Madammu Terkilan Dituduh Tak Adil Terhadap Anak Tiri
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu meluahkan rasa kecewa terhadap komen seorang individu yang menuduhnya bersikap pilih kasih antara anak kandung dan anak-anak tiri.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Madammu atau nama penuhnya Seiyca Baiduri mendedahkan bahawa komen-komen negatif daripada sesetengah individu kadangkala memberi tempias kepada emosi dan perkembangan jiwa anak-anaknya yang masih membesar.
“Saya nak kongsikan di sini bukan sebab saya nak buktikan tapi sebab nak jaga emosi dan perasaan anak-anak. Anak anak saya dah besar semua kadang mereka terkesan dengan komen sebegini. “
Dalam pada itu, tambah Madammu, komen melulu seperti itu membuka ruang kepada gangguan emosi dalam kalangan anak-anak, sekaligus memberi kesan terhadap keharmonian keluarga.
“Jangan menulis jika kita tak pasti kerana hanya dengan 1 komen awak boleh menguris banyak hati.
“Awak sedar tak awak sedang bina kebencian, prasangka, iri hati, cemburu, perbandingan di antara adik beradik iaitu Zahara, Qally & Ahmadhi terhadap adik mereka, Kayden.”
“‘Saya terima dengan hati yang penuh’”
Madammu tidak menafikan rasa terkilan apabila ada yang mempertikaikan niat serta pengorbanannya sebagai seorang ibu.
Katanya, keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai tiga orang anak bukanlah sesuatu yang dirancang, apatah lagi pada usia yang masih muda untuk memikul tanggungjawab membesarkan anak orang lain.
Namun begitu, Madammu memilih untuk menerima kehadiran anak-anak tirinya dengan penuh keikhlasan dan hati terbuka. Bahkan, dia berusaha menyayangi dan membesarkan mereka sebaik mungkin, seperti darah daging sendiri.
“Awak fikir saya minta untuk kahwin dengan duda anak 3? Awan fikir saya nak sangat ke jaga anak orang? Awak fikir saya nak sangat ke korbankan masa remaja saya untuk besarkan anak anak yang mak dia dah meninggal?
“Tapi saya terima, saya terima dengan hati yang penuh. Saya besarkan buat yang terbaik, bagi pelajaran yang baik, bagi kehidupan yang baik. “
Jauh di sudut hati Madammu kecewa apabila mempersoalkan tindakan individu yang mempertikaikan kasih sayangnya terhadap anak kandungnya, Kayden.
“Berdosa ke saya lahirkan seorang anak dari rahim saya dan berikan yang terbaik untuk dia yang baru melihat dunia ni? Adil ke untuk awak pertikaikan apa yang saya buat pada Kayden selepas 13 tahun rumah kami tiada Baby? Adil ke? ”
“Siapa awak untuk beri pandangan yang boleh menjejaskan emosi anak anak i? Who are you?”
Sebagai makluman, pada 9 Jun 2023, Madammu telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan, Madammu berkahwin pada tahun 2015 bersama suaminya yang ketika itu merupakan duda anak tiga – Zahara, Qally dan Ahmadhi.
@madammuofficialHappy Birthday Kayden 💛
♬ Happy Birthday To You – DJ Twilight
Sumber:madammuofficial
The post Madammu Terkilan Dituduh Tak Adil Terhadap Anak Tiri appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/madammu-terkilan-dituduh-tak-adil-terhadap-anak-tiri/