Luka Dalaman Pun Belum Sembuh Isteri Dah Mengandung Lagi Ada Sebabnya Doktor Minta Jarakkan Kehamilan


Memiliki jumlah anak yang ramai memang menyeronokkan namun aspek kesihatan ibu seharusnya lebih diberikan perhatian untuk mengandung dalam tempoh waktu yang kerap. Anak-anak yang masih kecil juga terabai malah setiap perkembangannya tidak dipantau kerana jumlah anak yang ramai.
Luahan dan perkongsian ilmu oleh doktor ini, Dr. Erna Nadia memang menarik. Banyak benarnya dalam kata-kata beliau. Tubuh isteri memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Jadi suami harus buka mata, biar isteri benar-benar sembuh terlebih dahulu.

JARAK KEHAMILAN
Saya ditugaskan untuk menjaga MCH ( maternal & child health) di klinik baru ini. Risau juga sebab agak berisiko tapi saya selalu fikir kalau tidak belajar sekarang, bila lagi?
Kebetulan seorang senior doktor di sini adalah bekas pelajar masters dalam bidang kesihatan keluarga. Hari pertama lagi dia dah tahu yang saya berminat untuk sambung belajar dalam bidang yang sama.
Nasihat dia : Erna, awak perlu banyak membaca setiap hari. Bukan baca CPG sahaja tapi kena buka textbooks dan baca jurnal. Dan awak praktikkan dalam kerja seharian. Insha Allah ok punya.

 
Telan liur kejap. Punyalah susah nak jadi pakar ni kan? Tapi kenapa ramai orang boleh senang-senang percaya kepada penjual atau penyampai petua merapu yang langsung tak ada ilmu asas pun tentang kesihatan? Pelik binti benar bin ajaib.
Ok, kembali kepada topik asal. Kawasan tempat saya kerja ini adalah kawasan pedalaman. Orang utara kata hulu banat. Orang kl kata hulu gilerrr.
Jadi, ibu ibu di sini rata ratanya ada ramai anak. Umur 25 pun dah 5-6 orang anak. Ramai dan meriah. Tapi tak terurus. Baik mak atau anak.

Ya, memang kita digalakkan untuk memiliki ramai cahaya mata tapi adakah kuantiti lebih penting dari kualiti? Kenapa doktor selalu bising bising kalau jarak kelahiran dekat?
Risiko untuk mendapat bayi kurang berat badan dan zat, risiko kelahiran pramatang, risiko anemia ( kurang darah) dan masalah kongenital adalah tinggi kepada ibu yang sudah mengandung lagi dalam masa 6 bulan.
Faktor risiko jika jarak kehamilan rapat:
1. Anemia
Wanita akan kehilangan darah dalam 200-400 ml darah setiap kali melahirkan anak ( jika beranak normal). Kehilangan darah yang banyak ini perlu di ganti semula. Darah merah memerlukan masa 90-120 hari untuk terbentuk semula. Kelahiran yang rapat akan membuatkan darah merah belum sempat terhasil dan risiko semakin tinggi kerana ibu perlukan darah yang cukup semasa mengandung.
Jadi, bayangkan.
Sudahlah yang lama belum sembuh, kita tambah lagi beban pada hati kita untuk kerja keras hasilkan darah. Bila kurang darah, kena ambil darah banyak kali dan suruh makan ubat tambah darah banyak, kita bebel kata doktor kejam.
2. Tombong atau rahim jatuh
Ingat lagi kenapa berlakunya tombong? Salah satu faktor terbesarnya adalah kelahiran yang ramai. Ingat, rahim kita adalah otot yang fleksibel. Semakin kerap kita beranak, semakin tinggi risiko untuk mendapat tombong. Semasa melahirkan anak, banyak otot yang luka dan trauma. Setiap yang luka pasti memerlukan masa untuk pulih. Kesian badan kita. Bagilah dia rehat sama sekejap.

3. Rahim pecah
Hal ini banyak berlaku pada ibu yang melahirkan anak secara bedah. Rahim yang dipotong memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. Nak nak pula kalau si ibu ada masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis yada yada yada. Rahim yang belum sempat pulih kemudian di tambah dengan kehamilan baru, berisiko untuk pecah ( jarang berlaku tapi boleh).
4. Kelahiran pramatang
Rahim masih lemah dan kita tambah beban lagi pada dia. Akibatnya rahim kekal lemah sepanjang kehamilan baru.
5. Bayi kurang berat badan
Ini adalah kerana ibu senang mendapat anemia. Kekurangan nutrisi menyebabkan bayi kurang mendapat zat semasa di dalam rahim. Kesian kan?

 
6. Depressi
Ada sesetengah kes, si ayah yang asyik nak anak. Nak buat kelab bola sepak katanya. Nak ada perempuan katanya ( lepas 10 anak semua lelaki). Ya lelaki memang senang. Akibat mereka, yang menanggung adalah isteri. Padahal isteri tak rela mengandung lagi.
Jangan jadi lelaki dayus. Fikir sama keadaan fizikal dan mental isteri. Bukan senang nak jaga bayi kecil. Ditambah pula luka dalaman yang masih belum sembuh. Takut nanti isteri meroyan sebab terlampau tekanan. Nak ditolak takut dikata isteri nusyuz. Bincang sama sama. Nak berapa anak. Bagaimana nak jaga.
7. Autism
Bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan jarak kehamilan kurang dari setahun setengah adalah sangat berisiko menjadi autism. Perkembangan di dalam rahim menjadi terbantut jika nutrisi tak mencukupi.

8. Anak terabai
Rata rata yang datang klinik dengan anak masih setahun dan kandungan dah menjejak dua tiga bulan biasanya akan mengabaikan sahaja anak mereka. Anak yang berumur 0-3 tahun memerlukan perhatian yang lebih dari ibu bapa mereka kerana mereka sedang membesar.
Mereka tak pandai nak melakukan apa apa lagi. Biasanya bila mengandung, wanita akan jadi sedikit beremosi akibat daripada hormon dan penat atau morning sickness. Bila anak perlukan anda, anda marah anak kata anak anda degil padahal mereka cuma kanak kanak yang tak faham apa apa. Kesian mereka.
9. Masalah tulang rapuh
Apabila mengandung, wanita memerlukan kalsium yang cukup untuk dirinya dan anak yang dikandung. Bayangkan kalau tengah mengandung dan anda masih menyusu anak anda lagi? Hormon estrogen amat penting untuk penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon boleh menganggu struktur tulang.

10. Rumahtangga terabai
Apabila anak masih kecil dan berderet dan anda mengandung lagi, kesihatan anda akan sedikit terjejas. Bukan kesihatan fizikal sahaja tetapi mental juga.
Nak uruskan rumah, nak uruskan suami dan anak anak dan nak uruskan diri sendiri dan kandungan. Akhirnya semua urusan jadi caca merba dan diri sendiri tidak selesa. Jadi, adakah kita masih lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti?
Ya, saya faham ramai yang kata Islam galakkan ramai anak tapi kita kena ambil kisah untuk semuanya. Dari aspek kesihatan dan ekonomi serta perkembangan anak anak. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri.
Jika isteri tak sihat, biar dia betul sembuh dahulu. Jika anak anak terabai, pulihkan dahulu kucar kacir keluarga.

Jika ekonomi tak membantu, fikirkan dahulu cara untuk stabilkan kehidupan anda. Ada sebab kenapa doktor suruh jarakkan kehamilan.
Seeloknya jarakkan kehamilan 2-5 tahun. Ada banyak kaedah untuk merancang keluarga.
Katanya ada viral mengatakan yang pil atau suntikan perancang adalah merbahaya? Jawapan saya tak betul. Biasalah nyetizen ni, gemar sangat menakut nakutkan orang dengan sesuatu yang tak pasti. Macam isu vaksin?
Bincang seeloknya dengan pasangan anda. Fikir akan faktor risiko masa hadapan. Rancang keluarga bagaimana yang ingin anda bentuk bersama.
Untuk isteri, jika tak selesa atau rasa penat atau ada penyakit, tolong jangan takut dan segan untuk bagitahu suami. Suami anda bukan jembalang yang makan orang. Cakap elok elok, terangkan lembut lembut. Insha allah mereka boleh faham.

 
 
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dan untuk suami, fahami dan sayangilah isteri anda. Kita kahwin bukan sebab nafsu, tapi kita kahwin kerana tanggungjawab. Jika anda sayang mereka, dengarkan mereka. Perempuan ini biasanya sayang suami lebih dari diri dia sendiri. Saling menjaga, insha Allah bahagia?
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Nota kaki : biar kuantiti kecil tapi kualiti besar dari kuantiti banyak tapi semua terabai dan terbiar?
The post “Luka Dalaman Pun Belum Sembuh, Isteri Dah Mengandung Lagi,” Ada Sebabnya Doktor Minta Jarakkan Kehamilan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/luka-dalaman-pun-belum-sembuh-isteri-dah-mengandung-lagi-ada-sebabnya-doktor-minta-jarakkan-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil Perempuan Cacat

Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil Perempuan Cacat

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 278 hits
Perkahwinan pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa ternyata menjadi perhatian dan buah mulut netizen Mana tidaknya tiada siapa menyangka dua sahabat The post appeared first on
Ya Rasa Dah Tak Mahu Hidup Suami Kongsi Kisah Isteri Berjuang Lawan Depresi

Ya Rasa Dah Tak Mahu Hidup Suami Kongsi Kisah Isteri Berjuang Lawan Depresi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 458 hits
Masyarakat hari ini dilihat semakin terdedah kepada gejala despresi tidak mengira tingkat umur Despresi boleh menyebabkan seseorang untuk bertindak di luar pemikirannya malah sehingga boleh menyebabkan kematian Penyakit despresi bukanlah se...
Bunyi Berdentum Kuat Sangat Tertekan Isteri Merajuk Keluar Dari Rumah Lelaki Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 19

Bunyi Berdentum Kuat Sangat Tertekan Isteri Merajuk Keluar Dari Rumah Lelaki Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 19

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 371 hits
Penduduk di Kondominium Mutiara Bandar Perda Bukit Mertajam malam tadi digemparkan dengan kejadian seorang lelaki bertindak terjun dari tingkat 19 Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 20 malam tadi lelaki berusia 46 tahun itu disahkan mau...
Video Umi Rindu Daddy Umi Sayang Daddy Luahan Sayu Isteri Mejar Zahri Armaya

Video Umi Rindu Daddy Umi Sayang Daddy Luahan Sayu Isteri Mejar Zahri Armaya

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 318 hits
Isteri mana yang dapat menahan kesedihan apabila suami tersayang pergi meningalkan dunia buat selamanya Itulah yang dirasakan oleh isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang telah kembali dijemput Ilahi selepas terkena tembaakan ketika...
Dia Cuba Jauhkan Diri Sebelum Pergi Kata Isteri Arwah

Dia Cuba Jauhkan Diri Sebelum Pergi Kata Isteri Arwah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 2075 hits
Sumber dari Sinar HarianPastinya kesedihan menyelubungi keluarga pelakon dan pelawak veteran AR Badul setelah menerima berita pemergian anakanda tercinta yang kemabli kerahmahtullah semalam Lebih terasa isteri arwah Nour Shafinar yang kehil...
Masih Terselamat Suami Isteri Parah Ditetak

Masih Terselamat Suami Isteri Parah Ditetak

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 510 hits
Lokasi kejadian suami isteri ditetak berhampiran sebuah bank di bandar Kuala Krai hari ini Gambar kecil Wan Fauzi KUALA KRAI Gara gara cemburu dan dendam sepasang suami isteri parah ditetak dengan golok oleh lelaki dikenali dalam kejadian d...
Suami Isteri Racun Baby Baru Lahir Buang Dalam Tong Sampah

Suami Isteri Racun Baby Baru Lahir Buang Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 638 hits
Pasangan suami isteri warga Myanmar ditahan polis kerana didakwa meracuni bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan sehingga mati Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi di dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Selangor pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025