Ma Pergi Jua
.
Assalamualaikum.
Hari ini Cik Nor gagahkan jua untuk menulis kisah sediah yang berlaku dalam hidup Cik Nor buat pertama kalinya. Bukan tak pernah sedih tapi ini sedih paling sedih orang kata sebab hilang tempat mengadu dan hilanglah satu ladang pahala Cik Nor. Tak ada siapa yang tahu ma Cik Nor sakit teruk sehingga ke nafas terakhirnya. Hanya kami adik beradik dan ayah sahaja yang tahu
Sebenarnya ma Cik Nor dah lama ada masalah kesihatan berkaitan buah pinggang tapi tak seteruk mana kata doktor yang merawatnya dan masih boleh dikawal. Namun selepas menerima 2 dos suntikan vaksin brang Pfizer keadaan buah pingganng makin teruk tapi doktor tetap mengatakan ia masih boleh dikawal. Allah..sehingglah umur arwah 70 tahun baru doktor cadangkan supaya buah pinggang ma Cik Nor dicuci.
Rasanya dah terlambat sebab umurnya dah lanjut jugaklah untuk menjalani rawatan ini. Mulanya ingat nak buat juga rawatan ni tapi bila tanya pendapat semua orang, ramai yang kata tak perlu buat sebab usia ma dah lamjut. Selain makan ubat yang disyorkan oleh doktor pakar buah pinggang kami juga dapatkan rawatan alternatif untuk ma. Alhamdulillah, ma nampak semakin sihat dan bertenaga. Namun panas tidak sampai ke petang rupanya hujan di tengahari
Hujung tahun lepas bermulah episod sakit mak makin teruk bila badannya mengalami kegatalan yang teruk. Masa tu kami was-was itu gatal alergik atau tanda buah pinggang ma makin rosak. Sehinggalah pada hari kawan Cik Nor meninggal doktor sahkan toksin dalam buah pinggang ma tinggi dan doktor syorkan untuk ma masuk wad supaya doktor boleh pantau dan turun toksin tu. Ma Cik Nor jenis tak suka masuk wad dan dia sukar nak tinggalkan nenek Cik Nor sebab dia dah janji pada diri dia nak jaga mak hingga akhir hayat
Doktor yang merawat Cik Nor siap call untuk sahkan ma Cik Nor nak masuk wad ke tak. Tapi terpaksa akur dengan keputusan dia tak masuk wad sebab dia kata dia masih sihat. Cik Nor pun tak boleh buat apa sebab kakak sulong Cik Nor kat KL ada kursus. Biasa dia yang akan pujuk ma tapi kali dia tak ada. Kami tunggu dia balik dululah
Hujung bulan Januari tanda-tanda ma nak tinggalkan kami untuk selamanya dah ada tapi kami sahaja yang tak peka. Cik Nor masih ingat dia kata kepalanya berdengung beberapa hari. Kalau korang yang selalu dengar kuliah agama mesti tahu salah satu tanda orang nak meninggal ialah kepalanya berdengung menandakan daun nama kita dah jatuh. Masa tu kita bukan lagi manusia biasa tapi kita dah jadi jenazah.
Seminggu sebelum ma pergi buat selamanya dia tak dapat tidur, sesak nafas dan letih yang teramat sangat. Kami sangkakan punya dia jadi macam tu sebab tak cukup tidur, rupanya Allah dah nak panggil ma balik. Sehinggalah pada 3 February 2024 lebih kurang pukul 4 petang kami bawa mak ke hospital untuk dapatkan rawatan dan doktor sahkan buah pinggang mak rosak teruk dan terpaksa dicuci serta merta. Keadaan ma masa tu dah kritikal dah. Setelah berbincang dengan adik beradik dan ayah kami tak benarnyabuah pinggangnya dicuci, tak benarkan dia ditidurkan dan benarkan dia di CPR walaupun dia dah tak sedar. Kami nak dia meninggal dengan tenang.
Setelah beberapa jam di wad kecemasan ma di masukkan ke wad dan Cik Nor adalah penjaga ma malam tu. Masa mula-mula masuk wad ma ok tapi bila dah tengah malam tiba-tiba dia meracau. Masa tu dia dah sebut mati dan siap cakap dia nak meninggalkan kat rumah. Nurse yang bertugas malam tu ajar Cik Nor supaya tenangkan ma. Alhamdulillah, selepas beberapa ketika ma meracau dia kembali tenaang tidur nyenyak senyeyaknya.. Tapi dalam masa yang sama Cik Nor sempat call kakak maklumkan ma meracau. Kalau tak silap Cik Nor pukul 1 pagi kakak, ayah dan adik Cik Nor datang. Masa tu ma dah tidur nyenyak
Kakak masuk tengok dah dia kata ma sedar masa dia datang tu. Lama juga diorang kat hospital, lebih kurang pukul 2 pagi baru diorang bertolak balik. Malam tu Cik Nor tak tidur sebab risau takut ma meracau lagi. Alhamdulilah ma tidur nyenyak sampai ke pagi, tengak semuanya stabil Cik Nor rasa lega. Pagi 4 Februari ma bangun dengan baik . Sebelum makan ubat pagi dia kena makan dan Cik Nor belikan sarapan kat luar. Tapi dia makan sesuap jer sebab tak selera dia asyik makan bekal buah epal yang dia bawa dari rumah. Lepas makan ubat dia start muntah, berkali-kali jugak Cik Nor ulang alik ambik plastik kuning untuk tadah muntah dia
Sampaikan Cik Nor kenal hold dulu nak pergi mandi sebab dia muntah non stop. Tiba masa dok melawat waktu pagi dia masih ok dan menjawab pertanyaan doktor dengan baik. Sehingga satu part Cik Nor pelik kenapa cakap anak dia ada 7 sedanngkan yang masih bernafas cuma 6. Rupanya dah ada tanda ma nak ikut arwah abang ke negeri abadi. Oleh kerana nafas ma dah stabil doktor tukar tuib oksigen ma. Bila dah tukar yang rendah ma rasa tak selesa, masa ni bermula journey ma meracau dan tak sedarkan diri. Mungkin doktor dah perasan ma akan pergi bila masa-masa maka disuruhnya Cik Nor panggil semua adik beradik. Pagi tadi kakak datang tap tak masuk jenguk ma tapi bila doktor dah suruh call semua adik beradik menangis-nangis dia sebab tak masuk tengok ma.
Masa dia sampai ma dah tak sedarkan diri, doktor dan nurse suruh kami bergilir-gilir ajar ma mengucap. Cik Nor terkilan sangat tak dapat bacakan yassin untuk ma sebab masa tu tengah uzur, Adik beradik lain dan ayah bergilir-gilir baca yassin sehingga doktor sahkan ma dah tak ada pukul 5.30 ptg
Cik Nor stop kat sini dlu sebab tak boleh tanya air mata dari mengalir. Nanti Cik Nor sambung lagi
Al-fatihah buat ma
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2024/06/ma-pergi-jua.html