Magis Islam Melayu


Beberapa hari lalu kami menelefon Ustaz Mohamza. Tidak ada sebarang sebab khusus sebenarnya kecuali untuk mengucapkan selamat hari raya kepada beliau.

Mohamza kami kenal sebelum beliau menjadi ustaz lagi, iaitu semasa masih budak yang sibuk mahu jadi gangster. Namun akibat fikiran jauh bapanya, semasa berusia lebih kurang 15 tahun Mohamza dihantar ke Kubang Ikan di Terengganu untuk mendalami al-Quran.

Setelah itu beliau pergi pula ke madrasah di Kubang Bujok, juga di Terengganu. Setelah menghafal al-Quran Mohamza melanjutkan pelajaran ke Mesir dan pulang selepas mendapat keputusan yang teramat baik.

Kembali dari Mesir, Mohamza mengikut ayahnya mengusahakan ladang kelapa sawit dan beliau pernah menguruskan ladang yang luasnya beratus ekar itu.

Namun kerana sukanya beliau kepada al-Quran, Mohamza mengambil keputusan untuk mengajar agama sepenuh masa. Kelas-kelas yang beliau usahakan sentiasa tidak mengenakan bayaran.

Kerana itu ada kalanya beliau kaya dan banyak kalanya miskin. Beliau selesa begitu. Ada sekali - sewaktu sedang kaya - Mohamza membeli selori durian bermutu tinggi dan menjamu seluruh penduduk taman tempat beliau bermastautin.

Terlanjur berbual pada hari itu, kami bertanya kepada beliau adakah perlu kami ke masjid pada masa gawat seperti sekarang ini. Mohamza berkata jika ianya dibenarkan - yakni masjid masih dibuka dan jemaah diizinkan - maka pergilah.

"Rugi besar kalau tak gi," kata beliau kepada kami.

Tetapi jika tiada keizinan, katanya, patuhlah dan sembahyanglah pada awal waktu di rumah iaitu tepat setelah azan selesai dikumandangkan.

"Mung jangan gelewak pulok," tambah beliau memberi nasihat kepada kami.

Bagaikan jentik-jentik di pentas
Semasa berbual itu sempat beliau berpesan mengenai sahabat kami, Batu, kini menjadikan bahagian kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan sebagai tempat tidur.

Jika kamu membaca tulisan ini dan ternampak akan si Batu itu, belanjalah beliau dengan sedikit minuman atau sekotak dua rokok. Jika rajin berbual, kamu akan dapati Batu adalah seorang yang sangat bijak.

Mohamza juga memberitahu yang beliau pernah viral sedikit hari dulu. Namun beliau berahsia daripada kami mengenainya kerana bimbang ia akan menjadi bahan kami menulis di Malaysiakini.

Lalu pada mukadimah artikel kali ini sengaja kami menyebut akan nama beliau. Padan muka apabila semua orang tahu beliau bersahabat dengan penulis Malaysiakini.

Orang Melayu Islam di Malaya ini adalah masyarakat yang agak unik jika dibandingkan dengan Muslim lain di mana-mana belahan dunia. Kita yakni umat Islam Malaya adalah pelopor dalam hal penyanyi perempuan yang ‘bertaubat’ akan memakai pakai yang menutup aurat, bertudung dan berjubah kemudian akan terus bergelek dan melentik bagai jentik-jentik di atas pentas untuk menghiburkan peminat.

Sebelum umat Islam Melayu melakukannya, kebanyakan penyanyi atau pelakon yang bertaubat akan meninggalkan terus dunia seni persembahan. Kini tidak begitu lagi.

Penyanyi dan pelakon dari indonesia juga kini kelihatan sudah menjadikan ‘tradisi’ ini sebagai ikutan. Ia tidak menghairankan kerana mereka dan kita adalah dari rumpun yang sama.

Peminat mereka pula akan bersyukur ke hadarat Ilahi apabila melihat penyanyi atau pelakon pujaan 'kembali ke pangkal jalan'. Ia dianggap kejayaan dan impian jadi nyata buat peminat.

Peminat memang mahu melihat perempuan yang kelmarin bergelek gerudi di pentas dengan tidak menutup aurat kini berubah penampilannya dan masih gigih menggegarkan buah dada di khalayak ramai.

Puji-pujian akan dihamburkan kepada penyanyi dan pelakon berkenaan dengan iringan doa yang baik agar mereka kekal menutup aurat (tapi dimohon agar istiqamah kekal bernyanyi, misalnya).

Anggap perbuatan mencabar
Para penghibur menjadi suatu faktor yang teramat penting untuk sebuah negara yang penduduknya tidak sampai 40 juta orang ini. Seluruh warga yang waras boleh menjadi gila hanya kerana berita nikah cerai ‘selebriti’ dan hal dalam dan luar kain mereka menjadi makanan yang perlu dijamah orang ramai.

Kerana itu juga selebriti itu berasa mereka berada di atas undang-undang serta sakit pening manusia lain. Mereka boleh ke sana sini untuk berbelanja atau berhari raya walapun semua itu dilarang undang-undang.

Jika berlaku sebaliknya yakni penyanyi dan pelakon kesayangan kembali tidak menutup aurat - dan ia memang sering terjadi - maka peminat akan termasuk dalam golongan yang paling kecewa kerana selebriti terbabit kembali menjadi bakal ahli neraka.

Kemudian dari itu kita ada pula kumpulan umat Islam yang akan mempertahankan agama ini apabila berasa ia diserang. Cina main mercun pada tahun baru misalnya dianggap sebagai perbuatan mencabar.

Mereka akan binggit mengatakan bahawa umat Cina kini tidak tahu diuntung. Menumpang di tanah Melayu dan gembira menyambut tahun baru Cina adalah dosa besar. Sama besarnya dengan dosa menghempas buah kelapa di jalanan kerana merayakan tarikh penting ajaran Hindu, misalnya.

Semua itu akan mengakibatkan kemarahan bangsa Islam Melayu di Malaya. Apabila marah maka mereka keluarlah beramai-ramai untuk menampar lelaki Bangladesh yang dikepung beramai-ramai sebagai membuktikan keberanian bangsa.

Tentu saja keganasan rejim Israel membantai rakyat Palestin menjadikan semua orang marah, namun ia tidak mungkin mengatasi kemarahan umat Islam Melayu.

Mereka akan segera membantah dengan sepenuh hati dengan langkah pertama tentu saja menggerakkan kempen memboikot apa saja yang ada kaitan dengan Yahudi.

Yang paling sering menjadi mangsa adalah rangkaian makanan segera McDonald's. Dan kalaulah benar kerja boikot mereka memberi apa-apa kesan, McDonald's telah menutup kedai mereka sejak 1979 lagi.

Oh, sebelum terlupa, setelah kempen Buy Muslim First dilancarkan, ramai umat Islam Melayu menjadi jutawan manakala khabarnya banyak tauke pasar raya Cina bankrap dan berfikir untuk membunuh diri.

Tidak ada samseng yang lebih samseng dalam dunia ini selain umat Islam Melayu jika kamu menjadikan sumpah seranah, maki dan ancaman sebagai perbandingan.

Malaikat bekerja ikut imaginasi
Islam Melayu akan terbakar apabila berasakan ada orang lain sedang menghalang jalan mereka menuju sorga. Dan ironi di atas segala ironi tentulah apabila mereka memaki kejahatan rejim Zionis itu melalui Facebook.

Semua kemarahan dan sakit hati itu mereka luahkan berselang-seli dengan serangan ke atas pasukan lawan dalam permainan video PUBG. Sambil itu mereka tekun mencarut dan memaki-hamun di merata kedai kopi.

Tidak ada kumpulam manusia yang lebih rela mati syahid daripada kumpulan itu kerana mereka ingat sorga itu bapa mereka yang punya.

Kamu sembahyang ikut waktu yang kamu suka, tapi ada hati nak mati syahid. Kamu agaknya orang yang dikatakan akan ditempelak Tuhan di Padang Mahsyar nanti.

Yang paling digemari oleh umat Islam Melayu pada waktu-waktu seperti sekarang ini ialah kisah-kisah magis. Betapa hari ini ada bom yang dilepaskan rejim Israel tidak meletup kerana 'disambut para malaikat' dan kegigihan orang bersembahyang senyap-senyap di masjid tidak akan mengakibatkan wabak merebak, misalnya.

Awak ingat malaikat ini kerjanya mengikut imaginasi awak? Bakpo bodo gitumo?

Akibat terlalu lama diceritakan tentang agungnya bangsa Melayu ini, kita semua berhenti berfikir untuk jadi manusia yang terbaik. Kita gemar menyalahkan orang lain dan begitu suka mencari jalan keluar yang bermukjizat.

Kalau handal sangat, hantarlah parang terbang kamu ke Israel atau pergilah terbang naik selempang kuning kamu ke sempadan Gaza. Inilah masanya untuk membuktikan segala macam ilmu yang kamu pelajari itu. Mahu simpan untuk apa lagi? Nak tunggu kena panah petir dulu kerrrr?

Setelah sekejap kaya dan sekejap miskin, Mohamza bertugas mengajar al-Quran di sebuah madrasah tahfiz milik kerajaan negeri. Beliau adalah orang yang diberi keistimewaan merentas negeri setiap hujung minggu kerana ada keluarga menetap jauh dari tempat bertugasnya.

Mohamza adalah contoh seorang M yang sangat mencintai al-Quran. Dan untuk seorang lelaki yang berkulit gelap, beliau seorang suami yang agak kacak.

Oleh: ABDULLAHJONES

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/magis-islam-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 300 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu Islam untuk sama sama membendung pandemik COVID 19 dengan penduduk Singapura lainnya di tengah tengah Ramada...
Sebab Apa Ramai Melayu Benci Pas

Sebab Apa Ramai Melayu Benci Pas

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 209 hits
Kita tak perlu hairan Semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ramai orang Mekah benci Islam termasuklah keluarga Nabi sendiri Jadi memang ramai orang Melayu akan benci PAS Ini kerana mereka benci Islam
Kalau Melayu Buat Apa Pun Salah

Kalau Melayu Buat Apa Pun Salah

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 243 hits
KHAIDIR AHMAD Apabila aku majukan tanah Melayu bergeran sekangkang kera yang terbiar dengan projek dusun Musang King secara halal mereka tuduh aku musnahkan alam TETAPI kalau bukan Melayu teroka Hutan Simpan Tanah Kerajaan Negeri tu secara ...
Tak Mahu Vaksin Pula Satu Lagi Masalah Orang Melayu So Tolong Jangan Jeles Kalau Orang Lain Pulih Dulu

Tak Mahu Vaksin Pula Satu Lagi Masalah Orang Melayu So Tolong Jangan Jeles Kalau Orang Lain Pulih Dulu

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 208 hits
Tuan tuan saya menerima mesej berikut dalam Whatsapp Saya tak tahu siapa penulisnya tetapi mesej ini sudah viral 1 Ini bukan post perkauman tetapi kisah suatu kaum Saya tidak bekerja di Pusat Pemberian Vaksin tetapi ada menerima keluhan dar...
Harga Minyak Masak Zaman Ph Dan Zaman Kerajaan Melayu Isle

Harga Minyak Masak Zaman Ph Dan Zaman Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 289 hits
Perbandingan minyak masak di bawah Kerajaan PH vs Kerajaan Tebuk Atap Hat RM30 95 itu harga terkini Mana entah walaun dan malaun panmip itu sekalian dahulu gegak gempita harga mahai lani tebuk atap memerintah krik krik sembunyi kepala tenga...
Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 341 hits
Pada musim wabak Covid19 ni kita harus bersyukur kerana masih lagi dapat belajar Negara kita dikatakan pengguna nombor satu dunia dalam Google Classroom Justeru saya hantarkan link di bawah untuk digunakan sebagai latihan Semoga memberi man...
Hiburan Pelawa Shah Rukh Khan Berlakon Filem Epik Sejarah Melayu Tun Perak Bakal Diterbitkan

Hiburan Pelawa Shah Rukh Khan Berlakon Filem Epik Sejarah Melayu Tun Perak Bakal Diterbitkan

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 640 hits
Aktif menerbitkan drama TV dan dokumentari di stesen tv tempatan pelakon popular era 1980 an Datin Seri Nora Shamsuddin 62 berkata dia mahu kembali aktif menerbitkan filem dan menyasarkan filem sejarah melayu Meskipun terpaksa menghentikan ...
Bangsa Agama Dan Negara Hanya Samaran Untuk Perkayakan Kaum Elit Melayu Lain Jadi Haprak

Bangsa Agama Dan Negara Hanya Samaran Untuk Perkayakan Kaum Elit Melayu Lain Jadi Haprak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 367 hits
Sila baca komen saya pada hujung nya Another lucid eye opener from Dr Rosli Azad Khan After the formation of Barisan Nasional in 1973 prime minister Abdul Razak Hussein appointed Hussein Onn as the new finance minister in 1974 taking over f...
Kah Melayu Mudah Lupe Hari Hari Kena Maki Tak Malu Ke

Kah Melayu Mudah Lupe Hari Hari Kena Maki Tak Malu Ke

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 456 hits
Umno lupa ke mereka kerajaan Soal DAPMay 24 2021 Seorang pemimpin Pemuda DAP menyelar dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ahli Parlimen serta menteri Umno tidak terlibat dalam membentuk dasar negara Naib Pengerusi Pemuda DAP Chiong Yoke Kong ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin