Maafkan Saya Annuar Musa Sebak Gagal Kawal Emosi




KUALA LUMPUR – Perbualan yang rancak sejak bermulanya wawancara bersama wartawan MalaysiaGazette pagi tadi tiba-tiba bertukar sebak sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa ditanya tentang isu gelandangan di ibu kota.

Beliau meminta maaf dengan nada tersekat-sekat sehingga ke satu peringkat air mata Menteri Wilayah Persekutuan itu dilihat gugur juga biar pun dalam tempoh sebulan ini jiwa Annuar dilihat begitu kental berhadapan dengan isu gelandangan.

Ternyata pengalamannya menyaksikan sendiri ‘penderitaan’ gelandangan memberi kesan yang bukan sedikit di hatinya apatah lagi sebaik sahaja mendapat perkhabaran bahawa jumlah golongan itu di ibu kota mencecah 1,000 orang.


Temubual Eksklusif bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2020.“Saya mohon maaf. Maafkan saya. Ini soal kemanusian, ini isu kemanusian.

“Saya tengok gelandangan itu masalah bangsa (sambil menahan sebak). Gelandangan ini juga masalah kemanusian (menangis), bila saya jumpa mereka-mereka ini, saya dengar sendiri macam-macam. Mereka ini susah.

“Sebenarnya satu hikmah di sebalik kita menangani isu Covid-19 ini, kita juga secara tidak langsung dapat mendekati, memperhalusi golongan ini. Kita tubuhkan satu jawatankuasa khas secara harian uruskan krisis ini, antara isu adalah juga kumpulan gelandangan ini.

“Kita tidak boleh biarkan golongan ini terus merayau-rayau dan tinggal di merata maka golongan ini juga akan terdedah dengan bahaya penyakit ini. Ingat ya, penyakit tidak kenal darjat, kaya papa kedana, merempat mahupun miskin.

“Saya minta segera himpunkan mereka dengan tanggapan bahawa kumpulan ini sekadar 200 hingga 300 orang sahaja, rupanya hampir seribu. Saya terkejut.

“Apa gunanya kita ada bangunan pencakar langit, di celah-celah itu wujudnya golongan seperti ini, bayangkan apa yang difikirkan oleh orang luar khasnya pelancong dengan negara kita khasnya di bandaraya seperti ini,” katanya ketika memulakan bicara.


Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyelimutkan gelandangan pada hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2020Sambung Annuar, pada awalnya perancangan beliau hanyalah mengumpulkan golongan gelandangan ini di satu penempatan selamat sehingga PKP namun apabila mula mendekatkan diri, beliau sedar tanggungjawab dan amanah itu lebih daripada itu.

“Ini bukan lagi soal beri makanan dan tempat tinggal sementara, ini soal kehidupan mereka selepas ini. Saya banyak berfikir, lagipun ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ahli keluarga saya selama ini begitu aktif dalam menjaga kebajikan khasnya makan minum mereka.

“Ketika melawat pusat penempatan mereka baru-baru ini, saya ada bertanya tentang keluarga, mereka tidak mahu bercakap. Kalau bercakap kerja, mereka juga tidak mahu. Mereka terima kehidupan mereka seadanya.

“Saya tidak sampai hati tengok keadaan transit mereka, ada tilam dan bantal sahaja. Saya tanya mengapa dengan kapasiti kita, mengapa tidak kita buat lebih? Jangan bagi makan sahaja, tapi beri kaunseling, sediakan ruang solat, ajar mereka keebrsihan diri dan beri keyakinan.

“Kalau boleh potong rambut, berikan selimut bila tidur. Lepas itu saya terfikir, tamat PKP, maknanya kita lepaskan mereka, kumpulan ini akan kembali pada alam kehidupan mereka kembali. (menangis lagi).


Temubual Eksklusif bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2020.“Saya ambil langkah lebih sikit, cari hostel lebih besar, saya tidak mahu lepaskan mereka. Selepas berunding dengan beberapa syarikat melalui Datuk Bandar, kita bukan sahaja berjaya cari tempat untuk dijadikan hostel kediaman sebaliknya juga pekerjaan untuk 700 orang.

“Dewan Bandaraya sendiri akan ambil sebahagian daripada mereka bekerja mengindahkan dan membersihkan Kuala Lumpur manakala ada juga syarikat swasta akan ambil mereka dan berikan pekerjaan dengan gaji RM1,400.

“Semua ini bukan dalam perancangan lagi sebaliknya sudah jadi realiti, mungkin 1 Mei ini. Kita perlu golongan gelandangan ini melalui beberapa saringan terlebih dahulu sebelum ambil mereka bekerja.

“Jika kita ajak atau tawar, mungkin mereka tidak mahu jadi kita akan paksa mereka.

“Terus terang saya cakap, benda yang kita rasa payah ini jika kita usaha, Tuhan akan mudahkan ia. Saya sendiri tidak sangka, dipermudahkan.

“Semua yang saya fikir, jadi kenyataan. Bukan kerajaan sahaja sebaliknya rakyat Malaysia ini sendiri datang memberi bantuan, macam-macam semuanya tampil beri sokongan, untuk itu sememangnya terima kasih sangat,” ujarnya. – MalaysiaGazette



MR :  Sangat menyentuh hati kalau kerajaan boleh menanggani isu gelandangan di setiap negeri di Malaysia.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/maafkan-saya-annuar-musa-sebak-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas Pkp Tamat Tan Sri Annuar Musa

Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas Pkp Tamat Tan Sri Annuar Musa

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Gelandangan akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berk...
Ttdi Longhouse Project To Be Continued Annuar Musa

Ttdi Longhouse Project To Be Continued Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 220 hits
The Taman Tun Dr Ismail longhouse redevelopment project will continue to be pursued without affecting the green area of Taman Rimba Kiara said Federal Territories Minister Annuar MusaHe said as many as 100 families who occupied a longhouse ...
Annuar Musa Tempelak Mulut Celupar Khalid Samad

Annuar Musa Tempelak Mulut Celupar Khalid Samad

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 218 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dan mantan menteri Khalid Samad bertikam lidah di Twitter semalam Pertelingkahan itu tercetus kira kira jam 8 40 malam apabila Khalid memberi respons celupar terhadap satu ciapan oleh Annuar berhubung...
Roadblocks To Be Increased In City Centre Annuar Musa Claims Increase In Number Of Vehicles On The Road Despite Mco

Roadblocks To Be Increased In City Centre Annuar Musa Claims Increase In Number Of Vehicles On The Road Despite Mco

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Federal Territories Minister Annuar Musa said that there is an increase in the number of vehicles entering the city centre although the movement control order is in place He said police had informed him about this during meeti...
Percubaan Kamarul Yusoff Memburukkan Dr Musa Gagal Sama Sekali

Percubaan Kamarul Yusoff Memburukkan Dr Musa Gagal Sama Sekali

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1036 hits
Percubaan Kamarul Yusoff Memburukkan Dr Musa Gagal Sama Sekali Kamarul Yusoff telah melancarkan serangan bertubi tubi bersama2 HARAKAH ke atas Dr Musa Nordin lantaran sikap lantang Dr Musa Nordin mengkritik Menteri2 PN khasnya Zuraida keran...
Lid Bila Rumah Terbakar Bomba Nak Kena Mesyuarat Dulu Ke Annuar Musa

Lid Bila Rumah Terbakar Bomba Nak Kena Mesyuarat Dulu Ke Annuar Musa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan tidak puas hati beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion dibidas Tan Sri Annuar Musa Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata perkara itu perlu dil...
Rm1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan Annuar Musa

Rm1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 14 April Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian daripada dana itu akan disa...
750 Pasangan Suami Istri Gagal Cerai Akibat Pandemi Corona

750 Pasangan Suami Istri Gagal Cerai Akibat Pandemi Corona

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 198 hits
Dia mengungkapkan penundaan sidang cerai tersebut sesuai arahan surat edaran dari Kemenpan RB dan Kejaksaan Agung Namun dampaknya para penggugat menuai protes terkait gugatan cerai ditunda yang mengakibatkan sidang cerainya tidak kunjung se...
Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre

Apa Itu Fiqih Ini Pengertian Tujuan Sumber Dan Cabangnya

Pkr Grassroots Warm To Tengku Zafrul Amid Talk Of Party Switch

Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches

123faz