Mahathir Anwar Ibrahim Dan Zahid Hamidi





Datuk Seri Anwar di dalam satu temu-ramah bersama Bloomberg News beberapa hari lalu menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara

2. Dia kata kes-kes terhadap Zahid dilakukan secara tergesa-gesa. Di masa yang sama Anwar cuba kaitkan nasihat saya kepada Zahid supaya bubarkan UMNO dan apabila Zahid tidak mahu, maka dia dihadapkan dengan kes-kes rasuah tersebut

3. Pertamanya, saya nak jawab mengenai tuduhan kes itu dibuat secara tergesa-gesa

4. Kes terhadap Zahid telah diangkat oleh Peguam Negara ketika itu kerana ianya telah menjadi isu panas semasa kempen pilihanraya seperti mana kes Najib dan 1MDB

5. Peguam Negara ketika itu telah membuat penyiasatan dan mendapati terdapat kes untuk mendakwa Zahid

6. Maka kes itu dibawa ke mahkamah. Selama empat tahun dengan puluhan saksi serta bukti-bukti dibentang, Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati pendakwa telah berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Zahid dan dia di arah untuk mempertahankan diri

7. Amatlah tidak logik untuk seorang Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ada kes prima facie jika pendakwa gagal memberi bukti yang kukuh dan hujahan yang baik

8. Bagi saya, setelah diserang bertubi-tubi, kenyataan Anwar bertujuan untuk mempertahan keputusan pendakwa yang menarik balik kes terhadap Zahid dan di masa yang sama membuat andaian ada unsur menganiaya Zahid

9. Kerana itu dia cuba kaitkan isu saya menyuruh Zahid bubar UMNO dan kerana tidak mahu, maka dia dituduh dengan kes-kes itu

10. Jika saya telah salah-guna kuasa dan mengarah Pendakwa ketika itu untuk tekan Zahid, kenapa tidak seorang pun Menteri-Menteri kabinet atau pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan, termasuk Anwar, mempersoal Zahid dihadapkan ke mahkamah

11. Ramai Menteri-Menteri di dalam kabinet saya adalah dari PH dan PKR, termasuk juga isteri Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri

12. Kalau mereka kata tidak berani berkata apa-apa, ia agak lucu kerana apabila berkait dengan serah jawatan PM kepada Anwar, mereka lantang dan bersemangat

13. Mungkin mereka lupa, kesemua mereka menyokong proses undang-undang yang dilakukan terhadap Zahid (dan Najib) kerana itu adalah mengikut Rule of Law serta bukti Kerajaan PH ketika itu berjuang melawan rasuah

14. Kesangsian terhadap kes-kes rasuah yang dilakukan Zahid hanya timbul setelah Anwar berjaya menjadi PM dengan sokongan Zahid

15. Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah mengenai saya suruh Zahid bubar UMNO

16. Benar saya suruh Zahid bubar UMNO kerana saya yakin dia akan guna UMNO sebagai alat, sebagai bahan rundingan atau bargaining chip untuk mengelak dirinya dari didakwa atas kesalahan-kesalahan rasuahnya

17. Saya percaya dia cuba guna UMNO semasa Tan Sri Muhyiddin jadi PM untuk gugurkan kes-kesnya dan apabila Muhyiddin tidak setuju, Zahid tarik balik sokongan UMNO sehingga kerajaan itu jatuh

18. Selepas itu dia cuba menerusi Ismail Sabri tetapi Ismail Sabri tidak berani nak lakukan kerana pendapat awam amat kuat terhadap Zahid. Kerana itu Ismail Sabri dipaksa bubar parlimen dan adakan pilihanraya lebih cepat

19. Hari ini terbukti jangkaan saya benar. Dia telah guna UMNO untuk memasti Anwar jadi Perdana Menteri walaupun semasa berkempen di dalam PRU 15 dia telah mendesak penyokong UMNO supaya menolak Anwar dan DAP

20. Malahan sebelum itu, menurut seorang pemimpin dan tukang cakap UMNO Ahmad Maslan, Zahid telah bersumpah laknat tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Anwar dan DAP

21. Saya tak berapa maklum apa maksud sumpah laknat kepada Zahid atau Ahmad Maslan, tetapi kefahaman saya ialah ianya bersumpah guna nama Allah dan sedia dilaknat jika sumpah itu di langgar

22. Saya juga tak tahu jika sumpah laknat boleh ditarik balik kerana sepatutnya sebelum sumpah itu diungkap, orang yang melafazkannya sudah tekad dan tiada keraguan sama sekali dengan niatnya

23. Yang jelas, kes-kes terhadap Zahid gugur dengan PM sekarang

Chedet

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/09/mahathir-anwar-ibrahim-dan-zahid-hamidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi Anwar b...
Azalina Pm Anwar To Take Questions In Dewan Rakyat On Zahid S Dnaa Tomorrow

Azalina Pm Anwar To Take Questions In Dewan Rakyat On Zahid S Dnaa Tomorrow

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 240 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to answer questions on the court decision to discharge not amounting to an acquittal the Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in Dewan Rakyat tomorrow Minister in the Prime ...
Anwar Dan Zahid

Anwar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 204 hits
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 1 Datuk Seri Anwar di dalam satu temu ramah bersama Bloomberg News beberapa hari lalu menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara 2 Dia kata...
Anwar S Doublespeak On Zahid S Dnaa

Anwar S Doublespeak On Zahid S Dnaa

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 320 hits
It would be correct to describe the course of events words and deeds spoken and done after the High Court granted a discharge not amounting to an acquittal Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi on Sept 4 as misleading To say they have be...
Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 279 hits
Wakil rakyat Pakatan desak Anwar jelaskan isu Zahid di Parlimen Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep 2023
Anwar Says 47 Charges Against Zahid Questionable

Anwar Says 47 Charges Against Zahid Questionable

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 434 hits
The prime minister also echoes his deputy s claim that the charges against him stemmed from his refusal to comply with Dr Mahathir Mohamad s request to dissolve Umno Prime Minister Anwar Ibrahim has come to the defence of his deputy over th...
Yoursay Anwar S Twists And Turns Over Zahid S Dnaa

Yoursay Anwar S Twists And Turns Over Zahid S Dnaa

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 398 hits
YOURSAY Claims that Zahid s charges not professionally carried out have no basis in law Constitutional Supremacy Prime Minister Anwar Ibrahim s that charges against his deputy Ahmad Zahid Hamidi were not professionally carried out will have...
Anwar S Credibility Quandary Zahid S Dnaa And The Dilemma Of Cabinet Reshuffling

Anwar S Credibility Quandary Zahid S Dnaa And The Dilemma Of Cabinet Reshuffling

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 246 hits
Although Umno seems to need PH the latter also needs Umno and based on the changing of government in the past it showed that Umno can do anything It was an inevitable blowback that perhaps only the densest few could not have foreseen and wh...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran