Mahathir Kini Layak Dianugerahkan Gelaran Tokoh Pengkhianat Negara




Perkembangan politik sejak semalam yang masih belum ada kesudahannya sehingga hari ini yang memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad ingin mengenepikan PH dan membentuk kerajaan baru bersama blok pembangkang tidak lain adalah satu bentuk pengkhianatan paling besar dalam sejarah negara.

Lebih buruk lagi, pengkhianatan itu diketuai oleh Tun Mahathir sendiri yang berjawatan Perdana Menteri melalui mandat rakyat yang diberi kepada PH yang bertanding menggunakan logo PKR dalam PRU14 lalu.

Dengan kemenangan itulah meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi kini beliau mahu membawa lari kerajaan yang dipimpinannya dengan mengencingkan parti-parti dalam PH yang pernah menyokong dan bersamanya untuk bergabung pula dengan blok pembangkang bagi membentuk kerajaan baru.

Tidakkah ini suatu pengkhianatan yang jelas dan nyata?

Usaha membentuk kerajaan baru bersama blok pembangkang ini tujuan besarnya hanyalah bertujuan untuk Tun Mahathir kekal berkuasa dengan lebih lama, sehingga habis penggal atau sehingga bellau mati.

Dalam hal, Tun Mahathir secara jelas telah mengkhianati konsensus Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu yang menyetujuinya menentukan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sehingga selesai Sidang Apec, November depan.

Sebelum ini, beliau berkali-kali mengatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun atau sehingga Mei dan selepas itu akan menyerahkan jawatannya kepada pengganti yang telah dipersetujui oleh PH iaitu Anwar.

Maka, dengan cuba menubuhkan kerajaan baru hanya setelah dua hari konsensus itu dimuktamadkan, apakah ia bukan suatu pengkhianatan namanya?

Ketika kempen PRU14 lalu, Tun Mahathir telah menunjukkan beliau seolah-olah insaf ingin menyelamatkan negara dengan antaranya, sanggup berbaik semula dengan Anwar, menghadiri Himpunan Bersih dan sedia bersama-sama PH melakukan reformasi dalam negara.

Dengan perubahan sikapnya itu, PH sedia menerimanya untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri sementara sehingga menunggu Anwar dibebaskan daripada penjara dan diberi pengampunan.

Dengan apa yang berlaku semalam, terbukti Tun Mahathir dalam usia tua 95 yang bila-bila masa saja nyawanya boleh dicabut Tuhan telah membuktikan beliau bukan saja mengkhianati dirinya sendiri sebagai seorang manusia dan muslim, malah mengkhianti seluruh orang yang selama ini mempercayai dianya telah berubah serta insaf.

Pihak yang menang dalam PRU14 lalu adalah PH, manakala yang kalah ialah BN, UMNO dan Pas.

Secara moralnya, kemenangan PH itu tidak boleh dibawa lari oleh Perdana Menteri atau beliau cuba melompatkan kerajaan untuk bersama dengan blok pembangkang yang telah tewas.

Jika tidak mahu lagi bersama PH, Tun Mahathir sama ada harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atau menyerahkan semula penentuan mandat kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya semula.

Dalam hal ini, kalau Ahli Parlimen atau Adun yang melompat parti pun dipanggil pengkhianat, apakah jika Perdana Menteri sendiri yang membawa lari kerajaan bukan suatu pengkhianatan juga?

Tun Mahathir sebelum ini mengajak rakyat bersama-samanya menolak UMNO yang disifatkannya sudah busuk hingga ke usus serta di dalamnya penuh dengan perompak, pencuri serta penyamun.

Tetapi, dengan kini menjemput UMNO bersamanya membentuk kerajaan baru, bukankah Tun Mahathir, demi ketamakan kuasa, sebenarnya telah bersikap khianat kepada diri dan mereka yang pernah menyokongnya?

Apa yang mahu dikatanya kepada UMNO sekarang?

Setelah janji manifesto banyak dimungkiri dan janji peralihan kuasa pula dikhianati, apa lagi yang boleh rakyat percayai daripada kata-kata Tun Mahathir selepas ini?

Atas semua yang dilakukannya, Tun Mahathir pada hakikatnya layak diberikan anugerah Tokoh Pengkhianat Negara.

Tidak pernah pengkhianatan sebegini besar berlaku dalam negara kita dan tidak pernah juga seorang Perdana Menteri bersikap khianat sedemikian rupa.

Kalaulah ditakdirkan beliau meninggal dunia dalam waktu terdekat ini, bersama deretan pengkhianatannya yang masih segar dalam ingatan rakyat, tidakkah kematiannya nanti mungkin tidak ditangisi atau diratapi sama sekali?

Atau Tun Mahathir seorang yang tak pernah ingat kepada mati? (ShahbudinHusin 24/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/mahathir-kini-layak-dianugerahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Mahathir Bidas Peguam Negara Bebas 12 Individu Terlibat Ltte Merbahaya Kepada Negara

Peguam Mahathir Bidas Peguam Negara Bebas 12 Individu Terlibat Ltte Merbahaya Kepada Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 690 hits
Tindakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas untuk menghentikan prosiding undang undang terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam sangat berbahaya untuk masa akan datang Peguam Haniff Khatri Ab...
Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 315 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini Dr Mahathir tiba pada 4 45 petang menaiki kenderaan Proton Perdana diiringi oleh p...
Kami Bukan Pengkhianat Sebalik Mereka Yang Berusaha Jatuhkan Mahathir Azmin Ali Balas Balik Kenyataan Ex Bossnya

Kami Bukan Pengkhianat Sebalik Mereka Yang Berusaha Jatuhkan Mahathir Azmin Ali Balas Balik Kenyataan Ex Bossnya

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 455 hits
The ReporterMalam Jumaat lalu kita menyaksikan usaha golongan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan untuk memaksa YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan tarikh beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melakukan pe...
Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 471 hits
Hadi bagaimanapun berkata terdapat penakut ketika berdepan usul percaya pada kepimpinan Mahathir
Luxembourg Kini Menawarkan Pengangkutan Awam Percuma Ke Seluruh Negara

Luxembourg Kini Menawarkan Pengangkutan Awam Percuma Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 281 hits
Bermula hari ini Liuxembourg secara rasmi menjadi negara pertama yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam percuma ke seluruh negara Warga Luxembourg boleh menaiki bas tram dan kereta api secara percuma selepas sebelum ini ia hanya dit...
Nama Dan Gelaran Parti Negara Malaysia Celaka Dan Haram Jadah

Nama Dan Gelaran Parti Negara Malaysia Celaka Dan Haram Jadah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 327 hits
Saya sebagai rakyat malaysia memberi gelaran nama parti negara malaysia celaka ini seperti BN di gelarkan sebagai Babi Najis PKR Parti Kelentong Rakyat Peliak Kote Raja SPA Syaitan Puki Ayam PAS Peliak Anjing Sempit KASTAM Kote Anak Syaitan...
Kini Bukan Penerima Bsh Juga Layak Memohon Mysalam

Kini Bukan Penerima Bsh Juga Layak Memohon Mysalam

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 496 hits
Pastinya perkhabaran ini baik bagi golongan ini dimana bukan penerima BSH juga layak untuk memohon mySalam Jika sebelum ini Skim Perlindungan Kesihatan Nasional hanya ditawarkan kepada golongan penerima BSH atau B40 kini ianya dibuka kepada...
Selepas Kfc Dan Mcd Kini Lori Milo Depan Pintu Istana Negara

Selepas Kfc Dan Mcd Kini Lori Milo Depan Pintu Istana Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 455 hits
Sumber gambar dari Twitter abdullah karimSejak beberapa hari lepas Istana Negara telah menjadi tumpuan petugas petugas media bagi mendapat info terkini tentang keadaan politik semasa yang sedang bergolak Ini memaksa petugas petugas berkenaa...
Mahathir Muhyiddin Kini Berperang Dalam Bersatu

Mahathir Muhyiddin Kini Berperang Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 365 hits
Malaysiakini Isu pelantikan perdana menteri baru menunjukkan putaran baru apabila calon yang dicadangkan Bersatu Muhyiddin Yassin menyanggah Dr Mahathir Mohamad Dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas beliau dan rombongannya keluar dari...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut