Maggi Lancar Kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang


MAGGI LANCAR KEMPEN SAJIAN SEIMBANG TANDA SAYANG | MAGGI Menggalakkan Pemakanan Seimbang untuk Rakyat Malaysia Menerusi Kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang”. Setiap hidangan seimbang yang disediakan mencerminkan kasih sayang dan keprihatinan ibu terhadap keluarga. 
Berdasarkan hal ini, MAGGI telah memperkenalkan kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ pada hari ini untuk menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan warga Malaysia dan juga sebagai meraikan kreativiti kulinari ibu dalam menyediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga mereka. 

MAGGI LANCAR KEMPEN SAJIAN SEIMBANG TANDA SAYANG
Pelancaran kempen ini merupakan permulaan kepada siri inisiatif kesedaran awam yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan secara seimbang. Diilhamkan berdasar kepada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, MAGGI melancarkan kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” untuk menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri yang kos efektif dan enak menggunakan mi MAGGI dengan hanya menambah sumber protein dan sayur-sayuran bagi menghasilkan hidangan yang seimbang. 

MHP yang berasaskan konsep Suku Suku Separuh merupakan panduan visual bertujuan membantu orang ramai merancang pengambilan makanan mereka bagi mencapai hidangan yang seimbang - terdiri daripada ¼ pinggan berisi sumber karbohidrat seperti mi, nasi, roti, bijirin; ¼ pinggan berisi sumber protein seperti telur, tofu, daging, makanan laut malah sumber protein berasaskan tumbuhan; dan ½ pinggan berisi sayur sayuran atau buah-buahan.

Pada acara pelancaran kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI yang diadakan di Dapur Masak Masak MAGGI hari ini, Sheila Rusly iaitu selebriti TV, usahawan dan penggemar makanan; mempersembahkan cara bagaimana hidangan mi MAGGI kegemaran keluarganya boleh disediakan dengan mudah menggunakan ramuan yang sedia ada di rumah. 
“Syarat utama dalam menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang adalah dengan menggunakan ramuan yang mudah, ditambah dengan air tangan istimewa bagi menyesuaikan hidangan mengikut selera keluarga anda. Semua ini disediakan dengan sentuhan kasih sayang anda,” Sheila menjelaskan. 
Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) berkata, “Kami teruja melancarkan kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI yang bertujuan meraikan semua individu, khususnya para ibu, yang kreatif dalam menyediakan hidangan seimbang yang lazat walaupun sesetengah daripada mereka berdepan dengan kekangan waktu dan kewangan. 
Kempen ini bertujuan menggalakkan pilihan makanan yang enak dan sihat dengan menggabungkan 3 elemen teras - mi MAGGI sebagai sumber karbohidrat yang baik, ramuan yang segar dan sentuhan air tangan ibu. 
“Daya kreativiti yang dimiliki para ibulah yang mengubah semangkuk mi MAGGI menjadi hidangan yang enak yang diisi dengan ramuan yang sedia ada pada setiap keluarga. Ini adalah seiring dengan janji jenama MAGGI dalam membantu rakyat Malaysia untuk Menyajikan Kelainan (Cook the Difference) dan memperkasakan mereka bagi menyediakan hidangan masakan sendiri yang seimbang untuk orang tersayang,” tambah Geetha


Pakar Pemakanan MAGGI, Ms Leong Ven Luan berkata, “Hidangan yang seimbang adalah penting kerana ia membantu memastikan pengambilan jumlah makanan dan khasiat yang mencukupi daripada pelbagai kumpulan makanan, bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan kita. Selain nasi sebagai makanan ruji kita, mi segera MAGGI juga merupakan asas karbohidrat yang enak dan mudah bagi menyediakan hidangan yang seimbang untuk seisi keluarga. Kita hanya perlu menambah sayuran dan sumber protein ke dalam mi segera MAGGI untuk menghasilkan hidangan seimbang mengikut konsep ‘Suku Suku Separuh’ seperti dalam Panduan Pinggan Sihat Malaysia.”

Mi segera MAGGI yang diperbuat daripada 100% gandum Australia adalah sumber karbohidrat dan protein yang baik, dan dihasilkan di bawah proses pembuatan yang ketat. Mi segera MAGGI juga menawarkan pelbagai perisa yang lazat termasuk Kari, Ayam, Tom Yam dan Asam Laksa, di mana perisa kari MAGGI diperbuat daripada adunan 12 jenis rempah yang terpilih yang dimasak perlahan-lahan sehingga pecah minyak untuk mengeluarkan rasa dan aroma khas, iaitu rasa kari MAGGI yang tersendiri

Landskap makanan telah berubah dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun trend pengguna menunjukkan peningkatan dalam gaya hidup yang lebih sihat, hasil kajian tentang tabiat pemakanan rakyat Malaysia memberi gambaran yang berbeza. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019 menunjukkan bahawa walaupun 20% daripada orang dewasa di Malaysia menyedari tentang Panduan Pinggan Sihat Malaysia, namun hanya 14% daripada mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. 
Tinjauan juga mendedahkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa dan kanak-kanak (Koo et al., 2016) tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari. Ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, kira-kira 46% daripada rakyat Malaysia merancang untuk terus memasak di rumah dalam normal baharu. Individu yang mempunyai gaya hidup sibuk beralih kepada makanan yang “cepat dan mudah dimasak” - dan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia ialah mi segera. 
Kajian oleh Kantar Worldpanel FY21 mendedahkan bahawa mi segera adalah hidangan ke-8 teratas di Malaysia dan 44% daripada penggunaan mi segera disediakan untuk hidangan utama

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-seimbang-tanda-sayang/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/maggi-lancar-kempen-sajian-seimbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestle Everyday Lancar Kempen Hariharieveryday

Nestle Everyday Lancar Kempen Hariharieveryday

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 142 hits
NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN HARIHARIEVERYDAY Mendorong Rakyat Malaysia bersatu menjana khasiat keluarga PPR dengan pek Bekalan Nutrisi Sempena Hari Nutrisi Sedunia Nestl EVERYDAY baru baru ini melancarkan kempen HariHariEveryday yang bert...
Tanda Orang Yang Dapat Khusyuk Dalam Solat Ustaz Kazim Elias

Tanda Orang Yang Dapat Khusyuk Dalam Solat Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 198 hits
Tanda Orang Yang Dapat KHUSYUK DALAM SOLAT Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Sehun Exo Teruja Dapat Trak Makanan Tanda Sokongan Suho Chanyeol

Sehun Exo Teruja Dapat Trak Makanan Tanda Sokongan Suho Chanyeol

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 131 hits
Sehun EXO teruja hyung hyung hantarkan trak makanan di set penggambaran terbarunya Omoo omoo ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini kecoh di platform media sosial apabila peminat mula update mengenai perkembangan terbaru Sehun EXO Rupa rupanya pem...
7 Tanda Hati Yang Telah Mati

7 Tanda Hati Yang Telah Mati

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 314 hits
Janganlah menunggu tua untuk bertaubat dan berubah menjadi sosok insan yang lebih baik Kerana kita pun tak tahu adakah peluang kita menjejak usia tua Kerana mati itu pasti hidup hanyalah atas pinjaman nafas dari Allah SWT Bila hati kita tel...
Hiburan Kena Buat Selalu Kereta Vip Jadi Punca Jalan Sesak Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

Hiburan Kena Buat Selalu Kereta Vip Jadi Punca Jalan Sesak Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 115 hits
Sebuah video menjadi tular di media sosial semalam apabila sekumpulan penunggang motosikal menunjukkan protes ketika memberi laluan kepada golongan VIP yang melalui jalan yang sama Video yang dimuatnaik oleh di TikTok itu ternyata telah men...
Fahami Tanda Kemurungan

Fahami Tanda Kemurungan

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 341 hits
Apa itu kemurungan Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkanseseorang itu merasa sedih yang berpanjangan keletihan dan ketiadaantenaga cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian Ia berlarutansekurang kurangnya...
Bruxism Laga Gigi Masa Tidur Tanda Ada Saka

Bruxism Laga Gigi Masa Tidur Tanda Ada Saka

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 146 hits
Mahu terkejut dan rasa ngilu bila mendengar bunyi laga gigi yang selalu mak mak dengar selepas tidurkan anak Terfikir juga kenapa boleh berlaku dan kebiasannya anak anaklah yang kerap alaminya Ada pendapat orang tua tua bunyi laga gigi seba...
Mengenali Tanda Dan Punca Cirit Birit Kucing

Mengenali Tanda Dan Punca Cirit Birit Kucing

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 220 hits
Seperti haiwan haiwan yang lain anak kucing boleh juga diserang sakit perut dari masa ke semasa yang menyebabkan najis menjadi cair Sebenarnya cirit birit adalah titik permulaan masalah kesihatan This is a content summary only Visit my webs...
Jerantut Batu Tanda 0 Km O Bandar Lama Jerantut

Jerantut Batu Tanda 0 Km O Bandar Lama Jerantut

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 370 hits
Tarikkan baru jika anda berkunjung ke Bandar Jerantut untuk singgah ke Batu 0 atau Kilometer 0 yang terletak dihadapan Pejabat Pos lama Jerantut di bandar lama Jerantut Batu 0 ini sebagai penanda arah perbatuan menandakan permulaan sukatan ...
As Menuju Bangkrap Lihat Komen Rakyat Dalam Blog Ini

Mengenal Apa Itu Operasi Lasik Dan Biayanya

Kisah Calon Sg Bakap Pas Nak Sokong Pmx Pulak

Bidoglio Mahu Jdt Beraksi Lebih Ganas

Kdn Utamakan 2 Kategori Permohonan Kewarganegaraan Kata Menteri

Seorang Wali Nikah Menumbuk Pengantin Lelaki Selepas Majlis Akad Nikah

Speed Read A Garage Built Ducati 996 Caf Racer And More

House On An Island By Atelier Oslo In Norway



5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3


Personal Name Brands

Urban Draws And Sandy Feet 5 Cities With Great Beaches

Salam Aidiladha

Wapres Ma Ruf Kalau Ada Generasi Sudah Tak Peduli Sesama Bahaya Itu Lonceng Kematian

Begini Tata Cara Sembelih Hewan Kurban Wajib Perhatikan Yang Halal Dan Haram

Video Menengok Gaya Presiden Jokowi Bersarung Batik Resapi Gema Takbir Salat Iduladha