apa yang terbaik dan adil lagi sejahtera untuk masa depan kita.

Dalam nasib yang menimpa Adib, jika masyarakat Cina boleh bersolidariti selepas kematian Teo Beng Hock, masyarakat Melayu merentas fahaman parti politik juga mesti lantang bersuara menuntut keadilan buat arwah anggota bomba itu.

Jika ribuan masyarakat India penganut Hindu boleh berkumpul bahkan merusuh dan mengganas selama dua malam berturut-turut mempertahankan kuil walaupun di atas tanah bukan hak milik, tiada sebab untuk orang Melayu berduka simpan dalam hati tanpa menzahirkannya dengan mobilisasi besar-besaran menuntut undang-undang dan keadilan ditegakkan.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/mahathir-moorthy-dan-keadilan-buat-adib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 611 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Lebih 1 000 Berarak Di Klang Tuntut Keadilan Untuk Adib

Lebih 1 000 Berarak Di Klang Tuntut Keadilan Untuk Adib

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 452 hits
Penunjuk perasaan keluar dari Masjid Bandar Diraja Klang untukmenyertai perarakan 1 000 orang menuntut keadilan untuk Adib KLANG Lebih 1 000 orang berarak dari Masjid Bandar Diraja Klang ke Dataran Seni Klang petang tadi menuntut keadilan u...
Mahathir No To Moorthy S Removal

Mahathir No To Moorthy S Removal

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 219 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today remained unperturbed over calls for P Waytha Moorthy to be removed as a minister He said anyone could voice out their concerns but ultimately only he could decide on Cabinet posts People can express ...
Ngo Oku Sertai Perhimpunan Aman Menuntut Keadilan Bagi Muhammad Adib

Ngo Oku Sertai Perhimpunan Aman Menuntut Keadilan Bagi Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 304 hits
KLANG Lebih 1 000 peserta Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desakan Pecat P Waytha Moorthy menyertai solat jenazah ghaib yang dianjurkan Gerakan Masyarakat Malaysia di Masjid Bandar Diraja di sini hari ini Solat jenazah ghaib itu diima...
Justice 4 Adib Dr Mahathir What Say You

Justice 4 Adib Dr Mahathir What Say You

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 302 hits
17hb Disember 2018 tepat jam 9 41 malam Institut Jantung Negara mengesahkan Allahyarham Mohd Adib bin Mohd Kassim telah pergi meninggalkan kuta buat selama2nya Bukan saja keluarga Allahyarham Mohd Adib bersedih malah rakyat Malaysia juga tu...
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 587 hits
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa RamaiBerhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai
Wan Azizah Berjanji Keadilan Untuk Muhammad Adib Akan Terbela

Wan Azizah Berjanji Keadilan Untuk Muhammad Adib Akan Terbela

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 448 hits
Wan Azizah berjanji keadilan untuk Muhammad Adib akan terbela Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji keadilan untuk anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan terbela Beliau turut merasa hiba atas kematian M...
Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib

Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 452 hits
10 Rabiulakhir 1440H Selasa Kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 tahun yang parah dibelasah perusuh kuil di Subang Jaya dianggap satu tragedi yang memberi pengajaran amat besar kepada negara Serentak itu Presiden Ikatan Musli...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall