Lufya Omar Kejap Nak Cerai Kejap Tak Mana Satu Ni






Pelakon dan penyanyi Lufya Omar keliru apabila Che Muhammad Hafiz Che Baharum menukar pendirian dengan menolak untuk bercerai sedangkan sebelum ini suaminya itu mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya ketika ditemubual beberapa media.

Kenyataan itu diberikan Lufya sewaktu ditemui selepas sebutan pertama kes cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor, 3 petang tadi

"Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media.

"Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, menzahirkan rasa syukur kerana diberi kekuatan untuk membawa puteri tunggalnya bertemu Che Muhammad Hafiz.

"Alhamdulillah, hari ini saya dapat kekuatan bawa Laana Haura untuk bertemu bapanya selepas beberapa bulan tidak bersua muka.

"Saya mahu anak saya dapat kasih sayang daripada bapanya. Tadi pun, berkali-kali Laana Haura panggil bapanya. Apa pun terjadi, dia tetap bapa kepada anak saya," katanya.

Sementara itu, Che Muhammad Hafiz, 29, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengapa menolak untuk bercerai.

"Saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam menasihati saya supaya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah,” katanya.

Ditanya mengenai anak, Che Muhammad Hafiz berkata dia tidak akan pisahkan Laana Haura daripada ibunya.

"Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya," katanya.

Lufya hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Fadhlina Sidek manakala Che Muhammad Hafiz pula bersama peguamnya, Muhammad Hilmi Musa.

Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Disember 2019.

Kedua-dua pihak perlu melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) masing-masing dan mahkamah juga akan melantik JKP dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Sebelum ini, perbicaraan berlangsung pada 16 Oktober namun Che Muhammad Hafiz tidak hadir atas sebab tertentu.

Pasangan Lufya dan Che Muhammad Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan isu pergolakan rumah tangga mereka mula menjadi perbualan ramai sejak Oktober 2018.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/11/lufya-omar-kejap-nak-cerai-kejap-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anak Ramai Kereta Pula Kecil Nak Letak Car Seat Celah Mana Maknya Kena Duduk Atas Bumbung

Kalau Anak Ramai Kereta Pula Kecil Nak Letak Car Seat Celah Mana Maknya Kena Duduk Atas Bumbung

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 963 hits
https ift tt 2rJYGsL Bermula 1 Januari depan kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan Rentetan dari pengumum...
Satu Je Sebab Kenapa Anak Nakal Dia Sebenarnya Nak Kita Layan Bagi Perhatian

Satu Je Sebab Kenapa Anak Nakal Dia Sebenarnya Nak Kita Layan Bagi Perhatian

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 464 hits
Setiap orang ada kebaikan Setiap orang juga ada keburukan Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna Kalau kita boleh terima ni kenapa kita nak harap anak anak kecil kita tu jadi sempurna Langsung tak realistik kan Macam mana yang realistik Kita...
Makanan Sarawak Di Kl Kat Mana Nak Cari

Makanan Sarawak Di Kl Kat Mana Nak Cari

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 566 hits
Craving nak cari makanan Sarawak di KL haaaa sini nak habaq UN mencari juga makanan dan masakan Sarawak di KL Crawing nak makan MEE KOLOK Sarawak Makanan Sarawak di KL Jalan Pahang Kebetulan lepas habis tugasan di Bukit Aman kami satu kumpu...
Petua Dan Doa Macam Mana Nak Cari Orang Yang Hilang Ustaz Kazim Elias

Petua Dan Doa Macam Mana Nak Cari Orang Yang Hilang Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 558 hits
Petua Dan Doa Macam Mana Nak Cari Orang Yang Hilang Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Tapai Pulut Tradisional Atau Moden Mana Satu Pilihan Kalbu

Tapai Pulut Tradisional Atau Moden Mana Satu Pilihan Kalbu

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 452 hits
Siapa suka makan tapai pulut angkat tangan Tapai ni ada dua jenis yang ana tahu setakad ni sama ada tapai pulut atau pun tapai ubi kayu Tapai pulut ana suka makan tapi tapai ubi kayu tu memang tak boleh nak makan sebabnya semput nanti hehe ...
Macam Mana Nak Upload Video Di Igtv Instagram

Macam Mana Nak Upload Video Di Igtv Instagram

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 2367 hits
MACAM MANA NAK UPLOAD VIDEO DI IGTV INSTAGRAM Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Korang ada instagram Hehe mestilah ada kan Rata rata generasi millennium semua ada Instagram Termasuklah mummy ada instagram juga sila lah follow Inst...
Nak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

Nak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 450 hits
Nak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk BercutiNak Travel Ke Mana Momi Pilih 3 Lokasi Menarik Untuk Bercuti Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tetiba Momi rasa gatal gila kaki nak pergi travel dengan kawan kawan kawan Hari it...
Lufya Omar Terkejut Suami Tak Mahu Bercerai

Lufya Omar Terkejut Suami Tak Mahu Bercerai

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 497 hits
Nampaknya kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan lagi apabila suaminya Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah The post appeared first on
Negara Mana Saja Yang Berani Menginvasi Rusia

Negara Mana Saja Yang Berani Menginvasi Rusia

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 350 hits
Sepanjang sejarahnya Rusia pernah beberapa kali diserbu negara asing tetapi tak sepenuhnya dikuasai 1 Gerombolan EmasSergey Prisekin Pertempuran Kulikovo 1980 Global Look PressAwalnya Gerombolan Emas adalah bagian dari Kekaisaran Mongol Pad...
Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

The Rosetta Stone Decoding The Secrets Of Ancient Egypt

Rafizi Ramli Not Entitled To Just Walk Out

Ai Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia Ini Peranan Korea Selatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asean All Stars Vs Manchester United Terus Demam

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Pasaran As Mahkamah Membatalkan Tarif Trump

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya