Maafkan Ayah Sayang Semoga Kita Bertemu Di Syurga


DUNGUN – “Maafkan ayah, sayang… semoga kita bertemu di syurga,” hanya itu mampu diungkapkan Mohd Khairul Faezzan Zakaria, 27, kepada anaknya Muhammad Zikry Haziq, 5, di luar Bilik Kecemasan Hospital Dungun hari ini.
Putera kesayangannya itu sebelum itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dua beranak berkenaan sebelum itu terbabit kemalangan apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan Perodua Kelisa di kawasan simpang tiga di Kampung Gong Pasir, di sini 8.15 malam tadi.
Allahyarham Muhammad Zikry Haziq meninggal dunia selepas parah di bahagian kepala manakala bapanya patah paha kanan.
Muhammad Zikry Haziq terlebih dulu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan ambulans dan dalam perjalanan itu dia disahkan meninggal dunia dan dibawa pulang semula ke Hospital Dungun.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan luar Bilik Kecemasan Hospital Dungun selepas Mohd Khairul Faezzan meminta kebenaran pegawai perubatan untuk bertemu anak tunggalnya itu buat kali terakhir.
Sementara itu, nenek mangsa, Syarifah Salwati Syed Anuar, 45, berkata, dia tidak menyangka perasaan tidak sedap hati sepanjang hari itu membawa petanda kehilangan cucu tersayang.
“Setiap hari selepas pulang kerja saya ke rumahnya kerana dialah satu-satunya tempat saya menghilangkan kesunyian.
“Hari ini saya sangat terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan arwah kerana saya lewat pulang dari kerja,” katanya.
Lebih meruntunkan hatinya apabila teringatkan dia sudah menempah sepasang baju Melayu kepada arwah cucunya itu untuk dipakai pada satu majlis kenduri minggu depan.
“Baju Melayu itu akan saya simpan sebagai kenangan buat selama-lamanya,” katanya ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika ditemui berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Perodua Kelisa dipercayai keluar dari simpang tiga di lokasi kejadian secara tiba-tiba.
Pada masa sama katanya, motosikal dinaiki dua beranak itu gagal mengelak lalu merempuh kereta terbabit.
“Mangsa disahkan meninggal dunia jam 11.10 malam ketika dalam perjalanan ke HSNZ sebelum mayatnya dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/maafkan-ayah-sayang-semoga-kita-bertemu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Bertemu Haiwan Kesayangan Di Syurga

Bolehkah Bertemu Haiwan Kesayangan Di Syurga

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 293 hits
Soalan Bolehkah saya bertemu semula dengan kucing peliharaan kesayangan saya yang telah meninggal dunia di akhirat nanti Jawapan Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk Ia merangkumi berbuat baik kep...
Sayang Nanti Kita Jumpa Di Syurga Tangisan Seorang Suami

Sayang Nanti Kita Jumpa Di Syurga Tangisan Seorang Suami

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 1102 hits
Petang itu saya menerima satu panggilan tel Pemanggil tersebut meminta saya menguruskan jena zah ibunya Apabila sudah diamanahkan tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemnggil tersebut yg letaknya tidak jauh dari kediaman saya Saya tiba k...
Jodoh Itu Rahsia Ilahi Berdoalah Semoga Kita Berjodoh Sampai Ke Syurga

Jodoh Itu Rahsia Ilahi Berdoalah Semoga Kita Berjodoh Sampai Ke Syurga

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 413 hits
Jodoh Itu Rahsia Ilahi Berdoalah Semoga Kita Berjodoh Sampai Ke Syurga Kata orang tempoh 1 hingga 5 tahun perkahwinan itu adalah tempoh yang banyak dugaan Tempoh untuk saling mengenal buruk baik pasangan Mengenal luar dan dalam dan jika kit...
Orang Suka Sebab Saya Anak Syurga Ye Erma Sebak Tak Sangka Ramai Sayang Citra

Orang Suka Sebab Saya Anak Syurga Ye Erma Sebak Tak Sangka Ramai Sayang Citra

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 396 hits
Setiap kekurangan akan ada kelebihannya disebaliknya umum sedia maklum bahawa pengarah dan pelakon Erma Fatima mempunyai seorang anak istimewa bernama Citra yang kini berusia 17 tahun Sungguhpun kini bergelar ibu tunggal serta ditambah pula...
Hadi Semoga Allah Beri Balasan Sewajarnya Di Dunia Akhirat

Hadi Semoga Allah Beri Balasan Sewajarnya Di Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 364 hits
Diterbitkan Hari ini 10 18 malamPresiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan partinya kini dilanda serangan daripada segenap penjuru secara silih berganti Bagi menghadapinya Hadi menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta pemimpin anggota ...
Isu Rm1 4j Presiden Pas Nafi Semoga Gagal L Kajang 2

Isu Rm1 4j Presiden Pas Nafi Semoga Gagal L Kajang 2

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 467 hits
Saya dan PAS tak bayar kepada Clare BULETIN ONLNE 07 MARCH 2019KUALA TERENGGANU Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan beliau dan PAS membayar RM1 4 juta kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Saya tak bayar...
Semoga Kaki Kau Bengkak Sudah Berjalan Seumur Hidup

Semoga Kaki Kau Bengkak Sudah Berjalan Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 359 hits
Viral di media sosial video menunjukkan seorang remaja lelaki yang tergamak menendang seekor anak kucing mencetuskan kemarahan ramai Menurut sumber kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Sri Tanjung Tanjung Rambutan Perak Berdasarkan vide...
Saya Doa Semoga Anak Awak Tak Hitam Macam Tu

Saya Doa Semoga Anak Awak Tak Hitam Macam Tu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 397 hits
Meskipun baru saja bertapak dalam industri hiburan tanah air nama Haneesya Hanee dikenali ramai selepas menyertai sebuah program realiti popular Meskipun warna The post appeared first on
Semoga Dapat Rezeki Baby Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 25 Netizen Doa Elfira Loy Lekas Hamil

Semoga Dapat Rezeki Baby Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 25 Netizen Doa Elfira Loy Lekas Hamil

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 993 hits
Semenjak awal tahun lagi nama pelakon cantik Elfira Loy kerap kali disebut sebut Hampir 3 bulan mendirikan rumah tangga dan melakukan 5 kali resepsi perkahwinan Elfira yang mesra disapa El dilihat semakin berseri seri selepas bergelar ister...
Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Land Dispute In Klang Stalls West Coast Expressway

Sumbangan Asas Rahmah

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Niezam Cabar Diri Untuk Tampil Berbeza Dalam Filem Orang Perang

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Kenangan Pertama Kerja 3d Animator Dan Vfx Untuk Tv Amp Filem