Magica Penuhi Impian Pasangan Mempelai




BUKAN NAK CAKAP APALAH, MELANGKAH JER MASUK KE DEWAN MAGICA, RASA TERPEGUN YAA AMAT! SUNGGUH CANTIK, SUNGGUH MENAWAN DEWAN ACARA YANG TERBESAR DI SUBANG 




Alangkah syoknya kalau dapat Sis undur kembali ke masa lalu Menjadi Raja Sehari di dalam dewan yang serba mewah ini. Hahaha… amboi ‘verangan’ la pulak. Tapi, apa ade hal kan… berangan tu kan percuma.

Apapun, kemunculan MAGICA Event & Functions Hall adalah berita baik untuk korang yang masih bujang trang-tang-tang. Yang dah berkahwin, beranak-pinak pun bermanfaat juga. Bolehlah kita bayangkan untuk meraikan hari paling bahagia dan istimewa untuk anak-anak  di sini. Serius, sangat selesaa, dilengkapi fasiliti serba lengkap dan cantik betul dekorasinya yang berkonsepkan hiasan dalaman Eropah Moden.


ADA TIGA DEWAN UTAMAKalau korang nak tahu, MAGICA merupakan dewan agam yang terletak di tingkat 4,  Star Avenue Lifestyle Mall, Subang ini menampikan 3 dewan utama iaitu Magica Hall, Classis Hall dan Garden Hall.


Ketiga-tiganya pun cantik. Ada konsep tersendiri. Tapi, bagi Sis la kan… yang paling letops ialah Magica Hall. Yang menariknya, andaikata tetamu jemputan korang tu tersangatlah ramai. Korang jangan risau, sebab boleh jer gabungkan tiga-tiga dewan tu, sebab boleh memuatkan sehingga 7,000 orang tetamu pada satu-satu masa. Luas sangat-sangat!



Dekorasi pelamin tersergam indah dengan konsep tersendiriKehadiran lantai kaca membuatkan Magical Hall ini lebih eksklusif dan memukau pandangan
Magical Hall Merupakan dewan utama yang mana interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. 



Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan.Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. 


Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu. 






Classic HallTerletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah.

Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. 



Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing. 



Garden Hall, cantik! Tak ubah seperti berada di dalam taman bunga 
 Garden HallGarden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. 



Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.
Ada VIP Suite RoomsUntuk korang yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat korang ada pilihan,  iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. 

Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.



Pakej Perkahwinan MenarikKorang yang nak kahwin atau ada anak yang merancang untuk menjadi Raja Sehari, bolehlah try Pakej Perkahwinan yang disediakan oleh MAGICA Event & Functions Hall ini. 

Hidang enak daripada Kencana Catering 
Serikan majlis idaman dengan Rose Katering Hidangan seribu rasa dibawakan oleh Zai Sri Gemilang
Hidangan enak daripada J.Y CatererSerba lengkap tau, daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara dan juga dekorasi mempersonakan sebagai latar belakang kepada majlis perkahwinan impian.



Pelbagai pilihan menarik daripada KLWGF Nak cari cenderahati atau kek perkahwinan? Boleh dapatkan daripada Prettu DollsWow! Bukan itu sahaja tau… korang juga boleh mendapat diskaun menarik daripada rakan-rakan vendor tu.Jimat pun jimat dan korang bakal memiliki majlis perkahwinan yang sempurna di dalam dewan acara berprestij. Memang berbaloi dan puas hati!
Okaylah, Sis nak sambung berangan kembali. Hahaha.. tak boleh nak move on dengan suasana yang cantik di dalam dewan tersebut! Lagi satu, lupa nak cerita juga masa event Hari Terbuka tu juga Sis menang lucky draw. Dapatlah sebuah telefon bimbit Oppo dan rasa bertuah sangat hahah... sebabnya Sis jarang bertuah bab-bab cabutan bertuah nie. Memang rezeki betul lah. Allhamdulillah. 


Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2019/06/magica-penuhi-impian-pasangan-mempelai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertengkar Kerana Wi Fi Pasangan Warga Emas Ini Hampir Kehilangan Nyawa Di Tangan Anak Sendiri

Bertengkar Kerana Wi Fi Pasangan Warga Emas Ini Hampir Kehilangan Nyawa Di Tangan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 408 hits
Bermain permainan video pada dasarnya tidak salah asalkan seseorang itu pandai menguruskan masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab diri keluarga dan agama Akan tetapi percaya atau tidak ada di antara kita yang kadangkala hilang pertimbanga...
Panduan Elak Pasangan Berlaku Curang

Panduan Elak Pasangan Berlaku Curang

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum Sejak akhir2 ini ada banyak kes pasangan berlaku curang Tak kisahlah sama ada di pihak suami atau isteri Semuanya sama aje Jika dikalangan artis yang hebat berlaku curang setakat ini ialah 3A iaitu Aliff Aziz Ammar Alfian da...
Pasangan Eur Usd Euro Dilihat Untuk Memperoleh Momentum Berbanding Usd 17 Jun 2019

Pasangan Eur Usd Euro Dilihat Untuk Memperoleh Momentum Berbanding Usd 17 Jun 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 346 hits
Dolar AS baru baru ini merupakan mata wang dominan dalam pasangan itu sementara euro telah gagal menampung tekanan kenaikan harga yang dapat memperoleh lebih awal dari kawasan sokongan 1 1100 Kesatuan Eropah kelihatan semakin berkemungkinan...
Analisis Teknikal Tahap Urusniaga Utama Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 17 Jun 2019

Analisis Teknikal Tahap Urusniaga Utama Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 17 Jun 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 410 hits
Hari ini Jepun dijadualkan tidak akan mengeluarkan sebarang laporan ekonomi tetapi Amerika Syarikat diramalkan akan mengeluarkan beberapa laporan ekonomi utama seperti Pembelian Jangka Panjang TIC Indeks Pasaran Perumahan NAHB dan Indeks Pe...
17 Jun 2019 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Pasangan Gbp Usd Dan Cadangan Dagangan

17 Jun 2019 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Pasangan Gbp Usd Dan Cadangan Dagangan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 395 hits
Bagi kenaikkan harga untuk mendapatkan semula dominasi penembusan menaik yang lain di atas tahap 1 2750 adalah diperlukan untuk memperluas sasaran kenaikan harga yang berpotensi ke arah 1 2800 1 2890 dan 1 2940 Walau bagaimanapun kemerosota...
Pasangan Eur Usd Pada Kawasan Sokongan Fibonacci Utama

Pasangan Eur Usd Pada Kawasan Sokongan Fibonacci Utama

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 268 hits
Pasangan mata wang EUR USD didagangkan di atas kawasan 1 12 setelah memasuki corak baji menembusi sekali lagi Kenaikkan harga perlu bergerak sekarang dan memberikan langkah yang lebih kuat dari kawasan sokongan Fibonacci ini sekiranya tidak...
Pasangan Eur Usd H4 Berbanding Usd Jpy H4 Berbanding Eur Jpy Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Dagangan Dari

Pasangan Eur Usd H4 Berbanding Usd Jpy H4 Berbanding Eur Jpy Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Dagangan Dari

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 337 hits
Kini izinkan pasaran mengalihkan perhatian anda ke arah analisis menyeluruh mengenai pilihan bagi perkembangan pergerakan instrumen pasangan mata wang EUR USD berbanding pasangan USD JPY berbanding pasangan EUR JPY pada carta operasi skala ...
Kerana Cinta Terhalang Pasangan Kekasih Nekad Bunuh Diri Selepas Selfie Seriously

Kerana Cinta Terhalang Pasangan Kekasih Nekad Bunuh Diri Selepas Selfie Seriously

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 672 hits
India dikejutkan dengan tindakan sepasang kekasih muda yang memuatnaik gambar mereka bersama pistol di media sosial sebelum membunuh diri Pasangan kekasih itu dikenal pasti sebagai Anju Suthaar dan Shamkar Chaudhary yang masing masing berus...
Ramalan Terkini Pasangan Eur Usd Pada 21 06 2019 Dan Cadangan Dagangan

Ramalan Terkini Pasangan Eur Usd Pada 21 06 2019 Dan Cadangan Dagangan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 343 hits
Kadar pasangan mata wang EUR USD mengukuhkan dorongan pertumbuhan yang ditetapkan oleh keputusan dan kenyataan Rizab Persekutuan pada mesyuarat yang bertarikh 18 Jun Kini penganalisis menjangkakan Fed mengurangkan kadar menjelang akhir tahu...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh