7 Tanda Hati Yang Telah Mati
Janganlah menunggu tua untuk bertaubat dan berubah menjadi sosok insan yang lebih baik. Kerana kita pun tak tahu adakah peluang kita menjejak usia tua? Kerana mati itu pasti, hidup hanyalah atas pinjaman nafas dari Allah SWT. Bila hati kita telah mati, bagaimana lembut pun nasihat diberikan tetap tidak dapat ditembusi melainkan empunya diri diberikan taufik dan hidayah dari Allah. Maka kita, orang dipersekitaran mereka yang memiliki sifat sedemikian bermohonlah kepada Allah SWT agar kita semua dikurniakan ehsanNya untuk mendapat hidayah.
7 Tanda Hati Yang Telah Mati. Hati yang telah mati umpama daun kering yang jatuh ke bumi, menunggu ia berkecai di pijak atau disepak, di buang ke tong sampah. Disirami dengan air 7 lautan pun takkan menghijau kembali.
7 tanda hati yang telah mati adalah:
1. Berani meninggalkan solat dengan sengaja2. Merasa tenang walau setiap hari melakukan dosa3. Jauh dari zikrullah dan al Quran4. Tiada masa memikirkan perkara agama5. Hidupnya hanyalah membuat sangkaan buruk terhadap orang lain dan mencari salah orang6. Tidak suka mendengar nasihat7. Tidak takut dengan mati dan azab kubur
Bila hati telah mati. Orang nak beri nasihat pun kena sindir balik. Dikatanya kita berlagak suci dan menunjuk-nunjuk. Bukankah jika hati masih sihat dan mahu berubah, kita malah bersyukur kerana masih ada yang sayang.
Bila dah terbiasa melakukan dosa-dosa, maka hati pun dah tak terasa apa-apa. Bila di ajak untuk bertaubat, dikatanya jaga kubur masing-masing
Marilah kita bantu, doakan mereka dan diri sendiri agar tergolong dalam golongan hambaNya yang mendapat berkat, rahmat dan kasih sayang Allah
Maka itu, pilihlah rakan sahabat yang sering mengingatkan kita kepada kebaikan, menunjukkan jalan yang lurus dan menjauhi segala kemungkaran
Insya Allah, semoga kita terus berjaya melawan syaitan yang direjam. Aamiin.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/07/7-tanda-hati-yang-telah-mati.html