Lulu Hypermarket Buka Cawangan Kedua Di 1 Shamelin Mall Cheras


LuLu Hypermarket nama pasaraya yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur. Pada 1 Julai 2019, sekali lagi LuLu Hypermarket telah buka cawangan kedua secara rasminya di 1 Shamelin Mall. Bangunan pasaraya di 1 Shamelin Mall ini berukuran lebih 7,400 meter persegi dan merupakan cawangan global LuLu yang ke 174. Tahniah diucapkan kepada LuLu Hypermarket


Pasaraya baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 1 Julai 2019. Pengerusi LuLu Group, Yusuff Ali berkata, pembukaan cawangan baru itu adalah sebahagian daripada perancangan perluasan syarikat dan akan membuka empat lagi pasaraya hyper di bahagian lain termasuklah di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan Johor Bahru sebelum berakhirnya 2020


Mama berkesempatan singgah ke pembukaan cawangan terbaru LuLu di Shamelin tempoh hari. LuLu di sini hanya setingkat sahaja di bahagian Ground Floor 1 Shamelin Mall. So sangat mudah untuk pelanggan yang berdekatan Cheras dan Kajang untuk membeli belah di sini. Yang paling mengujakan mama adalah sempena pembukaan LuLu Hypermarket dari 1 Julai hingga 4 Julai 2019, pelanggan boleh membeli belah dengan tawaran harga yang cukup murah dan menarik


Di LuLu Hypermarket ini terdapat beberapa bahagian seperti groceries, dairy produk, ikan, ayam dan seafood, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan kering, fashion, elektrik, elektronik, alat tulis, sukan, kasut, luggage dan lain-lain lagi. Bayangkan dalam masa 4 hari sahaja bolehlah rebut peluang untuk membeli belah dengan harga yang cukup murah dan tidak masuk akal




Selain itu, menariknya di LuLu ini adalah banyak barangan yang segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Malaysia. Tengok la susun atur setiap buah-buahan dan sayur-sayuran cukup tersusun rapi sehinggakan kita menjadi ralit untuk membeli belah di sini. Cukup tenang tengok warna warni dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup segar di LuLu



Manakala di bahagian ikan, ayam, seafood, daging lagilah semuanya segar dan harga yang cukup murah. Apa sahaja pelanggan yang ingin dapatkan boleh sahaja terus datang ke LuLu untuk daparkan bekalan yang segar dan berkualiti. Mama sendiri tengok harga memang cukup murah. Tengok la pelbagai jenis ikan yang segar dan harga seekor ayam hanya RM2.99 per kilo. Murahkan so jangan lupa dapatkan ayam di LuLu sehingga 4 Julai ini sahaja



Oh ya di LuLu pun ada bahagian elektrik dan elektronik. Siapa yang tengah cari barangan elektrik boleh datang ke LuLu sebab hanya 4 hari ini LuLu buat jualan sempena pembukaan yang giler-giler murah. Pelbagai jenama elektrik seperti Philips, Samsung, Toshiba, Midea, Pensonic, Haier dan banyak lagi jenama di sini. Kebanyakkan yang datang sini beli tv Philips 40 inch dengan harga RM699 sahaja. Giler murah!! Mama pun rasa macam nak beli juga tau fuhh mana nak dapat harga macam tu tau. 


Bahagian pakaian pun ada di sebelah bahagian elektrik dengan pelbagai jenama khas untuk lelaki, wanita, kanak-kanak pun ada. Tawaran diskaun yang cukup menarik dari 25%, 40% dan 50% pun ada. Nampak jer diskaun tu terus rambang mata sampai tak tahu nak beli apa kan. Hahh apa lagi boleh la shopping untuk raya haji pulak yer tak. 

Yang lagi menarik di LuLu adalah pelanggan boleh dapatkan barangan makanan yang diimport dari Middle East seperti Baklava yang susah nak jumpa di Malaysia. Sekarang tak perlu lagi cari ke Dubai semata-mata nak makan Baklava tu boleh beli sahaja di LuLu. Bagi penggemar cheese pun ada sekali nahhh lambakkan pelbagai cheese yang jarang kita jumpa pun ada di sini. Oh ya ada yang teringin nak makan makanan India yang halal pun ada jual di sini!! 





Nampak tak pelanggan dengan troli penuh masing-masing. Hari pertama sahaja dah dapat sambutan yang sanggat menggalakan dari pelanggan sekitar Cheras. Bayangkan ada pelanggan yang sanggup beratur untuk bayar sahaja selama 2 jam. Memang betul lah LuLu Hypermarket ni bukan sahaja murah, barang berkualiti dan berbaloi. Apa tunggu lagi jom shopping ke LuLu Hypermarket Shamelin dan rebut peluang harga menarik sehingga 4 Julai 2019 sahaja. 
LuLu Hypermarket ShamelinGround Floor 1 Shamelin MallTaman Shamelin PerkasaCheras Kuala Lumpur
Website : www.luluhypermarket.comFacebook : www.facebook.com/LuLuHypermarketInstagram : www.instagram.com/luluhypermarket
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mamajue.com/2019/07/lulu-hypermarket-buka-cawangan-kedua-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grand Opening Lulu Hypermarket Department Store Kini Di Buka Di 1 Shamelin Cheras

Grand Opening Lulu Hypermarket Department Store Kini Di Buka Di 1 Shamelin Cheras

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 437 hits
Hi Korang Seperti yang di warwarkan kini satu lagi outlet terbaru Lulu Hypermarket telah di buka di area Taman Shamelin Perkasa Yang terletak di Lower Ground 1 Shamelin Mall Kehadiran orang ramai sudah mula membanjiri lokasi tersebut ini ke...
Banyaknya Offer Sempena Pembukaan Lulu Hypermarket Di 1shamelin Mall Cheras

Banyaknya Offer Sempena Pembukaan Lulu Hypermarket Di 1shamelin Mall Cheras

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 438 hits
Berita baik ni untuk orang orang Cheras Tambah tambah untuk Eyza la yang gemar sangat beli barang dapur dekat LuLu Hypermarket Lepas ni Eyza dah tak perlu pergi LuLu dekat KL tu sebab diaorg dah bukak dekat 1Shamelin Mall Cheras pada 1 Jula...
Lulu Hypermarket Kedua Di Malaysia Ke 174 Di Dunia

Lulu Hypermarket Kedua Di Malaysia Ke 174 Di Dunia

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 572 hits
Bila sebut je pasaraya murah kat Malaysia ni mesti terbayang macam macam jenama terkemuka dan pastinya LuLu Hypermarket tak ketinggalan dalam senarai beli belah kakak Al maklum lah nak jimat pada zaman serba perlu menggunakan duit ni tak mu...
Lulu Buka Pasar Raya Hiper Kedua Di Malaysia

Lulu Buka Pasar Raya Hiper Kedua Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR 1 Julai Lulu Group satu daripada pengendali runcit terbesar di Asia Barat dengan rasminya membuka pasar raya hiper keduanya di sini manakala empat lagi dirancang dibuka menjelang 2020 Pasar raya baru itu dirasmikan oleh Menteri...
Weekend Syawal Kedua Ke Cheras Kajang

Weekend Syawal Kedua Ke Cheras Kajang

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 383 hits
assalamualaikum salam sejahtera Syawal ke 15 alhamdulillah persekitaran masih aman dan damai sekarang jam 11 30 pagi cuaca di luar pintu rumah sgt nyaman dan skit skit matahari dah melimpahkan sinarannya berharap panas hingga ke lewat ptg l...
Aliff Aziz Doa Ada Peluang Kedua Dengan Bella Astillah

Aliff Aziz Doa Ada Peluang Kedua Dengan Bella Astillah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 336 hits
Mengakui bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isteri sebelum ini Aliff Aziz berdoa agar dapat diberikan peluang kedua The post appeared first on
Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa Seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua

Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa Seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 340 hits
Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua Mengakui bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isteri sebelum ini Aliff Aziz berdoa agar dapat diberikan pelua...
Rektor Sebut Banyak Profesor Dan Doktor Ugm Layak Jadi Menteri Kabinet Kedua Jokowi

Rektor Sebut Banyak Profesor Dan Doktor Ugm Layak Jadi Menteri Kabinet Kedua Jokowi

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 194 hits
Rektor Universitas Gadjah Mada Panut Mulyono mengklaim UGM memiliki sederet nama profesor dan doktor yang layak untuk menjadi menteri Namun sejauh ini belum ada permintaan dari Jokowi
Harapan Petani Tebu Untuk Periode Kedua Pemerintahan Jokowi

Harapan Petani Tebu Untuk Periode Kedua Pemerintahan Jokowi

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 151 hits
Di periode pemerintahan Joko Widodo yang kedua diharapkan akan lebih memperhatikan kebutuhan para petani Sebab sejauh ini para petani tebu mengalami beberapa kesulitan mulai dari mengakses permodalan hingga minimnya varietas tebu unggul
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord