Tak Mahu Vaksin Pula Satu Lagi Masalah Orang Melayu So Tolong Jangan Jeles Kalau Orang Lain Pulih Dulu


 Tuan-tuan saya menerima mesej berikut dalam Whatsapp. Saya tak tahu siapa penulisnya tetapi mesej ini sudah viral. 
1.  Ini bukan post perkauman tetapi kisah suatu kaum.
Saya tidak bekerja di Pusat Pemberian Vaksin tetapi ada menerima keluhan dari sahabat-sahabat yang terlibat menguruskan pemberian vaksin fasa 2.
Sungguh mengecewakan apabila ketidakhadiran penerima vaksin pada hari temujanji adalah tinggi hingga 30 - 40 % dari jumlah yang sepatutnya hadir.
Maksudnya jika 500 orang yang sepatutnya terima vaksin, seramai 150 hingga 200 orang tidak hadir.

Malangnya, majoriti yang tidak hadir adalah di kalangan orang Melayu. Malah di negeri-negeri Pantai Timur dengan peratusan penduduk Melayu yang tinggi, pendaftaran untuk vaksin juga rendah. Yang dah beri persetujuan, tidak hadir. Ada yang dah dapat dos pertama, enggan pula mendapat dos kedua.
Biasanya PPV akan ‘standby’ senarai menunggu. Jika nama yang sepatutnya hadir, tidak hadir, mereka akan digantikan dengan penerima lain. 
Ada yang tiada dalam ‘standby list’ ini, sanggup datang menunggu sampai ke petang, mencuba nasib sekiranya dapat mengisi kekosongan. 
Kadangkala berjaya, kadangkala tidak. Namun, mereka tidak serik datang lagi keesokan harinya kerana mereka tahu masa dan peluang untuk mendapatkan vaksin itu sangat berharga.
Satu pemerhatian oleh mereka yang bekerja di PPV ini ialah mereka yang sabar menunggu sampai ke petang ialah di kalangan masyarakat Tiong Hua. 
Ada yang bernasib baik, penantian mereka berhasil. 
Tetapi jika belum, mereka tidak jemu untuk berusaha lagi dan lagi datang menunggu walau berkerusi roda dan bertongkat.
Masyarakat Melayu bagaimana pula ? 
Mereka jaguh di media sosial. 
Apa saja maklumat walaupun tidak sahih, hanya andaian dan spekulasi, tuduhan dan sangkaan, perkara itulah yang disebar-sebar. 
Mak ayah yang dah dapat temujanji vaksin, anak-anak yang halang dan tidak memberi keizinan. 
Semua lebih percaya kepada khabar angin dan propaganda anti vaksin berbanding nasihat dan saranan mereka yang arif dan gesaan pemerintah. 
Tidak cukup sekadar itu, tohmahan dan kutukan dilemparkan tanpa adab kepada petugas dan penguatkuasa. 
Pemerintah dan kerajaan sememangnya telah lama menjadi sasaran.
Yang hairannya, mereka jugalah yang mengamuk bila tak dapat balik beraya jumpa mak ayah, tak dapat solat di masjid, tak dapat berniaga.
Mereka jugalah yang mengadu suami tak dapat teman di bilik bersalin, tak dapat melawat dan meneman ahli keluarga yang sakit di hospital, atau menziarahi ahli keluarga yang mati atau sakit di rumah.
Jangan bercakap soal marah kepada zionis Israel menindas Palestin, andai diri sendiri tak sanggup berkorban ambil risiko vaksin untuk menyelamatkan bangsa sendiri.
Jangan bercakap soal jihad mempertahankan nyawa saudara seIslam kita di Palestin, kalau melindungi nyawa bangsa sendiri pun berfikir dua kali.
Balik berhari raya memeluk mak ayah pun belum tentu kita dapat tahun depan kalau beginilah kita berterus-terusan tenggelam dalam arus teori konspirasi dan berita palsu. 
Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua untuk membuat keputusan yang terbaik bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi untuk ummah dan negara Malaysia yang kita cintai ini.
2. Memang pun ramai orang Melayu tidak hadir di tempat suntikan vaksin. Ikut laporan NST 10,000 orang di Kelantan tidak hadir di pusat suntikan vaksin. Percayalah - kemungkinan besar hampir 100% daripada 10,000 orang ini adalah orang Melayu.





3.  Seperti biasa masih ramai orang Melayu lebih percaya perkara khurafat dan tahyul untuk menangani wabak Covid juga.  Yang berikut adalah Whatsapp yang lama tetapi viral sekali lagi.






4.  Dan dalam video berikut Tun Dr Mahathir turut luahkan frustration kepada orang Melayu yang lebih condong percaya khurafat seperti minum air kelapa untuk rawat Covid.  




Jadi tuan-tuan, saya ada dua mesej berkenaan perkara ini.
Mesej pertama : Jika tuan-tuan tidak mahu di suntik vaksin, malas nak pergi ke pusat suntikan, lebih percaya kepada bomoh, khurafat dan tahyul maka fahamlah bahawa wabak virus ini tidak akan hilang daripada masyarakat kita. Masyarakat kita maksudnya semua orang Malaysia - Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan semua kaum yang duduk dalam negara ini. 
Ini lojik yang simple ok -  lagi ramai rakyat kita di suntik dengan vaksin Covid maka lebih cepat-lah kita boleh mengatasi wabak ini. Lebih cepat-lah ekonomi dan negara kita akan pulih menjadi normal. 
Negara China dengan lebih 1.3 bilion penduduknya, Singapura, Britain, negara Eropah, New Zealand dan juga Amerika Syarikat sudah pulih hampir 100% atau sedang menghampiri full recovery.  Di Asia, negara Mongolia dan Bhutan sudah pulih 100% daripada wabak Covid.  Maksudnya kehidupan harian dan perjalanan ekonomi mereka sudah boleh berjalan seperti biasa.
Mesej kedua :  Jangan pula sesiapa pun merasa jeles terhadap orang Cina dan kaum lain yang rajin dan sabar hadir di pusat suntikan vaksin menunggu giliran mereka untuk disuntik vaksin.   
Paling ramai orang Cina telah rajin berdaftar online daripada awal lagi dan apabila dapat pengesahan hadir di pusat vaksin mereka menepati tarikh dan waktu yang dijanji. They follow instructions. 
Orang Cina berdisiplin dan yang lebih penting ialah mereka yakin dan percaya suntikan vaksin akan menyelamatkan kita semua daripada Covid. 
Mengikut mesej Whatsapp di atas itu : Satu pemerhatian oleh mereka yang bekerja di PPV ini ialah mereka yang sabar menunggu sampai ke petang ialah di kalangan masyarakat Tiong Hua. 
Ada yang bernasib baik, penantian mereka berhasil. 
Tetapi jika belum, mereka tidak jemu untuk berusaha lagi dan lagi datang menunggu walau berkerusi roda dan bertongkat.
Walaupun berkerusi roda dan bertongkat mereka sanggup datang menunggu di pusat vaksin. Jadi kita perlu bersyukurlah kepada Allah swt bahawa orang Cina begitu committed untuk disuntik vaksin Covid yang tentu sekali akan mengurangkan penularan virus Covid dalam negara kita.
Of course apabila mereka disuntik vaksin maka kes Covid dikalangan orang Cina akan berkurangan. Mereka akan pulih dengan lebih cepat dan ekonomi mereka pun akan kembali pulih dengan lebih cepat. 
Lagi ramai orang disuntik vaksin dan lebih cepat kita semua disuntik vaksin maka lagi cepat lah kita semua boleh sambungkan semula segala aktiviti dan kebiasaan harian kita. 
Kalau sesiapa nak berdegil untuk minum air kelapa atau berubat dengan tukang sihir itu pilihan tuan-tuan lah. Tetapi jangan pula sesiapa pun merasa jeles terhadap orang Cina yang berdisiplin dan rajin hadir di pusat vaksin Covid ikut janji-temu yang diberi. Dont be so unfair lah. 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/tak-mahu-vaksin-pula-satu-lagi-masalah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Lagu Pkp 2 0 Dapat Sambutan Kini Lagu Cucuk Ajak Masyarakat Suntik Vaksin Pula

Dulu Lagu Pkp 2 0 Dapat Sambutan Kini Lagu Cucuk Ajak Masyarakat Suntik Vaksin Pula

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 272 hits
SEBELUM ini ada dua buah lagu mengenai Covid 19 telah dilancarkan Pertama adalah lagu remix Ke Sana Ke Sini yang menjadi hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan awal tahun lalu Seterusnya awal Januari lalu omposer serta gitaris
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 504 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Nak Ambil Vaksin Pun Tak Terkawal Yang Lain Ke Laut Lah Gamaknya

Nak Ambil Vaksin Pun Tak Terkawal Yang Lain Ke Laut Lah Gamaknya

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 321 hits
Kekeliruan berlaku di luar pusat vaksinasi utama KL May 15 2021 Komunikasi lemah menyebabkan penerima vaksin yang berkumpul di luar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur keliru bila dan mana perlu dituju serta sama ada mereka perlu beratur KUAL...
Hiburan Cuba Jangan Kolot Fizo Omar Bengang Dengan Individu Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin

Hiburan Cuba Jangan Kolot Fizo Omar Bengang Dengan Individu Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 254 hits
Pelakon Fizo Omar bengang apabila melihat satu video yang sedang tular di media sosial tentang seorang individu lelaki yang mendakwa magnet melekat di bahagian suntikan tumbuh rakannya yang sudah mengambil vaksin Fizo berkata di sebuah hant...
Jangan Ikut Jadual Asal Vaksin Segerakan Suntikan Lee Boon Chye

Jangan Ikut Jadual Asal Vaksin Segerakan Suntikan Lee Boon Chye

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 298 hits
Pertambahan kes harian Covid 19 sehingga 8 000 kes dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh memberi isyarat bahawa Malaysia memerlukan strategi baharu dalam suntikan vaksin kepada rakyat Menurut mantan Timbalan Menteri Kesihatan Dr...
Bangsa Agama Dan Negara Hanya Samaran Untuk Perkayakan Kaum Elit Melayu Lain Jadi Haprak

Bangsa Agama Dan Negara Hanya Samaran Untuk Perkayakan Kaum Elit Melayu Lain Jadi Haprak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 360 hits
Sila baca komen saya pada hujung nya Another lucid eye opener from Dr Rosli Azad Khan After the formation of Barisan Nasional in 1973 prime minister Abdul Razak Hussein appointed Hussein Onn as the new finance minister in 1974 taking over f...
Hormati Pemergian Haziq Kamaruddin Jangan Buat Spekulasi Dos Kedua Vaksin Jadi Punca

Hormati Pemergian Haziq Kamaruddin Jangan Buat Spekulasi Dos Kedua Vaksin Jadi Punca

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 448 hits
KAJANG Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menuntut agar masyarakat di luar sana tidak membuat tuduhan melulu mengenai pemergian mengejut atlet memanah negara Haziq Kamaruddin yang menghembuskan nafas terakhir se...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage