Macam Mana Cara Nak Kesan Akaun Facebook Palsu
MACAM MANA CARA NAK KESAN AKAUN FACEBOOK PALSU | Sehingga March 2020, terdapat 25 760 000 pengguna Facebook di Malaysia yang merangkumi 77.4% daripada keseluruhan penduduknya. Majoriti dari mereka adalah lelaki - 54.7%. Mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun adalah kumpulan pengguna terbesar (9 300 000)
Pada tahun 2020, Facebook mempunyai 2.60 bilion pengguna aktif bulanan diseluruh dunia . Kira-kira 1.73 bilion pengguna yang mengunjungi laman sosial ini setiap hari.
Cara kesan akaun facebook palsuBegitu ramai pengguna facebook dan ianya bertambah setiap tahun. Ini juga menyebabkan pertambahan akaun palsu yang mencari kesempatan. Tapi untuk mengesan akaun palsu tersebut bukan lah perkara yang sukar dengan berpandukan beberapa tips berikut:-
1. Gambar ProfileGambar profile adalah perkara utama apabila nak mengesan akaun palsu. Pemilik akaun palsu tidak akan sesekali menggunakan gambar mereka sendiri. Tapi yang aneh nya mereka tetap akan menggunakan gambar wajah seseorang.
kebanyakan dari mereka tidak akan menggunakan gambar kenderaan atau pun bangunan dan benda lain
Ini untuk meyakin kan pengguna lain atau pun mangsa mereka. Kebanyakan gambar juga adalah dari google.
Untuk mengesan gambar google kita hanya perlu save gambar profile mereka.
Smartphone:-
1.Save gambar profile ke dalam phone.
2. pilih aplikasi Google
3. Klik icon google lens disebelah gambar mic
4. pilih icon foto dan pilih profile foto yang kita save tadi
5. dan paparan foto akan keluar di google lens.
Komputer/ laptop:-
1. Buka profile facebook yang ingin kita check
2. klik pada gambar profile.
3. klik kanan dan pilih "search for google"
4. Google akan memaparkan gambar-gambar dari link sebenar gambar tersebut diambil.
Jika terdapat banyak gambar yang sama dengan gambar yang kita muat naik tadi bermakna gambar akaun tersebut adalah palsu. Bermakna akauan nya juga berkemungkinan besar adalah akaun palsu
2. Check timeline Kita juga boleh memeriksa timeline akaun facebook yang kita mahu. Kebiasaan nya time line facebook akaun palsu tidak mempunyai like dan posting . Hanya profile dan sedikit info berkaitan diri sahaja yang akan terpapar.
Mereka juga akan menukar gambar profile beberapa kali.
Gambar profile mereka juga nampak terlalu bagus seolah-oleh diambil oleh jurugambar profesional. Mereka akan menggunakan gambar yang mengenakan pakaian yang bagus seolah-olah mereka ahli perniagaan, ahli politik dan berpakaian seragam seperti pilot dan doktor.
3. Check siapa rakan-rakan merekaAdakah rakan-rakan facebooknya berasal dari luar negeri atau orang tempatan? Jika rakan-rakannya orang tempatan, berkemungkinan besar ianya adalah asli dan jika rakan-rakan nya bukan orang tempatan ianya jelas akaun tersebut adalah palsu.
Jika tiada paparan rakan pada facebook nya, kita boleh abaikan saja permintaan nya untuk menjadi rakan. Kita juga boleh terus block akaun tersebut untuk keselamatan.
4. Check MesenggerPemilik akaun palsu akan menghubungi kita melalui mesengger. Dia tidak akan sesekali memberi komen di post-post kita dan memberi like pada status kita. Dia akan memberi salam dan menggunakan bahasa yang sopan serta memuji profile dan gambar kita.
Ada juga yang menggunakan google translate untuk meyakin kan kita. Dia akan berpura-pura sebagai orang tempatan dan kononnya sedang menetap di luar negara.
Mengapa Mereka membuat akaun palsu?Penipu biasanya akan mengunjungi platform perkongsian gambar / video seperti Instagram dan memuat turun gambar orang yang mereka ingin gunakan sebagai identiti palsu mereka.
Mereka kemudian menggunakan identiti palsu ini di platform sosial media lain dan kemudian mula mencari mangsa untuk penipuan mereka.
Mereka akan menggunakan ayat romantis untuk memikat banyak wanita dan lelaki yang mudah percaya dengan kata-kata mereka. Setelah mendapat kepercayaan dari mangsa mereka akan membuat beberapa kisah sedih dan meminta sejumlah wang dari mangsa.
Mangsa yang mudah simpati dan percayakan si penipu terus memberi sejumlah wang. Ada juga mangsa yang terpaksa memberikan wang setelah diugut oleh scammer untuk menyebarkan gambar dan video peribadi sepanjang perkenalan mereka.
Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenaliMenggunakan sosial media memang menyeronok kan. Kita dapat mengenali lebih ramai orang dan betukar-tukar cerita. Dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati dengan mereka yang tidak kita kenali. Kita tidak perlu mendedahkan perkara peribadi kita kepada orang yang kita tidak kenali.
Gunakan sosial media dengan bijak dan jangan jadi mangsa scammer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/11/macam-mana-cara-nak-kesan-akaun.html