Luka Akan Cepat Sembuh Jika Terdedah Dengan Udara Antara Mitos Ketika Merawat Anak


Kanak-kanak yang aktif melakukan pelbagai aktiviti akan kerap mengalami kecederaan. Jenis kecederaan yang paling kerap dialami adalah luka pada bahagian badan mereka. Luka adalah hirisan yang terjadi pada kulit dan biasanya disebabkan oleh objek tajam seperti pisau atau kaca. Jika tidak serius, ia boleh dirawat sendiri di rumah.

Namun begitu, terdapat beberapa mitos yang segelintir ibu bapa percaya apabila merawat luka anak. Apakah mitos itu dan sejauh manakah kebenarannya? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
#1. Luka akan cepat sembuh jika didedahkan pada udara Mitos ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Kebanyakan ibu bapa mempercayai bahawa jika anak anda mengalami luka kecil pada badan, ia tidak perlu ditampal dengan pembalut luka sebaliknya biarkan ia terdedah dengan udara. Ya, ia akan membuat luka itu menjadi kering dengan lebih cepat namun juga akan melambatkan proses penyembuhan dan menyebabkan kulit berkeruping.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah mencuci luka pada anak anda bagi memastikannya bersih, bebas kuman dan dilindungi. Oleh itu, penggunaan pembalut luka adalah diperlukan untuk melindungi luka daripada kuman selain memastikan kawasan tersebut kekal lembap bagi menggalakkan penyembuhan yang lebih baik dan cepat.
#2. Pembalut luka perlu ditanggalkan dengan cepat Ada ibu bapa yang percaya apabila hendak menanggalkan pembalut luka, ia perlu dilakukan dengan cepat atau luka tersebut boleh terkoyak kembali. Ini sama sekali tidak benar dan kepercayaan ini perlu diperbetulkan segera.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menanggalkan pembalut luka dengan perlahan-lahan serta mengikut arah pertumbuhan rambut. Jika ia sukar untuk ditanggalkan, tuangkan sedikit minyak bayi dan ulang sehingga membuahkan hasil.
#3. Nanah adalah petanda luka mengalami infeksi Setiap kali luka pada badan anak keluar nanah, ibu bapa akan menjadi panik kerana menganggap ia adalah petanda infeksi. Sebenarnya, anda tidak perlu risau kerana ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan yang normal. Nanah akan keluar ekoran daripada reaksi badan untuk membentuk keruping pada bahagian permukaan luka bagi tujuan melindunginya.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah memastikan nanah tersebut dibersihkan dengan kerap bagi memastikan ia tidak meleleh ke bahagian kulit yang lain. Namun begitu, jika anda perasan nanah pada luka anak kelihatan semakin banyak, berbau busuk, berwarna hijau, pekat dan melekit, ia mungkin benar menunjukkan infeksi. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa doktor.
#4. Kawasan luka perlu kering ketika proses rawatan Ini juga merupakan mitos yang popular dalam kalangan masyarakat kita. Sebenarnya, luka tidak sepatutnya berada dalam kondisi yang kering. Ini kerana tisu luka memerlukan kelembapan sepertimana bahagian tubuh badan lain, sama seperti sel kulit. Ada kajian yang menunjukkan bahawa jika luka berada dalam kondisi yang lembap dan terlindung daripada kuman, saluran darah akan lebih cepat terbentuk semula.
Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menutup kawasan luka dengan pembalut luka sekurang-kurangnya sehingga 5 hari. Ini bertujuan mengelakkan luka menjadi kering lalu membentuk keruping. Ini perlu dielakkan kerana keruping ini sebenarnya adalah punca parut yang tidak diingini terbentuk.
Namun begitu, tidak semua jenis luka ibu bapa boleh rawat sendiri di rumah. Anda perlu segera bawa anak berjumpa doktor jika anak anda mengalami luka seperti berikut:
Terdapat sesuatu tertanam di dalam luka seperti kaca atau batu Luka masih mengalami pendarahan walaupun selepas 5 minit mengenakan tekanan Luka berlaku pada bahagian utama seperti kepala atau kemaluan Jika ini terjadi, rawatan lanjut untuk menutup luka seperti bebatan, balutan atau jahitan perlu dilakukan. Sebaiknya, segera rujuk pakar jika anak mengalami luka bagi mengelakkan sebarang infeksi yang tidak diingini.
Sumber: Hello Doktor
The post Luka Akan Cepat Sembuh Jika Terdedah Dengan Udara, Antara Mitos Ketika Merawat Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/luka-akan-cepat-sembuh-jika-terdedah-dengan-udara-antara-mitos-ketika-merawat-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cepat Sembuh Luka Bersalin Kena Rajin Cuci Amalkan Cebok

Nak Cepat Sembuh Luka Bersalin Kena Rajin Cuci Amalkan Cebok

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 603 hits
Selepas melahirkan anak terutamanya kelahiran secara normal akan ada luka pada vagina ibu Luka bersalin perlu diberi perhatian dan dibersihkan dengan betul Ada sesetengah ibu merasa takut untuk mencuci luka kerana rasa pedih dan ngilu apabi...
Umur Sebulan Hidap Kanser Ibu Bapa Maryam Tagih Doa Ramai Agar Cepat Sembuh

Umur Sebulan Hidap Kanser Ibu Bapa Maryam Tagih Doa Ramai Agar Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 403 hits
Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang dilahirkan membesar dengan baik dan sihat Begitulah juga dengan pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Muhammad Jazmi dan Shiera Adam ini Namun tiada siapa yang mampu melawan takdir Cahaya mata s...
5 Cara Tepat Untuk Membantu Anak Cepat Tidur Di Malam Hari

5 Cara Tepat Untuk Membantu Anak Cepat Tidur Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 527 hits
Kurangnya tidur di malam hari ini menimbulkan kondisi kelelahan pada anak anak yang berujung menurunnya sejumlah kondisi mereka Hal ini juga bisa membuat mereka menjadi kurang konsentrasi ketika beraktivitas pada siang hari
Hormon Oxytocin Ibu Ketika Membelai Anak Ayah Pula Ketika Bermain Lasak Dengan Anak

Hormon Oxytocin Ibu Ketika Membelai Anak Ayah Pula Ketika Bermain Lasak Dengan Anak

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 485 hits
PERBEZAAN OTAK AYAH DAN IBU 1 Pertautan emosi dengan anak Apabila Imbasan MRI dibuat ke atas otak para ibu dan para bapa dalam satu kajian oleh University of Denver pada tahun 2014 didapati bahawa bahagian otak yang dikaitkan dengan 1 perap...
Benarkah Anak Perempuan Kelihatan Lagi Cepat Matang 6 Tips Mendidik Anak Lelaki

Benarkah Anak Perempuan Kelihatan Lagi Cepat Matang 6 Tips Mendidik Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 430 hits
Benarkah kanak kanak lelaki lebih aktif berbanding kanak kanak perempuan Dan benarkah kanak kanak perempuan lebih matang berbanding lelaki Dalam buku tulisan Noel Janis ada menyebut kanak kanak lelaki memiliki 30 fiber otot lebih dari kanak...
Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar

Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 500 hits
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa berhenti dera anak dalam senyap Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti Abah rama rama ni nak warna apa Warna je la apa apa pun Izni sambil tangan sibuk scroll Faceboo...
Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 531 hits
Sekarang musim Influenza sudah banyak kes yang menyerang bayi kanak kanak bahkan orang dewasa Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini melalui akaun Facebo...
Ayah Terkorban Ketika Padam Api Anak Masih Berputing Naik Pentas Terima Pingat Keberanian

Ayah Terkorban Ketika Padam Api Anak Masih Berputing Naik Pentas Terima Pingat Keberanian

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 414 hits
Sedih mengenangkan nasib anak kepada seorang sukarelawan yang terkorban ketika berkhidmat memadamkan kebakaran yang berlaku di Australia baru baru ini Melihat keadaan anak kecil yang masih berputing mengenakan pakaian seragam ketika menerim...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku