6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam
6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam ||
Salam semua, dalam beberapa hari lagi nak sambut kedatangan bulan Syawal.
Rasanya dah ramai yang buat persiapan nak beli bahan mentah seperti daging, ayam dan sebagainya kan.
Penuh sesak di pasar ke supermarket ke pakat sibuk nak beli bahan mentah terutamanya, takut cepat habis. Nak beli tu jangan berebut -rebut pakai rembat jerr, tak tengok dulu ayam togel cukup 360 darjah :D. Ini lah bahayanya, balik rumah baru perasan, padahal kesilapan kita kot asyik nak berebut dengan orang.
Baru - baru ini, ada perkongsian pasal ni dekat group family, jadi bila baca tu teringin nak kongsi, kot ada yang terlepas pandang atau masih tak tahu lagi tentang tips nak pilih ayam segar ni.
Jadi, kita kongsikan kat sini ya. :). Jangan terbeli bangkai sudah walaupun dah togel tak ada bulu. Risau betul kalau bab tu kan, jatuh haram dah makan.
Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya.
Mungkin disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan dipersoal kelak.
Jadi hari ni, kita nak kongsi sedikit petua sebelum membeli ayam.
6 Tips Dan Cara Pilih Ayam Yang Segar Dengan Betul Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam
Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual.
Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul - betul mengikut hukum syarak.
Kalau nak pilih ayam, pastikan ikuti 6 tips di bawah :
1. BONTOTNYA PUTIH.
*Bontot putih – Ayam diproses selepas ayam betul - betul mati
*Bontot merah – Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup
*Bontot biru – ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)
Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelihan Ayam di Pusat Proses Ayam.
2. Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian² ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.*
3. WARNA AYAM
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah - merahan adalah ayam yang segar.
Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
4. TEKSTUR AYAM
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin.
Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
5. DARAH AYAM
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
6. BAU AYAM
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
Baca sini >>> Cara Mudah Nak Bersihkan Udang Dengan Betul Dan Buang Najis Dan Otak Udang Guna Gunting
Baca sini >>> Cara Mudah Untuk Bersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri
Baca sini >>> 5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/05/6-tips-dan-cara-pilih-ayam-yang-segar-dengan-betul-supaya-tidak-terbeli-bangkai-ayam.html