Boleh Percaya Ke Khadam Dap Kata Akan Teruskan Perjuangan Asal Pas

Parti Amanah meneruskan perjuangan PAS era 1980-an yang membawa  keluar parti Islam itu daripada perjuangan berteraskan Melayu-Islam,  kata Khalid Samad.Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, mereka  bertindak meninggalkan PAS kerana menentang usaha Presiden PAS Abdul  Hadi Awang mengembalikan perjuangan yang pernah ditolak itu.
"Amanah  sebenarnya sedang meneruskan satu perjuangan yang telah diusahakan pada  tahun 1980-an bila PAS melalui satu transfomasi nak bawa PAS keluar  daripada kerangka perjuangan Melayu-Islam yang telah diperjuangkan oleh  Almarhum Mohd Asri Muda.
"Apa yang berlaku pada 2015 adalah usaha  untuk nak bawa balik PAS dulu yang ditentang oleh Hadi iaitu  Melayu-Islam dan Amanah ditubuh sebagai satu protes terhadap usaha itu.
"Kita  nak kekal dengan usaha yang dibawa oleh Almarhum Yusof Rawa, Almarhum  Fadzil Noor, Almarhun Nik Aziz Nik Mat, yang inginkan satu parti Islam  yang bebas daripada sentimen perkauman," katanya ketika wawancara  bersama Malaysiakini (akhbar propanganda PH) baru-baru ini.
Amanah yang juga parti serpihan PAS, yang buat lari kerusi PAS, ditubuhkan pada Ogos 2015 dengan mengambil alih parti pekerja-pekerja Malaysia.

Parti ini digerakkan oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu bersama sebahagian kumpulan profesional dan progresif dalam parti itu yang kalah dalam pemilihan PAS.
Kumpulan  ini menentang kumpulan ulama PAS selepas parti itu membuat keputusan  membatalkan kerjasama politik dengan DAP yang melanggari penjanjian berkaitan dengan Undang-undang Islam.
Mengulas lanjut, Khalid berkata PAS yang ada hari ini adalah parti yang membawa dasar lama walaupun dipimpin ulama.

"Walaupun  mereka dipimpin oleh ulama tetapi mereka membawa dasar yang lama iaitu  Melayu-Islam dan sekarang ini tak ada ada orang boleh nafikan bila  mereka bersama dalam Perikatan Nasional (PN) yang mana PN punya  pendirian adalah Melayu-Islam, ketuanan Melayu, 'no DAP'," katanya.
Tuduhan 'Khadam DAP' untuk rosakkan imej
Tambahnya  lagi, pemimpin-pemimpin terdahulu PAS tidak membawa politik perkauman  dan tidak mempunyai masalah menjalinkan kerjasama dengan DAP.
Ditanya mengenai Amanah yang sering dilabel sebagai "khadam DAP", Khalid berkata ia dicipta bagi memburukkan imej parti itu.
"Untuk  merosakkan imej Amanah itu, maka kami dituduh khadam DAP sedangkan apa  yang kita lakukan adalah apa yang telah diusahakan oleh ketiga-tiga  tokoh PAS terlebih dahulu," tambahnya lagi.
Sementara itu mengulas  mengenai penerimaan rakyat terhadap parti itu khususnya di  negeri-negeri yang sinonim dengan PAS, Khalid berkata, Amanah terima  baik oleh rakyat khususnya di negeri Kelantan yang mana keahliannya  meningkat dengan ketara.
"Sekarang ini keahlian yang paling ramai  adalah di Kelantan. Kita mempunyai lebih kurang dalam 30,000 ahli dan ia  menunjukkan pertambahan antara yang tertinggi tiap- tiap bulan dalam  hampir seribu (orang).
"Ia (keahlian) bertambah sejak kita membentuk kerajaan dan sejak kerjasama PAS dengan Umno semakin ketara," jelas Khalid.
MR : Setakat ini tak ada lagi pemimpin AMANAH bantah DAP dalam isu Islam.   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/boleh-percaya-ke-khadam-dap-kata-akan.html