Ni pamphlet atas meja tu.Kami tak makan yang ni.Ambil gambar sahaja.Harga untuk 200 gram daging wagyu tu RM199.90.Huishh... ni kalau makan,haruslah dinikmati dengan penuh penghayatan ye...
Mama Yan order air apple, suami pula fresh orange.Kedai makan macam ni,Air biasa macam ni pun RM 14... huhuhu
Ni hidangan untuk suami.MY orderkan Beef Rib & Filet Medallions Combo.Sebab suami tak suka kalau daging tu masih merah merah lagi, kita minta yang 'well done'.Suami kata yang ribs tu sedap sangat.Dagingnya lembut sangat.Rasa dan perisanya meresap ke dalam urat daging.MY rasa sepotong je tapi tak MY tak minat daging yang lembut sangat macam tu.MY suka daging yang ada rasa padat.Yang medallions tu, rasa tawar sikit.MY ambil seketul medallion tu sebab konsep hak suami, hak isteri jua.Hak isteri, milik isteri seorang.Medallions tu steak daging yang saiz kecik dan bulat.Kuahnya kat luar je, bahagian dalamnya rasa daging yang padat.sebab tu suami kata tawar.Tapi MY rasa, sedap je.eh.. bukan sedap je... sedap sangat weh.MY boleh je makan daging rebus tawar hebeh takde garam.Kalau daging rebus takde garam pun MY rasa sedap,daging yang sedap macam tu,lagilah MY suka.Yang ni memang tak rugi order.
Yang ni pula hidangan untuk Mama Yan la.Lamb Ribs & BBQ 1/4 Chicken namanya.MY punya hidangan rasanya macam biashe biashe aje.Bukanlah tak sedap, cuma rasa biasa aje.Ayam dia rasa ayam aje lah... bahagi dua dengan suami,MY bagi suami bahagian drumstick,MY memang ambil sentiasa pilih bahagian thigh.
Gambar kami berdua malas nak letak dalam ni,Tengah nak kurang-kurangkan expose muka sendiri dalam blog dan medsos.Takut kena santet.Jadi letak gambar hiasan dinding kedai Tony Roma's ni.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |