Lunch Reunion Makan Di Restoran Asam Pedas Pak Man
assalamualaikum 😌
lama dah gambar-gambar 👇 dlm draft folder
terlupa nak update dek kerana lambakan entri draft 😅
ada kalau just edit gambar masuk dlm draft tanpa ada idea nak buat ayat
tangguh tangguh la..
kemudian, terlupa
since ada masa skit ptg ni hah, marilah mengarang. jap jap lagi bebeerapa minit Izzat pun sampai ni. balik dari skola.
dah tak dpt si ibu ni pegang laptop, update blog dah... lagipun this is another moment yg wajib saya tempek dlm blog. nak dikenang sampai bila-bila.throwback tghari Isnin (4.2.2019) lepas, minggu cuti panjang CNY 2019
Ahad ke Selasa tu memang adik-beradik saya dtg berkumpul di rumah, Bukit Katil
holiday di Melaka jer kami-kami
nak dijadikan cerita best, abang saya bwk student dia satu bas dari UUM jalan-jalan Melaka
diorang ada bengkel 3 hari 2 mlm di PD. ntah la bengkel apa
Isnin tu, memang tentatif program diorang nak makan asam pedas Melaka, merasa keria antarabangsa, lepak di Jonker Walk, naik cruise menyusuri Sungai Melaka 😊😊
maka, memandangkan saya la jadi tukang reserve tempat di Restoran Asam Pedas Pak Man, teruslah kami plan utk lunch sekali dgn rombongan abang saya
lagipun, abang saya sorang ni sgt jarang nak join reunion dgn kami
dia jauh di UUM, kan. sorang tercampak di utara jadik lecturer hu hu hu hu..
alang-alang abah emak pun ada, marilah berjumpa dgn anak boy nyer yg jauh di mata 😌
asam pedas tetel confirm pilihan most of us lah...
but, most of student abang saya tak pernah dgr 'tetel'
mereka kehairanan bila dlm menu ada asam pedas tetel. what is tetel? 😊saya ada explain skit kat entry NI
saya dan adik-beradik memang dari kecik dah makan asam pedas tetel. org Melaka kan (meskipun lahir di negeri lain 😅)
mak abah di belakang tu.
tgk jer gelagat anak-anak cucu-cucu tak abis-abis bergambar 😄.
dlm gambar ni complete kami 5 beradik. mak tak tgk camera plak hu hu hu hu...
lagi sorang, adik pompuan saya, tak join reunion kami di Melaka kali ni.
da abis makan, gigih pimpin mak abah ke tepi jalan ni semata-mata nak amik gambar berlatarbelakangkan Restoran Asam Pedas Pak Man 😅😅 😆.itu yg nak share, kalau nak lunch di sini, boleh buat reservation at least sehari sebelum
terutama if rombongan tu ramai melebihi 20 org. mcm rombongan abg saya & student nyer ni lah
akan disediakan tempat di tingkat 1 dengan tambahan caj RM150
kerana ada air-cond, makan berhidang dan very ekslusif la, hanya kita-kita aje.
deko pun menarik. sgt selesa..
reservation:
Cik Sasha 0 17-201 8241selamat merasa lah ye asam pedas di Melaka. tak kenal, maka tak cinta
utk abah saya, otai asam pedas, dia tak puas hati 😅. byk juga la dia komen, itu tak kena, ini tak kena hi hi hi hi...
tetap nakkan asam pedak Kedai Mak Limah, di kampung saya nun di Telok Gong, Kuala Sg. Baru.memang sedap lah pun yg di kampung tu, masak cara kampung. takde involve viral-viral ni
mcm masakan di rumah. sedap. cukup rasa. cukup la semuanya bagi abah saya
tekak org tua kan...
nanti bebila kalau saya balik kampung, singgah Kedai Mak Limah, saya share ye.
kedai kampung tepi pantai.
apapun, bagi org luar yg baru nak mencuba asam pedas, terutama asam pedas tetel, marilah ke Melaka
lambakan kedai menyediakan asam pedas. mana2 kedai pun ada lauk asam pedas ni tak kira la for lunch or for dinner tau
pasti puas hati, in shaa Allah..
👌👌😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/02/lunch-reunion-makan-di-restoran-asam.html