Luna Lights Wonderland 2 0 Ke Stesen Ketiga Pula Di Kepala Batas Penang
Berita baik buat orang Penang, Luna Lights Wonderland akan dibuka di Vision Park, Bertam Perdana, Kepala Batas Pulau Pinang (Penang) bermula hari Jumaat, 27 Oktober 2023 sehingga Ahad, 26 November 2023
Luna Lights Wonderland Kepala Batas Penang ini beroperasi bermula pada jam 7:00 malam sehingga 12 tengah malam. Untuk pengetahuan semua, Luna Lights Wonderland akan mengadakan Tour Malaysia 10 Stesen/Stations (negeri) dan Penang merupakan stesen ketiga
Sebelum ini, Luna Lights Wonderland Seremban stesen kedua telah berlansung pada bulan Ogos hingga September yang mendapat sambutan yang meriah
Luna Lights WonderlandLuna Lights Wonderworld ini adalah acara pesta lampu LED terbesar di Malaysia bersempena dengan Visit Truly Asia Malaysia 2020 dan merupakan one of its kind showcase di Malaysia yang berlansung sehingga kini
Luna Lights Wonderland ini adalah paling besar di Malaysia 2023 dan telah di iktiraf oleh Malaysia Book of Record. 3 kali besar daripada Stesen Putrajaya
Ini merupakan salah satu program pelancongan berkualiti yang meningkatkan kesedaran para pelancong serta pengunjung tempatan. Sekaligus mampu mengubah sebuah taman menjadi tempat yang fotogenik bagi para pengunjung.
Selain itu, ia dapat menghasilkan suasana ceria dan memberi ruang untuk para pengunjung mengambil gambar selfie dan wefie bersama keluarga dan rakan-rakan
Luna Lights Wonderland location/ lokasiStesen ketiga akan diadakan di Vision Park, Bertam Perdana, Kepala Batas dengan 1.4 Juta biji LED blinking
Luna Light Wonderland PenangTarikh : Jumaat, 27 October 2023 - Ahad, 26 November 2023
Masa : 7:00pm - 12:00am
Apa yang menarik di Luna Lights Wonderland PenangMASCOT Terbesar di Malaysia iaitu Mascot LUNA yang bersaiz 11 metre tinggi5 Tema iaitu :
- SPACE
- AQUATIC
- ANIMAL
- ROMANCE
- FORESTRuang Picnic LEDAurora RiverTerowong " LOVE"Terowong " STARWARSTerowong " AVARTA "Gerai Makan dan PemainanPhoto BoothKonsepnya sama juga dengan Luna Lights Wonderland Seremban yang saya sempat pergi sebelum ini. Boleh tengok gambar-gambar menarik dalam pautan di bawah
baca juga
Luna lights wonderland Seremban review
Tips ke Luna Lights WonderlandDatang awal untuk mudah dapat parkirPastikan bateri handphone full sebab banyak port menarik untuk bergambar dan bervideoSediakan duit secukupnya, pembelian tiket menggunakan wang tunai sahaja. Tiada pembayaran secara online, e-wallet, QR code dan sebagainya.Sebelum datang pastikan perut di isi terlebih dahulu untuk bekalkan tenaga jalan-jalan sebab tempat ni besar ye. Jangan datang dalam keadaan lapar nanti baru separuh jalan dah nak keluar, rugi bayar tiket. Jika makan dahulu boleh jimat untuk membeli makanan. Makanan dan minuman yang dijual bukanlah murah. Jika ada bajet lebih tak ada masalah.Boleh bawa bekalan air. Jika penat boleh berehat dan minum air.Bawa portable kipas angin, confirm akan berpeluh bila berjalan dalam tempoh yang lama dengan ramai orang lagi.Sila pakai pakaian yang fabriknya tidak panas dan selesaPakai pakaian yang cerah untuk lebih nampak jelas dalam gambarPakai kasut atau selipar yang selesa.
Luna Light Wonderland Malaysia ticket price/ TiketDewasa : RM 15
Kanak - kanak (12 dan kebawah) : RM 8
* Promosi untuk 100 orang kanak-kanak yang pertama RM 6/ seorang. Promosi ini adalah untuk setiap hari
sumber : lunalightsw
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/10/luna-lights-wonderland-penang.html