Weekend Syawal Kedua Ke Cheras Kajang
assalamualaikum 😊 salam sejahtera
Syawal ke-15
alhamdulillah
persekitaran masih aman dan damai
sekarang, jam 11.30 pagi, cuaca di luar pintu rumah sgt nyaman dan skit-skit matahari dah melimpahkan sinarannya
berharap panas hingga ke lewat ptg la, masih lagi ada baju bersidai 😆 hi hi hi..
semlm seharian mendung aje kan
wajib mengabadikan cerita raya di blog
indahnya raya ni is apabila kita ziarah-menziarahi
ke sana dan ke mari. keutamaan diberikan kpd rumah adik-beradik la
meskipun awal-awal Syawal tu dah bersama, wajib bagi kami gathering semula di rumah masing-masing
kali ni, saya naik ke Cheras dan Kajang
kebetulan 3 adik-beradik perempuan saya semua rumah di sana, dekat-dekat di antara satu sama lain
saya sorang tercampak di kampung halaman, Melaka
seperti biasa, saya sekeluarga jejak langkah ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dulu
rumah kakak kedua, Mak Ngah kpd anak-anak
naik KL, memang rumah Mak Ngah la kami tumpang bermlm. sebab Abah & Emak dok sini, dgn kakak kedua.bermlm. breakfast dan lunch di rumah Mak Ngah 😊. tu la cara beraya rumah Mak Ngah
tghari nyer, kakak saya buat rendang itik. aduhai 😍😍😍. terbaik 👍
setiap tahun, kakak saya ni pasti buat open house utk adik-beradiknya dan adik-beradik abg ipar.
and, setiap tahun la kakak akan tanya weekend mana yg saya free. so that saya sekeluarga dpt join diorang di Cheras.
tapi thn ni, saya yg cadangkan kat dia, tak perlu open house.
biasanya adik-beradik berkumpul di rumah dia dan makan, thn ni saya nak ajak kakak saya ni ke rumah adik-beradik yg lain 😌😌😌.
kita beraya dari rumah ke rumah jer. tukar style.nasib saya baik, kakak dan adik-beradik yg lain setuju
settle je solat Asar, saya dan Mak Ngah terus menuju ke rumah adik perempuan saya, Mak Usu di Saujana Impian
kakak sulung saya pun dah ada situ. best la... sampai-sampai je kami da riuh dah
dihidangkan dgn mee kari yg ohsem. 2 mangkuk jugak la saya makan 😅
then, ngap ngap kuih raya dan kerepek. and aktiviti berborak diteruskan tanpa henti, sehingga la berkumandangnya azan Maghrib
cantik sudut rumah adik saya ni. kerusi antik. meja antik. wallpaper berbunga kecil..
dari kiri - anak sulung kakak kedua saya, Emak (dipangku mak ialah Izzat & Ain) dan kakak kedua saya
biarkan dulu para bapa dan Atok makan dulu. kami bergambar
ni la adik pompuan saya
ada plak meja kayu antik. ni kepunyaan abah, adik manfaatkan di rumahnya
ramai-ramai !!! 😃😃😃
cucu-cucu Atok..
selepas solat Maghrib, kami ramai-ramai gerak ke Saujana Damai, Kajang
rumah kakak sulung, Mak Long kpd anak-anak
dihidangkan pula dgn aneka kek yg Mak Long buat sendiri, as always sedap!!
nasi ayam, ayam panggang marveles dan buah tembikai
yg belakang Abah tu, bertudung hitam, kakak sulung saya 💚
yg takde dlm gambar ialah abang saya la. jauh nun di UUM, Sintok
dia memang sukar la nak join program weekend dgn kami
dgn Emak pula 💙💙💙..
da plan dah, ada rezeki dan dipanjangkan umur, 29 jun nanti diorang berkampung plak di rumah saya.
beraya ramai-ramai di Melaka pula la kan. wajib!
this weekend, saya nak beraya ke rumah abg-abg ipar plak.
selagi ada ruang dan peluang, time Aidilfitri la kami nak ziarah-menziarahi. waktu lain, most of the time semua busy.
😉😉 👋👋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/06/weekend-syawal-kedua-ke-cheras-kajang.html