Mahaguru Jak Othman
Prof Jak Othman (Harimau Berantai) dan karenah dunia silat Melayu.
Nama Jak Othman ini bagi mereka yang belajar silat mungkin tak perlu diperkenalkan. Rata - ratanya semua kenal. Yang tak kenal ialah orang orang yang tak belajar martial art macam aku ni la kot.
Nama Jak Othman ni tak asing pun pada aku. Aku baca kisah beliau belasan tahun yang lalu. Lepas tu aku pun tak tahu apa yang berlaku sebab aku sibuk dengan dunia aku. Cuma baru baru ni jela aku selisih dalam YouTube terpandang wajah Prof Jak Othman ni lalu membangkit kembali memori lama aku.
Aku dulu dulu banyak follow hal hal martial art ni melalui pembacaan dan apa saja. Biasa kalau aku beli majalah ke apa ke aku akan ulang baca berkali kali.. Sebab tu la aku boleh ingat balik pasal Prof Jak Othman ni. Aku tak sangka wah hidup lagi orang tua ni bila aku tengok dalam YouTube. So aku pun follow pelan pelan tengok apa yang beliau buat sekarang. Wah masih aktif.
Sedikit pengenalan, beliau berasal dari Johor dan lahir pada tahun 1962. Diawal usia 5 tahun lagi telah memperlajari silat. Macam macam silat beliau belajar diusia muda. Aku sengaja tak nak tulis silat apa yang beliau belajar sebab kang ada yang kata aku tipu la, merapu la dan macam-macam lagi. Bagi aku ini adalah normal sebab kebanyakan mahaguru, pendekar silat memang akan belajar macam macam aliran. Silat Harimau Berantai diwarisi beliau menerusi Ibu saudaranya.
Prof Jak Othman ni sekarang ni mengajar silat Harimau Berantai, Gayung Harimaudan juga Kickboxing (tomoi). Beliau juga ada beberapa cawangan diluar negara seperti di US dan Australia. (yang lain aku tak tahu). Pengasas pertubuhan silat di UK dan Ireland.. Beliau juga aktif menganjurkan seminar diluar negara seperti Italy, beberapa tempat di Amerika Syarikat dan juga lain lain (aku lupa). Memang menarik la juga bila tengok geng geng mat salleh teruja dengan silat.
With Scott McQuaid (anak murid beliau)
With Hakim Isler
Bagi aku apa yang beliau buat ni sangat bagus dan murni. Moga moga suatu hari nanti bila di sebut silat, dunia tau asalnya dari mana. Mungkin ada yang berpendapat beliau gila glamour, nak buat macamana sebab glamour tu kita tak mintak tapi datang dengan sendiri. Bila famous automatic glamour tu datang dengan sendiri. Aku rasa beliau bukanlah orang yang sombong.. kalau riak aku tak tahu.. sebab riak ni ada yang nampak luaran ada yang dalam hati je.. Kalau luaran aku tak adala nampak dalam hati, tuhan aja yang tahu.
Kenapa aku kata beliau tak sombong? Yelah kalau sombong sebenarnya tak kemana pun. Contoh macam beberapa geng geng jutawan kosmetik kita, diaorang ni peramah mana ada sombong.. Kalau cakap kadang tu payah nak berenti.. tapi kalau riak.. (korang jawab sendiri ja la). Kalau sombong.. dah lama melingkup rasanya.
Beliau juga pada aku orang yang berfikiran terbuka. Mungkin sebab beliau pernah belajar di UK. Yelah bila kita jauh berjalan tak ada la fikiran kita ni senpit sangat. Okla jum sembang bab lain pulak, kalau ikutkan banyak lagi aku nak hurai ni.
Rome, Italy - seminar
Karenah orang silat.
Sikit je aku nak cerita. Aku berniat baik bila aku buka topik ni. Semoga boleh terima la ye.
Memandang sebelah mata. Itu adalah bidalan, kalau tak paham kena cari la maknanya ye. Benar bila ada acara melibatkan seni beladiri yang lain mula la orang silat sesama mereka gelak sinis, mencebik dan sebagainya. Kemon la sporting la bapak bapak sekalian. Hormatilah mereka jika anda hendak mereka hormati anda. Kalau orang gelak kat kita tahu pulak marah.
Baru setahun jagung lagak macam pendekar besar. Ye betul kan benda ni baru empat bulan belajar dah nak pukul orang sana sini. Depan tuk guru bukan main pijak semut pun tak mati. Ini antara yang mencemarkan nama baik silat itu sendiri. Kena pantau jugak la kalau dapat tangkap kena tamatkan pembelajaran serta merta. Falsafah silat itu bagus.. tetapi sikit sahaja yang diterapkan. Kena la bagi tazkirah banyak sikit supaya anak silat ini jadi orang yang baik dan menghormati masyarakat setempat.
Khurafat dan syirik. Jangan melompat ye.. Ini memang ada. Harap dibuang la amalan amalan yang menyimpang dari landasan agama. Banyak yang tak mahu mengaku tapi benar ada yang menyimpang. Berdamping dengan Jin la, khadam la entah apa apa. Aku teringat satu cerita cina untuk mengalahkan setan kung-fu yang kuat ini beliau terpaksa menjadi setan juga. Haha ingat matlamat menghalalkan cara.
OK itulah sahaja.
Tujuan tulisan ini bukan nak promote Silat Harimau Berantai ke apa tetapi lebih pada cerita personaliti. Apa seni pertahan diri kalau nak masuk, masuk lah semuanya baik dan pilihan ditangan kita sendiri. Jika ada kesalahan informasi sila bagitau ye..semua GAMBAR adalah pinjaman dari google.comSekian terima kasih,Wassalam..
Untuk video-video best dan terhangat dialam maya :Direct subscribe ke channel Youtube saya :https://www.youtube.com/channel/UCZn3pu23jf5cFYMCypRzlig?sub_confirmation=1
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peluangtercipta.blogspot.com/2019/09/mahaguru-jak-othman-harimau-berantai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BukaMinda+%28Buka+Minda%29