Maafkan Mama Tak Jaga Fayyadh Baik Baik Tak Sangka Jasad Anak Dalam Lombong


“Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” kata Nur Shamimi yang juga ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid sambil mengusap jasad anaknya selepas ditemui lemas di lombong berdekatan taman perumahan.
Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.

Biasanya bermain di taman permainan
Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar.
Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru, Gopeng, Perak sambil ditemani adik beradik yang lain.
“Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.
“Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.
“Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja,” katanya.
Arwah anak istimewa
Katanya, anaknya yang mempunyai masalah autisme, hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap memang pantang jika pintu atau pagar tidak berkunci kerana akan berlari keluar rumah.
“Bila saya nampak pintu terbuka dan Fayyadh tiada di ruang tamu, saya cepat-cepat minta anak sulung berusia 7 tahun cari di taman permainan itu, tetapi dia tiada di situ.
“Kami mencarinya sehingga jam 4.30 pagi termasuklah di kawasan lombong itu, tetapi tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah pagi ini (Selasa) dimaklumkan anak saya sudah ditemui, tetapi dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya pilu.

Akan merindui keletah manja arwah
Nur Shamimi berkata, dirinya reda dengan pemergian arwah dan mengakui akan merindui keletah manja anaknya itu nanti.
“Memang dialah yang paling manja, bila nak tidur dia akan cari dan pegang kaki saya, baru dia akan tidur. Samalah keadaannya setiap kali bangun tidur, dia akan cari dan peluk saya dulu, baru buat benda lain,” katanya.

Jasad Muhammad Fayyadh yang dilaporkan hilang dari rumah sejak petang Isnin ditemui dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong milik persendirian oleh pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng pada jam 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim mengesahkan tiada tanda berlakunya unsur jenayah ketika pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kredit: Sinar Harian
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post “Maafkan Mama Tak Jaga Fayyadh Baik-Baik..” Tak Sangka Jasad Anak Dalam Lombong appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/maafkan-mama-tak-jaga-fayyadh-baik-baik-tak-sangka-jasad-anak-dalam-lombong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasad Ayah Dalam Ambulans Cuma Lalu Depan Rumah Anak Hanya Mampu Meraung Sebalik Pagar

Jasad Ayah Dalam Ambulans Cuma Lalu Depan Rumah Anak Hanya Mampu Meraung Sebalik Pagar

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 234 hits
Kehilangan orang tersayang adalah suatu pengalaman sememangnya tidak ingin dilalui oleh sesiapa pun Namun berita tersebut semakin banyak didengar berikutan jumlah positif Covid 19 yang tinggi setiap hari Biarpun sudah berjaga jaga tetapi wa...
Saja Saja Support Tak Sangka Lukisan Rm1 Anak Jual Laku Teruk Ayah Ini Kongsi Ceritanya

Saja Saja Support Tak Sangka Lukisan Rm1 Anak Jual Laku Teruk Ayah Ini Kongsi Ceritanya

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 233 hits
Bila dah bosan duduk rumah mulalah macam macam akal anak Ada saja idea dia nak bermain atau buat apa apa asalkan boleh hilangkan rasa tepu dek kerana terkurung saja dalam rumah Kadang kadang idea anak ni kreatif sampai kita pun tak terfikir...
Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

Cara Naikkan Berat Baby Dengan Susu Ibu Mama Ada Anak Susah Naik Berat Boleh Try

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 313 hits
Kenapa anak saya kecil walaupun menyusu badan Tengok anak orang lain bukan main bersemangat badan Bukan setakat itu ada juga mulut mulut negatif yang selalu perli lebih baik bagi susu formula je Bagi membantu ibu memperjuangkan susu ibu unt...
Lepas Dr Halina Menyusu Anak Dia Tidur Saya Jaga Baby Target Nak 10 Anak Dr Sheikh Tak Kisah Jaga Anak Anak

Lepas Dr Halina Menyusu Anak Dia Tidur Saya Jaga Baby Target Nak 10 Anak Dr Sheikh Tak Kisah Jaga Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 384 hits
Bercerita tentang sokongan suami dalam membantu kejayaan penyusuan susu ibu dalam Webinar Mama Tak Penat susukan anak Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui suami antara support system yang sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu i...
Video Anak Mempersoal Mengapa Papa Penakut Selalu Tidur Dengan Mama Buat Penonton Geli Hati

Video Anak Mempersoal Mengapa Papa Penakut Selalu Tidur Dengan Mama Buat Penonton Geli Hati

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 208 hits
Macam mana nak jawab bila anak tanya macam tu KADANGKALA telatah anak kecil bukan sahaja mencuit hati bahkan mereka juga boleh mengajukan 1001 soalan yang sebahagian tidak pernah kita fikirkan Begitu juga dengan galagat seorang kanak kanak ...
Hiburan Awak Ingat Rumah Tu Gelanggang Wrestling Ke Ara Johari Risau Jiran Atas Rumah Pukul Anak

Hiburan Awak Ingat Rumah Tu Gelanggang Wrestling Ke Ara Johari Risau Jiran Atas Rumah Pukul Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 259 hits
Penyanyi kecil molek Ara Johari meluahkan rasa prihatin mengenangkan jiran tingkat atas kediamannya yang didakwa Ara sering memukul dan mengherdik anak anak mereka ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah Ara juga sempat merakam audio pelakuan ...
Hiburan Fobia Dengan Peti Ais Wawa Zainal Kongsi Alahan Hamil Anak Ke 4

Hiburan Fobia Dengan Peti Ais Wawa Zainal Kongsi Alahan Hamil Anak Ke 4

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 246 hits
Pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal memberitahu dia mengalami alahan luar biasa sepanjang kehamilannya yang ke 4 ini Wawa berkongsikan pengalamannya itu ketika sesi soal jawab bersama peminat di laman Instagram baru baru ini Advertisement...
Nasib Sempat Dibantu Gelagat Anak Gajah Berusaha Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian

Nasib Sempat Dibantu Gelagat Anak Gajah Berusaha Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 235 hits
Seorang pembuat filem Kim Wolhuter 62 tahun yang sedang berkunjung ke Mashatu Game Reserve di Botswana berjaya merakam suatu kejadian yang mengharukan di mana seekor anak gajah yang tersekat di tebing sungai telah dibantu oleh ibunya Katany...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord