Macam Macam Kutuk Anwar Tapi Aku Tetap Sokong
DS Anwar dah tua. Dah tak ada umph. Tak mampu jadi crowd puller. Dah hilang aura. Dan banyak lagi kata nista lain yang dilemparkan kepadanya. Semua kerana kekalahan Keadilan dalam PRN Johor.
Ok memang DS Anwar dah tua. Dah lebih 70 tahun pun. Tak boleh nak nafikan. Dan kalau nak kata DS Anwar dah hilang taring, hilang aura, hilang daya penarik sebagainya pun tak perlu dinafi.
Maka sebab itu, ada suara yang minta DS Anwar berundur dari politik. Bukan sebagai pengerusi PH sahaja tapi tinggalkan politik selamanya. Jadi nak tanyalah kepada yang cadangkan, siapa nak ganti?
Bermula daripada '98 sehingga sekarang, kekuatan pembangkang banyak menunggang atas peribadi DS Anwar. Sebelum DS Anwar ketuai pembangkang, tidak ada sesiapa mampu lumpuhkan BN.
Ok, DS Anwar dah tak ada aura. Jadi siapa? Nak ambil Mahathir? Atau anaknya Mukhriz? Pejuang lebih jahanam daripada Keadilan dalam PRN Johor. Kalau Shafie Apdal? Pun sama. Langsung tak mampu melawan dalam PRN tersebut.
Apa kata cuba Mat Sabu? Tapi Amanah dah berapa tahun pun masih kekal bawah ketiak DAP. Tak nampak signifikasi Amanah di bawah pimpinan Mat Sabu. Sepatutnya Amanah dah boleh ganti PAS sekarang. Tapi langsung tak ada bayang.
Kalau nak kira kekuatan pemimpin itu berdasarkan kerusi parti, maka Lim Guan Eng yang sepatutnya jadi pengerusi PH. Jadi apa kata DS Anwar beri jalan kepada Guan Eng untuk ketuai PH?
Ok juga. Aku pun tak sabar nak letakkan kesalahan kepada Guan Eng pula kalau PH kalah selepas ini. Semua setuju ke? Hahaha...
Orang boleh sebut macam-macam benda buruk terhadap DS Anwar tapi hakikatnya rakyat masih mahu dan perlukan DS Anwar. Ahli Keadilan pun masih ramai yang percaya kepada beliau. Jadi kenapa orang parti luar nak sibuk?
Kit pilih pemimpin perlu berdasarkan ideologinya. Mungkin DS Anwar tua tapi tapi semangat dan iltizamnya masih kuat memperjuangkan nasib rakyat. Itu yang tak ada pada ramai yang lain.
Dan lihat bagaimana DS Anwar diserang oleh ahli parti lain. Itulah tandanya DS Anwar masih kuat. Kalau beliau tak kuat, siapa yang nak buang masa serang beliau? Kita serang Najib lebih dari serang Zahid sebab Najib lebih 'kuat' berbanding Zahid.
Dalam ulasan awal Mat Sabu dan Guan Eng pasal PRN Johor, kedua mereka masih menyebut soal perpecahan pembangkang sebagai punca PH kalah. Yang mana aku tak nafikan sedikit pun.
Tapi cuba Mat Sabu dan Guan Eng tengok dulu perpecahan dalam PH. Tengok kelakuan ahli parti mereka sendiri. Galak mengutuk DS Anwar. Lebih dari pihak lawan lagi. Begitu juga budak Guan Eng.
Sebenarnya DS Anwar ni cukup kuat. Menghadapi serangan bukan setakat daripada machai UMNO dan walaun PAS, bahkan daripada ahli Amanah dan DAP sendiri dan segelintir kartel dalam Keadilan, DS Anwar masih kukuh berdiri.
Bayangkan kalau Amanah dan DAP berhenti dari menyerang DS Anwar, macam dalam PRU14 dulu dan berdiri kukuh atas nama PH, keadaan akan jadi lebih mudah untuk PH hadapi pilihanraya.
Tapi kalau pengundi atas pagar pun ragu kepada DS Anwar dek hasutan penyokong PH sendiri, nak menang macamana? Kalau betul pun DS Anwar hilang umph, itu atas usaha komponen PH sendiri!
Lebih malang Mat Sabu dan Guan Eng tak pernah ambil tindakan pun dengan kenakalan ahli mereka. Apakah memang perbuatan itu direstui? Atau Mat Sabu dan Guan Eng sendiri yang suruh?
Daripada sibuk nak seru bersama parti pemecah dan tiada akar umbi seperti Pejuang, Warisan dan Muda, lebih utama sebenarnya Mat Sabu dan Guan Eng disiplinkan dulu anak buah masing-masing.
Semua parti kena refleksi diri. Tengok dalam parti sendiri apa perkara melemahkan PH yang telah dilakukan. Bukan sibuk tengok luar dan kemudian talian semua kesalahan kepada DS Anwar.
Aku tak suka nak kutuk komponen PH begini tapi bila Mat Sabu dan Guan Eng nampak macam tak belajar langsung dari kesilapan yang dilakukan sebelum ini, terpaksalah juga aku menulis.
Sebab itu aku mula sokong Keadilan jalan sendiri. Kerana aku tak nampak lagi keikhlasan Amanah dan DAP dalam bersahabat dengan DS Anwar. DS Anwar cuma dijadikan kambing hitam bila setiap kali PH kalah pilihanraya.
Aku bukan ahli Keadilan. Aku kekal tak berparti sebab aku nak bebas mengkritik mana-mana parti dan pemimpin. Tulisan aku tidak ada kena mengena dengan pendirian Keadilan. Guane boh?
Raja Gelap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/03/macam-macam-kutuk-anwartapi-aku-tetap.html