M Sia Negara Islam Apa Macam Ni Judi


 


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa majlis pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri. - Foto NSTP1.
1. Pakej P-hailing Rahmah redakan 'suhu' komuniti penggiat ekonomi gig
KUALA LUMPUR: Pakej P-hailing Rahmah yang diumumkan kerajaan pada Selasa lalu diyakini dapat meredakan kegusaran berhubung beberapa isu yang melanda komuniti p-hailing sejak kebelakangan ini.
Ketua Aktivis Gabungan e-hailing Malaysia Jose Rizal, berkata isu kadar bayaran yang semakin berkurangan bagi penghantar makanan di sebuah syarikat swasta menyebabkan sebahagian penghantar makanan tidak berpuas hati.
Justeru, beliau berkata pihaknya menyambut baik inisiatif tersebut kerana ia secara tidak langsung dapat meringankan sedikit beban pekerja dalam sektor ekonomi gig itu memandangkan perkhidmatan dalam talian dan capaian Internet adalah satu keperluan bagi mereka.
"Pekerja e-hailing dan p-hailing berkemungkinan mempunyai cara penggunaan Internet yang agak dinamik kerana rata-rata komuniti kami bergiat dalam lebih daripada satu tugasan atau kerja. Bagi saya ia membantu segelintir daripada komuniti kami," katanya kepada Bernama. 
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan Pakej P-hailing Rahmah iaitu perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data 40 GB bagi pemandu dan penunggang p-hailing bermula 23 Januari hingga 23 April tahun ini.
Pada masa sama, Jose berkata pihaknya berharap inisiatif sedemikian dapat diperluaskan agar nasib pekerja p-hailing terus terjamin sekali gus dapat memperkasakan lagi sektor ekonomi gig dalam negara.
"Saya berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan inisiatif seperti penyelenggaraan kenderaan, kos berkaitan pembaharuan lesen, insurans, pemeriksaan kesihatan serta kos kelengkapan peralatan kegiatan seperti beg simpanan makanan, topi keledar dan lain-lain," katanya.
Berkongsi pandangan sama, Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia Mohd Azril Ahmat berkata pihaknya mencadangkan kerajaan supaya memperluaskan Menu Rahmah kepada penggiat industri ekonomi gig.
Beliau berpendapat Menu Rahmah berpotensi memberi keuntungan lebih besar kepada peniaga selepas ia disasarkan kepada kumpulan tertentu khususnya p-hailing.
"Kerajaan sudah banyak beri subsidi kepada rakyat mahupun golongan sasar, tetapi saya rasa kerajaan boleh memperluaskan Menu Rahmah kepada golongan ini selepas program tersebut dilihat suram dan semakin kurang disediakan oleh peniaga," katanya.
Sementara itu, Mohd Azril berharap Kementerian Komunikasi dapat memperbaiki capaian Internet di kawasan-kawasan pedalaman.
"Pekerjaan seperti ini (p-hailing dan e-hailing) sangat-sangat memerlukan capaian Internet yang stabil, sering kali terjadi kami terpaksa keluar mencari line selepas menghantar barang atau pelanggan. Kalau line tiada, tiada pesanan yang akan masuk," katanya. – BERNAMA
2. Syarikat judi di Malaysia terus subur… Roslan Shahir
KUALA LUMPUR: Syarikat judi di Malaysia terus subur meskipun empat buah negeri di bawah pimpinan PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak lagi memberi lesen premis bagi syarikat perjudian ini terus beroperasi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya menyekat industri judi yang diharamkan syarak ini dan juga dipersetujui bukan budaya mana-mana kaum di Malaysia demi melindungi masyarakat. 
Kesan judi yang diketahui menurutnya adalah menyebabkan penyakit sosial yang memberi mudarat sehingga mampu meroboh dan memecahbelahkan institusi keluarga, mendedahkan rakyat kepada masalah hutang dan muflis.
“Dalam waktu yang sama penguatkuasaan terhadap aktiviti judi haram termasuk yang atas talian perlu dipertingkatkan. Hukuman ke atas pesalah juga ditambah.
“Jika tidak, Kerajaan Madani ini akan terbit sebagai kerajaan yang menjadikan Malaysia walaupun sebuah negara Islam, tetapi subur dan berkembang industri judinya yang jika bertaraf NFO berlesen, adalah halal di mata kerajaan,” ujar beliau dalam media sosial miliknya hari ini.
Terdahulu media tempatan melaporkan bahawa, syarikat operator nombor ramalan (NFO), Sports Toto Bhd memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM68.5 juta bagi tempoh suku ketiganya berakhir 31 Mac 2024.
Turut dilaporkan bahawa sebuah lagi NFO, Magnum Berhad pula memperolehi keuntungan bersih RM25.99 juta bagi suku pertama 2024, iaitu kenaikkan 64.71 peratus berbanding RM15.78 juta suku yang sama tahun lepas. 
Tambah Roslan, walaupun empat buah negeri dipimpin PAS tidak lagi memberi lesen kepada syarikat perjudian ini beroperasi, namun ia tetap mampu mencatat keuntungan dan memberi laba pada para pemegang sahamnya dalam operasinya di negeri-negeri lain.
“Bermakna industri maksiat ini terus maju dan  berkembang bawah pemerintahan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri ke-10. 
“Oleh kerana Kerajaan ini tidak berhasrat mengekang atau menyekat aktiviti NFO ini tidak seperti empat negeri Melayu yang lain, wajarlah ia memikirkan untuk menaikkan cukai ke atas syarikat-syarikat NFO ini.
“Jangan ia bersenang-senang terus mencuri keuntungan di atas nestapa dan kesusahan kaki-kaki judi.
“Ada penganalisa mengatakan bahawa NFO ini terpaksa dilindungi (jangan dibebankan dengan cukai) kerana kononnya mahu menghalang aktiviti perjudian tidak berlesen,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: M'sia, negara Islam apa macam ni? Mengaku negara Islam tapi tidak ada ruh Islam, yang ada tertinggal ruh negara sekular acuan penjajah barat. (Rujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). Dalam suasana sekarang, nak sokong perjuangan pembebasan Islam HAMAS pun tak berani. Sanggup jadi barua Israel/AS!
..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/06/msia-negara-islam-apa-macam-ni-judi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andrew Sia Dakwa Uitm Akademi Apartheid Pemuda Umno Seluruh Negara Akan Buat Laporan Polis

Andrew Sia Dakwa Uitm Akademi Apartheid Pemuda Umno Seluruh Negara Akan Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 171 hits
Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Umno Bahagian Jasin mengulas penulisan Sia di sebuah portal berita yang mengaitkan UiTM dengan amalan sistem Apartheid membawa maksud sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum Pemuda Umno mendesak ...
Ketua Pemuda Bawa Isu Ni Ja Ka Tak Ada Isu Lain Kah Untuk Umat Islam Dan Kebaikan Ekonomi Negara

Ketua Pemuda Bawa Isu Ni Ja Ka Tak Ada Isu Lain Kah Untuk Umat Islam Dan Kebaikan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 193 hits
Alamak Alamak Alamak Alamak kantoi lagi K P PAS fitnah MADANI Pangkat saja KP dan MP Mulut jahat Hati berdaki Sebiji macam SANUSI
Sia Sia Dapat Wakil Rakyat Macam Hang Kaki Fitnah

Sia Sia Dapat Wakil Rakyat Macam Hang Kaki Fitnah

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 148 hits
Sia sia dapat anak macam hang kaki fitnah Depa kata pala bapak hang Sanusi kata pala bapak bukan maki tapi puji pujian
7 Laporan Diterima Kes Pemandu E Hailing Hina Islam Negara

7 Laporan Diterima Kes Pemandu E Hailing Hina Islam Negara

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 121 hits
Oleh Syeikh Baran Tangkap layar video tular seorang pemandu e hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia Polis Diraja Malaysia sedang mengesan pemandu e hailing yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Mal...
Lagi M Sia Negara Rasuah Penyelesaian Pas

Lagi M Sia Negara Rasuah Penyelesaian Pas

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 229 hits
Foto hiasan 1 SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 jutaJOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Kluang menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor hari ini kerana disyaki menerima rasuah lebih...
Hiburan Enggan Orang Sesama Islam Berbalah Rtm Tunggu Hasil Perjumpaan Jakim Ustaz Don Untuk Ambil Tindakan Lanjut

Hiburan Enggan Orang Sesama Islam Berbalah Rtm Tunggu Hasil Perjumpaan Jakim Ustaz Don Untuk Ambil Tindakan Lanjut

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 195 hits
Baru baru ini Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pihaknya menunggu keputusan dari hasil perjumpaan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Ustaz Don Daniyal bagi tindakan seterusnya Tak ingin berba...
Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah

Trip Mengejut Ke Guangzhou China

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Kuetiaw Goreng

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Resepi Ikan Singgang

Resepi Kentang Tumis Cili Api

Russians Destroy Five F16s On The Ground In Ukraine

Saturday Jokes 231

Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian