Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di Kl
Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di KL
Aku kalau berkenan dengan satu tempat makan tu memang itu la yang aku akan asyik duk ulang sebut. Dua kali dah ke Luckin Kopi dan aku suka sebab kopi dan juga restoran dia yang sedap mata memandang dan harga yang berpatutan. Restoran Luckin Kopi adalah restoran mesra muslim ya, semoga tak lama lagi dia boleh dapat sijil Halal JAKIM pula.
Sesuai sangat dengan nama restoran ni, Luckin Kopi semestinya signature item dia ialah kopi yang sedap. Peminat kopi mesti tak menyesal datang sini sebab aroma dia yang mengancam, kopi pekat dan harga mampu bayar.
Selain kopi banyak lagi menu lain yang dijual dan overall menu di Luckin Kopi ni mengikut selera anak muda okeh. Ada makanan berunsurkan cheese, ramen, roti bakar, ABC, nasi dan macam-macam lagi lah.
Menu Luckin Kopi Menarik Kena Cuba
Kebetulan waktu aku pergi, mereka tengah promot menu Korean feat Mi Sedaap. Aku suka sebab gabungan cheese dan juga Mi Sedap yang pedas tu. Jadi tidak la muak. Ada Mi Sedaap Korea Sos Telur Masin, Mi Sedaap Korean Cheese, Mi Sedaap Korean Soup & dry.
Ini Mi Sedaap Korean Cheese ni rasa dia pedas-pedas manja. Cairkan cheese atas dapur dia bagi tu dan enjoy.
Kalau tak mahu yang kering boleh cuba Mi Sedaap yang ada kuah. Rasa dia pun not bad. Tekak aku prefer yang Mi kering.
Ini pula Mi Sedaap Korea Sos Telur Masin. Peminat salted egg boleh la cuba.
Semestinya menu berasaskan nasi ada di sini. Apa yang aku suka ialah, menu yang terdapat di Luckin Kopi memenuhi selera kebanyakkan pelanggan. Kalau tak mahu makan nasi, boleh pilih menu yang tak terlalu berat macam roti dan western food mereka.
Kopi Lima Negeri
Kalau sebelum ni signature kopi mereka hanya ada Kopi dari KL, Ipoh dan Melaka tapi kini danh ada penambahan Kopi Lima Negeri. Negeri terbaru ialah Penang dan Johor. Kopi paling aku suka Kopi Ipoh. So sedap.
Dekat mana Luckin Kopi?
Restoran ni terletak di Jalan Panggong Kuala Lumpur dan sangat dekat dengan MRT & LRT Pasar Seni. Kalau kau orang drive boleh parking berhadapan dengan restoran ni, kalau tak silap RM5 per jam. Jadi lebih jimat kalau naik public transport sambil pusing KL.
Lepas makan aku cadangkan korang pergi Kwai Chai Hong Alley (Bai Chuan Management SB). Tersangat lah dekat, jalan kaki tak sampai lima minit pun. Menariknya di Kwai Chai Hong Alley adalah tempat untuk bergambar. Memang insta worthy sangat.
Ada jambatan cantik, dan dinding yang dihias dengan lukisan mural masyarakat Cina dan mengetengahkan seni jalanan. Waktu PKP ni ada guard yang tunggu dekat depan dan catat suhu serta kawal jumlah kemasukkan pelawat. So terjaga la. Masuk adalah percuma.
Ramai anak muda datang sini dan bawa jambangan bunga dijadikan prop bergambar. Ada juga pengantin Cina yang buat photoshoot di sini. Comel sangat. Untuk yang tak arif bergambar macam aku sila prektis pose di rumah kalau tak rugi je datang sini.
Sekian saja sharing aku tentang tempat lepak best minum kopi di tengah bandar KL. Ada kopi sedap, harga makanan mampu bayar, tempat cantik untuk Instagram dan lokasi mudah nak pergi.
#LuckinKopiXMiSedaap #LuckinKopiKoreanMonth #LuckinKopi #5statekopi #Kopi5Negeri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/09/luckin-kopi-tempat-lepak-minum-kopi.html