Lunch Kat Chili S Sunway Putra Mall


Dalam entry sebelum ni, k.fiezz ada beritahu seorang pegawai tempat lama sis belanja makan masa last day sis kat KKR. Joms k.fiezz share kitaorang makan kat mana?
Kitaorang ke Sunway Putra Mall sebab dekat dengan office. Nak makan kat mana dalam tu, tak pasti lagi.. Dah sampai situ baru 2 orang pegawai ni yang pilih tempat, sis follow saja. So diaorang pilih Chili's sebab En Amirul tak nak makan nasi (kalau tak silap). En Amirul ni kaki gym so jaga pengambilan makanan..Itu yang tak mau makan berat macam nasi rasanya..Sis ni tak memilih, makan je..Janji kenyang...Tolak batu & kayu je..haha...
Masa 2 orang pegawai ni pilih Chili's, dalam hati k.fiezz 'alamak..tak pernah makan kat sini. macamana nak order'. haha..Tak tau apa menu kat chili's ni..
Biasa layan McDonald, KFC, Texas..Advance macam Chili's ni memang tak pernah masuk. Tak apa kita kena lah buat macam pandai kan..Tengok je lah dalam menu...Apa susah..hehe..
PILIH MENU @ CHILI'SSampai-sampai je kat Chili's Sunway Putra Mall ni, pelayan tanya berapa orang. Lepas tu dia terus bawa ke meja yang kosong. Dia bagi buku menu & tengok lah yang mana berkenan nak order. Sis belek dengan krik krik..haha..Tengok gambar je hat mana rasa macam menarik..Bila tengok pula page air..Lagi terkejut. Awat air dia semua yang ada alcohol pula ni..haha..Nak order air kosong ada tak?
Nasib baik lah lepas dah order makanan, pegawai k.fiezz ni tanya waiter, ada tak air yang bukan alkohol. Baru lah waiter tu beritahu tengok muka surat depan..Legaaa..Ada rupanya..Pelik juga takkan tak ada..haha..Maklumlah sis first time tau masuk sini..
Sampai-sampai je makanan, macam biasa bergambor dulu..Pegawai k.fiezz ni tau pula sis ni influencer. Tak tau macamana dia tahu. Dia cakap ambil gambor dulu. Nasib baik dia memahami, kalau idak memang tak lah nak ambil gambor..haha..Dah dapat green light, sis pun apa lagi snap, snap..hehe...
Tapi kalau orang tanya sis tak suka cakap sis influncer. Sis suka cakap sis blogger sebab influencer tu rasa besor sangat dan lebih glamour..Kalau blogger ni, siapa yang suka layan blog kenal lah..Itu pun kalau blog yang memang ramai pembaca setia..Orang memang dah kenal. Macam sis ni, blogger suam-suam kuku je..hehe..
Okey sambung balik cerita makan di Chili's Sunway Putra Mall ni..

Ambil gambor dulu.


Ni menu kitaorang..Sharing ni..Banyak sangat setiap portion. K.fiezz pilih yang macam pita kebab tu..Entah apa nama dia..Canggih benor pun nama dia..haha..Rasa dia okey sedap.

1st time makan kat Chili's ni, k.fiezz pilih menu yang tak pelik pada pandangan mata k.fiezz.Tengok bahan-bahan dia dulu, rasanya tekak boleh terima.


SEDAP TAK?Untuk k.fiezz yang baru pertama kali makan kat Chili's ni, rasanya tekak boleh terima menu yang kitaorang order ni. Menu k.fiezz pilih tu, tak tau pun kena cicah dengan sos dia tu..Ingatkan apa benda lah krim yang diletakkan kat tengah pinggan. haha. So mula-mula k.fiezz makan gitu je yang pita tu, lepas tu pegawai k.fiezz cakap 'fieza cuba lah sos dia'. Laaa baru tahu, itu pencicah dia..haha..Maafkan sis..1st time makan kat sini..Agak peghak sikit..haha..
Menu yang lain tu ada juga k.fiezz rasa sikit setiap satu..Okey lah, boleh lalu kat tekak melayu k.fiezz ni..Tapi sebab portion ni banyak sangat,  kitaorang tak berjaya habiskan..Terpaksa bungkus yang baki bawa balik. Pegawai k.fiezz yang belanja ni bawa balik. 
Dia nak bagi k.fiezz tapi masa ni last day kat KKR, dengan nak bawa barang yang ada sikit lagi, lepas tu hadiah lagi..Tak cukup tangan plus berat. Lagipun sis naik LRT, nak kena jalan kaki dari KKR nak ke LRT boleh tahan jauh..Tak larat sis nak pegang tapi nasib baik time nak balik ada seorang pegawai k.fiezz tumpangkan sampai komuter Bank Negara..Legaaa..Kurang separuh jarak nak berjalan ke LRT..hehe.. eh terlari topik pula..Masuk balik ke sub topik, sedap ke idak makan kat Chili's ni?
So overall makan kat Chili's ni mengenyangkan.  Terima kasih lagi sekali Puan belanja makan..Moga makin lebat rezeki Puan. Moga apa yang dihajatkan oleh puan dan suami dimakbulkan Allah..Aamiin...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/09/Lunch-Kat-Chilis-Sunway-Putra-Mall.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Vendor Lejen Sertai Nasi Kandaq Fest 2023 Di Sunway Putra Mall

10 Vendor Lejen Sertai Nasi Kandaq Fest 2023 Di Sunway Putra Mall

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 150 hits
Nasi Kandar Fest 2023 Yang Mengumpulkan 10 Nasi Kandar Legend Di KL List Nasi Kandar Yang Ada 1 Hameediyah Restaurant 2 Nasi Kandar Bawah Pokok 3 Nasi Kandar LC Kampung Baru 4 Nasi Kandaq Talam Johor Bahru5 Pelita Nasi Kandar Taman Chai Len...
Hadiah Balasan Untuk Pegawai Pegawai Dan Kawan Pejabat Yang Bagi Hadiah Kat Sis

Hadiah Balasan Untuk Pegawai Pegawai Dan Kawan Pejabat Yang Bagi Hadiah Kat Sis

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 111 hits
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa Ewah kemain ber peribahasa bagai Ni entry k fiezz pula bagi hadiah sebagai balasan untuk ucap terima kasih pada pegawai pegawai kawan pejabat yang bagi hadiah belanja makan sebelum k fi...
Netizen Takut Sebut Tajuk Kat Kaunter Tiket Khong Kaek Dedah Tajuk Internasional

Netizen Takut Sebut Tajuk Kat Kaunter Tiket Khong Kaek Dedah Tajuk Internasional

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 141 hits
Filem seram berlatar belakangkan selatan Thailand Khong Kaek bakal menemui penonton Thailand bermula 27 September 2023 Walaupun tiada tarikh tayangan untuk Malaysia filem itu mendapat perhatian penonton dengan tajuknya yang agak unik Pelbag...
Penguatkuasa Kat Malaysia Memang Sangat Mengecewakan Hampeh

Penguatkuasa Kat Malaysia Memang Sangat Mengecewakan Hampeh

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 105 hits
Kecewa Jabatan Imigresen Selangor lambat jalan operasiJABATAN Imigresen perlu menyiasat dakwaan maklumat operasi telah dibocorkan oleh pegawainya GAMBAR HIASAN AFIQ RAZALISAYA ialah bekas pengamal media arus perdana yang bergiat aktif sebag...
Kisah Pakcik Pengutip Sampah Datang Beli Nasi Lemak Kat Aku Lama Dia Duk Termenung Rupanya Ni Dia Nak

Kisah Pakcik Pengutip Sampah Datang Beli Nasi Lemak Kat Aku Lama Dia Duk Termenung Rupanya Ni Dia Nak

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 151 hits
Kisah pagi tadi ada seorang pakcik kerja dia pengutip sampah Dia pun bayarlah RM1 aku ambik duit tu aku buh dalam plastik nasi dia tadi Kalau aku tak ambik duit yang dia bagi tu lainkali kompem dia tak akan datang Aku Ya pakcik Nk brapa Pak...
Sedap Ke Chili Pan Mee Pak Raden

Sedap Ke Chili Pan Mee Pak Raden

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 152 hits
Sedap ke Chili Pan Mee Pak Raden Hai korang Sekarang ni kan tengah musim hujan kejap hujan kejap berhenti so bila duduk office mesti sejuk gila dengan pihak technician buka aircond kuat gila haha beku terus tempat korang macam mana pulak cu...
Jalan Jalan Sogo The Mall Southkey Johor Bahru

Jalan Jalan Sogo The Mall Southkey Johor Bahru

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum Lepas sarapan di tu kamu suami isteri terus ke Sogo plak masuk masuk je wow banyak benda menarik ni SA plak tengah mencari baju batik untuk event Sabtu minggu ni Sementara tu ronda ronda la cuci mata dulu kali ni memang cuci...
Mysalam 2023 2024 Permohonan Semakan Status Tuntutan

Using A 12 Year To Endorse A Cabinet Reshuffle Is In Bad Taste

Program Cuti Sekolah Disember 2023 Di Kuantan

Cara Pergi Pesta Buku Antarabangsa Selangor Di Mbsa Convention Centre

Jual Arak Mana Hak Asasi Muslim Bukan Jantan Kejar Jantan

Jadikan Sektor Pertanian Pemakanan Lain Sebagai Pertanian Besar Besaran

Hiburan Fatin Menipu Cakap Mak Ayah Dah Mati Acah Acah Trauma Tuduh Bapa Saudara Raba Abang Ipar Fatin Umaidah

Best Night Markets In Taipei Enjoy The City S Nightlife And Cuisine



Biodata Kieda Crepe Usahawan Penang Yang Viral

Resepi Maggi Goreng Mamak Ringkas dan Sedap

6 Larangan Yang Sama Dalam Ajaran Kristian dan Islam

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah Slot Megadrama Astro Ria

Sahih Piramid Tertua Dunia Kini Terletak di Indonesia


Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2023 2024 Jadual Jpa

Mak Ayah Elak Buat Perkara Ni Di Rumah Pada Anak Anak Tanpa Sedar Jejaskan Emosi Anak

Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

Rumah Cendawan Ppim Galak Tanaman Di Rumah Ppim 02 12 2023

Tutorial Mudah Buat Gambar Ai Secara Percuma Guna Bing Image Creator

7 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dan Kenali Jenis Sakit Kepala Anda