Macam Kiamat Semua Berterbangan Kami Pasrah Jika Mati Puting Beliung Landa Bogor Ragut Nyawa Musnahkan Ratusan Rumah
(Video) ”Macam Kiamat Semua Berterbangan, Kami Pasrah Jika Mati” Puting Beliung Landa Bogor, Ragut Nyawa Musnahkan Ratusan Rumah. Bogor berduka. Puting beliung yang mengganas di bandar berkenaan di Jawa Barat pada Khamis petang telah meragut satu nyawa, menyebabkan puluhan pokok tumbang dan ratusan kediaman rosak.
Kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang waktu tempatan itu meragut nyawa seorang wanita, Enny Retno, 45, selepas pokok yang tumbang menghempap keretanya ketika dia sedang memandu.
Jurucakap polis Bogor, Fajar Hari Kuncoro berkata, hujan lebat beserta angin puting beliung itu menyebabkan banyak kerosakan di dua daerah.
‘‘Dua kawasan dilanda puting beliung iaitu daerah Bogor Selatan dan daerah Bogor Timur di mana satu orang meninggal dunia, 20 pokok tumbang, lima kenderaan rosak dan 848 kediaman musnah,” katanya.
Berdasarkan laporan pegawai cuaca tempatan, ribut yang kuat dan tiupan angin itu disebabkan oleh aktiviti awan ‘komulonimbus’ ditambah dengan kemuncak musim hujan yang kini sedang melanda Bogor.
Menurut penduduk tempatan, puting beliung yang melanda daerah mereka sangat dasyat di mana semua orang berada dalam ketakutan dan hanya pasrah dengan segala yang berlaku.
Saksi, Erni Sabariah, 42, berkata, puting beliung yang kelihatan terbentuk dari arah Gunung Salak ditambah dengan angin ribut itu menyebabkan semua penduduk melarikan diri ke dalam rumah.
”Angin itu kelihatan dari jauh pada jam 3 petang, saya sangka tidak sampai ke sini tapi kira-kira jam 3.30 puting beliung itu tiba ke kawasan kami dan berhenti jam 4 petang tapi sudah memusnahkan semuanya.
”Saya di rumah seperti kiamat, semua berterbangan, saya hanya mampu pasrah jika mati. Sekiranya umur tak panjang saya sudah pasrah. Anak pula menangis dan suami berada di luar kerja,” katanya.
Adriansyah, seoarang lagi saksi berkata, saat puting beliung melanda mereka berada dalam kebingungan. Takut berada dalam rumah yang hampir musnah, jika berlari ke luar pula boleh diterbangkan puting beliung.
Namun, dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah sambil membawa anaknya bersama penduduk yang lain ke Stesen Keretapi Batutulis yang turut mengalami kerosakan teruk.
”Memang keadaan ketika itu seperti kiamat. Saya berlari bersama anak dan terjatuh kerana dipukul angin yang terlalu kuat namun mujurlah kami selamat,’‘ katanya.
puting beliung
Video dan gambar yang dimuat naik oleh netizen di laman media sosial menunjukkan keadaan ketika itu di mana pelbagai objek yang terbang dan bangunan yang mengalami kemusnahan teruk akibat bencana ini.
Sumber: Siakap Keli
Banjir Besar Dan Pokok Berterbangan, Taufan Mangkhut Landa Filipina Ragut Puluhan Nyawa
Selepas Jepun, giliran Filipina pula dibadai taufan apabila Taufan Mangkhut yang melanda negara tersebut telah menyebabkan berlaku kemusnahan ketara terhadap rumah kediaman dan premis perniagaan. Dianggarkan kira-kira 25 orang terkorban setakat ini.
Taufan yang sama ketika ini dalam perjalanan menuju ke wilayah berpantai negara China. Menurut laporan portal berita antarabangsa, Taufan Mangkhut yang dianggap sebagai terkuat untuk tahun ini, pertama kali melanda kawasan pertanian di daerah Luzon yang menyebabkan tumbuh-tumbuhan tercabut daripada tanah dan berlakunya kejadian tanah runtuh, beberapa bulan sebelum musim menuai tiba.
Biarpun jumlah kematian dianggarkan seramai 25 orang ketika ini, pihak berkuasa menjangkakan jumlahnya mungkin bertambah ketika kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat untuk berhubung dengan daerah terjejas yang menempatkan lebih lima juta penduduk. Kesukaran yang dihadapi juga berpunca daripada jaringan sistem komunikasi dan tenaga yang tergendala di daerah berkenaan.
Manakala di daerah utara Baggao, taufan yang sama menyebabkan berpuluh-puluh buah rumah roboh selain sistem jalan raya yang terputus akibat kejadian tanah runtuh.
”Ramai penduduk di sini adalah orang yang miskin, apabila bencana ini berlaku kami terasa seperti hilang harapan,” kata Mary Anne Baril, 40, yang menanggung kerugian akibat sawah padi miliknya rosak teruk dalam bencana alam tersebut.
”Kami tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan,” katanya lagi.
Dianggarkan lebih daripada 100 ribu orang mula meninggalkan kawasan penempatan di daerah berkenaan selepas dibadai taufan.
Secara purata, sekitar 20 kejadian taufan dan ribut melanda negara tersebut setiap tahun yang meragut ratusan nyawa dan menjejaskan kehidupan penduduk yang kebanyakkannya dihimpit dengan kemiskinan.
Antara kes-kes kematian yang direkodkan akibat angin taufan termasuklah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, kematian lemas dan ditimpa runtuhan bangunan.
Pada 2013, Filipina merekodkan bencana taufan terburuk, apabila Taufan Haiyan memhentam negara berkenaan dan meragut sekurang-kurangnya 7,350 nyawa dan berpuluh-puluh lagi hilang.
Walaupun kekuatan Mangkhut dianggap semakin berkurang ketika taufan berkenaan melalui Filipina, namun ia masih membawa angin berkelajuan 175 kilometer per jam ketika taufan yang sama sedang menuju ke daerah padat penduduk di China.
Sumber : Channel News Asia
The post (Video) ”Macam Kiamat Semua Berterbangan, Kami Pasrah Jika Mati” Puting Beliung Landa Bogor, Ragut Nyawa Musnahkan Ratusan Rumah appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/video-macam-kiamat-semua-berterbangan-kami-pasrah-jika-mati-puting-beliung-landa-bogor-ragut-nyawa-musnahkan-ratusan-rumah/