Lumrah Kehidupan Seorang Cikgu Sekolah



Pergi ke sekolah setiap pagi jam 6.30pagi, sesudah subuh. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu – maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu…
Semasa Sesi Pengajaran..

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu…
Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka “Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas”. Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu…
Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya “Mana kerja rumah?”. Dijawab pula “Lupa cikgu” (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya

Cikgu pun bertanya, “Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi”. Anak murid pun menjawab, “Faham cikgu”. Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi ‘patung’ kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu…
Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab “Tak tahu”, “Lupa”, “Jaga adik”. Sabarlah cikgu.

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu…
Sesudah Habis Mengajar..

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu…
Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman – Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya. Sabarlah cikgu…
Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan “terima kasih cikgu”

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini…
Terima kasih saya ucapkan…www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/03/lumrah-kehidupan-seorang-cikgu-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Kerjaya Jadi Guru Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Peluang Kerjaya Jadi Guru Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 335 hits
Peluang Kerjaya Jadi Guru Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Info terbaru yang diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Matrikulasi ses...
Penonton Kritik Twenty Five Twenty One Papar Hubungan Cinta Lelaki Dewasa Gadis Sekolah

Penonton Kritik Twenty Five Twenty One Papar Hubungan Cinta Lelaki Dewasa Gadis Sekolah

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 150 hits
Nampaknya Twenty Five Twenty One yang menjadi drama kegemaran ramai telah terpalit sedikit kontroversi baru baru ini Dalam episod ke 9 yang ditayangkan baru baru ini Baek Yi jin yang merupakan seorang lelaki bekerjaya dan berusia 23 tahun t...
If Tak Kuat Jangan Teruskan You Akan S4kit Berk0rban Waktu Sejak Sekolah Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah

If Tak Kuat Jangan Teruskan You Akan S4kit Berk0rban Waktu Sejak Sekolah Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 608 hits
Pelakon Sweet Qismina akui teruja selepas akhirnya dia berkesempatan untuk menghadiri majlis konvokesyen di Segi University selepas tertangguh hampir dua tahun ak1bat fasa p4ndem1k Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi...
Guru Bertugas Dalam Cuti Penggal Sekolah Pekeliling Ikhtisas Bil 5 1977

Guru Bertugas Dalam Cuti Penggal Sekolah Pekeliling Ikhtisas Bil 5 1977

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 395 hits
Guru Bertugas Dalam Cuti Penggal Sekolah Pekeliling Ikhtisas Bil 5 1977 Datang bekerja waktu Cuti penggal Sekolah memang sukar bagi guru guru Kemungkinan masih bercuti bersama keluarga Minggu akhir cuti sekolah semestinya ada kalangan para ...
Bantuan Elaun Rm300 Kepada Pelajar Lepasan Sekolah Dan Graduan

Bantuan Elaun Rm300 Kepada Pelajar Lepasan Sekolah Dan Graduan

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 284 hits
Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan Berita gembira kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu Kerajaan telah mengumumkan bantuan elaun RM300 kepada mereka yang telah tamat Sekolah dan Universiti yang diperuntukan k...
Dokumen Ini Perlu Dihantar Ke Sekolah Selepas Daftar Online Anak Tahun 1

Dokumen Ini Perlu Dihantar Ke Sekolah Selepas Daftar Online Anak Tahun 1

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 286 hits
Perkongsian ini untuk memudahkan ibu bapa yang dah buat pendaftaran anak Tahun 1 tapi terlepas pandang yang maklumat diisi secara online itu perlu dihantar ke pejabat sekolah bersama salinan dokumen Untuk pendaftaran Tahun 1 terutama anak y...
Harga Baju Sekolah Tahun 2022

Harga Baju Sekolah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 491 hits
Alhamdulillah dah selamat membeli pakaian sekolah anak anak Tak semua lah berganti Mama Yan dah check sehelai demi sehelai Mana yang boleh pakai lagi mana yang boleh bagi adik mana yang kena alter aje mana yang kena tambah mana yang dah tak...
Memalukan Tiga Wanita Bergelek Di Majlis Akhir Tahun Sekolah Tahfiz Video

Memalukan Tiga Wanita Bergelek Di Majlis Akhir Tahun Sekolah Tahfiz Video

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 183 hits
Tangkap layar video tarian tiga wanita pada majlis akhir tahun sebuah madrasah di Indonesia Instagram JAKARTA Aksi tiga wanita yang sakan bergelek dalam satu majlis anjuran sebuah madrasah di Jogjakarta tular di media sosial Indonesia lapor...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah