Karya Luar Biasa


Karya luar biasa sultan nazrin shah


SULTAN PERAK, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunjukkan buku tulisan baginda yang bertajuk Striving for inclusive development: From Pangkor to A Modern Malaysian State pada majlis pelancarannya di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, 14 Julai lalu.
DR. FIRDAUS ABDULLAH
21 Julai 2019

“Saya percaya saya telah menemui ‘sudut pandangan baharu’ tentang sejarah Malaysia (I believe I have found new perspective on Malaysia’s history).”

Petikan ayat tersebut terkandung dalam titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam majlis pelancaran satu buku luar biasa di sebuah hotel erkemuka di Kuala Lumpur pagi Ahad lalu.

Buku luar biasa setebal 531 halaman itu dalam bahasa Inggeris berjudul Striving for inclusive development: From Pangkor to A Modern Malaysian State. Jika judul itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, saya mencadangkan “Menongkah Pembangunan Terangkum: Dari Pangkor Kepada Malaysia Yang Moden.”

Buku ini saya anggap ‘luar biasa’ kerana beberapa sebab. Tebalnya lebih 500 halaman, penulisannya (termasuk penyelidikan dan pengeditan ) memakan masa lebih kurang 20 tahun, kandungan dan narasinya meliputi pelbagai aspek yang berkaitan langsung dengan kehidupan manusia daripada pelbagai penjuru dunia yang semenjak hampir 200 tahun lalu bertumpu ke Semenanjung Tanah Melayu.Lebih luar biasa lagi kerana yang menghasilkan buku itu ialah Sultan Nazrin yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Politik dan Pemerintahan (Political Economy and Government) dari Harvard University, Amerika Syarikat.

Seperti dapat diduga, upacara pelancaran buku luar biasa itu padat dihadiri oleh para cendekiawan dan tokoh-tokoh kenamaan yang datang bukan sahaja dari sekitar ibu kota Kuala Lumpur malah ada yang datang khas dari universiti–universiti utama dunia seperti pakar ekonomi pembangunan yang terkenal, Profesor Han Joon Chang dari Cambridge University dan Profesor Emeritus Peter Drake, pakar ekonomi kolonial dari Australia. Turut hadir Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Peguam Negara, Tommy Thomas serta duta-duta kanan beberapa negara Asia dan Eropah.

Keinginan saya untuk mengulas buku yang luar biasa ini berkobar-kobar apabila mengingat petikan titah Sultan Nazin di awal rencana ini. Sudah sekian lama, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini saya memperhatikan kerenah dan niat jahat sesetengah pihak untuk ‘menulis kembali’ sejarah negara ini dengan tujuan memperlekeh dan meminggirkan ‘kedudukan Melayu’ (jika tidak mahu menggunakan ungkapan ‘ketuanan Melayu’). Sehubungan itu, ketika Sultan Nazrin menyatakan bahawa baginda telah ‘menemui sudut pandangan baharu tentang sejarah Malaysia’, keinginan saya berkobar-kobar untuk membaca dan menelaah buku yang luar biasa ini. 
Dan keinginan yang berkobar-kobar itu semakin bertambah bila merenung judul buku seperti saya 
rujuk di atas, terutama ungkapan inclusive development (pembangunan terangkum).

Tetapi terlebih dahulu saya mesti mengaku bahawa buku yang begini lengkap tidak mungkin disorot atau diulas secara tuntas dalam satu artikel pendek. Namun begitu untuk sekadar mendapat sedikit gambaran ringkas mengenai mutu dan keistimewaan karya agung ini, kita boleh merujuk pandangan Profesor Peter Drake dalam ucapan ringkasnya semasa majlis pelancaran tersebut: “This new book confirms his rare ability to collect substantial detail, and assemble it coherently, master it completely and write a most readable account.” (Buku baharu ini mengesahkan keupayaan istimewa baginda mengumpulkan butir-butir terperinci, menyusun butir-butir tersebut dengan jelas dan teratur, memperlihatkan kefahaman yang menyeluruh dan menuliskannya dalam huraian yang mudah difahami.)

Sultan Nazrin sendiri dalam titah ringkas baginda memberitahu betapa dalam proses mengumpulkan bahan-bahan untuk menulis buku itu baginda berbincang dengan ramai ahli-ahli sejarah dan ekonomi serta merujuk pakar-pakar daripada pelbagai bidang ilmu. Mereka mempunyai pelbagai wawasan dan pandangan yang dengan sendirinya mendorong baginda melakukan perbandingan untuk mengambil kesimpulan setelah berulang-ulang melakukan semakan.

Dalam titah ringkas itu juga baginda mengenang kembali pahit manis pengalaman sebagai ‘penyelidik’ yang kadang-kadang mengganggu rutin aktiviti keluarga atau terpaksa lebih awal memakai cermin mata kerana daya pandang mata mulai merosot. Saya percaya ‘pengalaman pahit manis’ sebagai penyelidik seperti yang baginda ceritakan telah mengingatkan kembali ramai para hadirin di majlis pelancaran itu terhadap pengalaman masing-masing semasa mereka menjadi mahasiswa dan mengunci diri di ceruk-ceruk perpustakaan untuk menyiapkan kertas projek atau tesis Sarjana (Masters) atau disertasi Kedoktoran (PhD). Tetapi mereka tidak menyesal sama sekali sebaliknya menjadikan ‘pengalaman pahit manis’ tersebut sebagai kenangan manis dan pengalaman ‘yang berbaloi’.

Saya percaya perkara yang sama turut dirasakan oleh Sultan Nazrin. Dengan penuh kelegaan dan rasa syukur, 
di penghujung titah ringkas itu, Baginda menegaskan: “Saya percaya saya telah menemui sudut pandangan baharu tentang sejarah Malaysia.”

Pada hemat saya, antara kandungan ‘sudut pandangan baharu’ baginda itu wajarlah dirumuskan atau ditanggapi dalam bentuk dua lapis tafsiran. Pertama tersurat, kedua tersirat. Pertama, yang tersurat patut dianggap sebagai kenyataan yang tidak dapat dibantah: Pencapaian Malaysia sekarang adalah hasil bersama semua masyarakat (komuniti/kaum). Kalau hendak meminjam jargon ilmu sosial, ini adalah kenyataan ‘empirikal’ yang tidak dapat dibantah. Rumusan kedua adalah seruan yang tersirat dalam judul buku, Menongkah Pembangunan Terangkum. Seruan ini sekali gus juga dapat menimbulkan soalan; Setakat ini adakah pembangunan yang telah dan yang hendak dicapai itu dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh kaum?

Jawapan yang bernas dan tuntas terhadap soalan terakhir ini wajib diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin setiap parti politik, terutama parti-parti politik Melayu. Tidak syak lagi, buku luar biasa karangan Sultan Nazrin ini akan memberi pemimpin-pemimpin setiap parti politik itu panduan dan pedoman untuk berfikir serta bertindak. Profesor Peter Drake menganggap buku itu sebagai magnificent book (buku yang mengagumkan dan anggun) yang paling padat dan lengkap, bernas dan berwibawa untuk memahami sejarah ekonomi Malaysia. Iqra’

utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/08/karya-luar-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andmesh Kamaleng Cinta Luar Biasa Chord

Andmesh Kamaleng Cinta Luar Biasa Chord

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 402 hits
G D F EmC G B Am D GWaktu pertama kali EmKu lihat dirimu hadir AmRasa hati ini DInginkan dirimu GHati tenang mendengar EmSuara indah menyapa AmGeloranya hati ini DTak ku sangka C DRasa ini tak tertahan C DHati ini slalu untukmu G D F EmTeri...
Dilarang Lihat Archie Sentuh Anjing Jiran Anggap Arahan Putera Harry Meghan Luar Biasa

Dilarang Lihat Archie Sentuh Anjing Jiran Anggap Arahan Putera Harry Meghan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 351 hits
Dilarang lihat Archie sentuh anjing jiran anggap arahan Putera Harry Meghan luar biasa
Umno Pas Pakatan Luar Biasa

Umno Pas Pakatan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 365 hits
Kerjasama UMNO dan Pas merupakan satu usaha murni yang boleh menjamin masa depan negara yang lebih bahagia Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkara itu sebagai satu kesaktian luar biasa selepas penyatuan k...
Penginapan Rumah Pokok Ini Tawarkan Pengalaman Luar Biasa

Penginapan Rumah Pokok Ini Tawarkan Pengalaman Luar Biasa

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 315 hits
Bercuti memberikan satu catitan baru dalam kamus hidup anda Tidak kiralah dengan siapa dan di mana juga destinasi percutian yang dipilih ianya pasti berikan satu pengalaman berharga BACA Hanya Kerana Dengar Bunyi Orang Mengunyah Lelaki Ini ...
Luar Biasa Mitsubishi Fuso Cetak Rekor Penjualan Tertinggi Selama Ikut Giias

Luar Biasa Mitsubishi Fuso Cetak Rekor Penjualan Tertinggi Selama Ikut Giias

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 193 hits
Krama Yudha Tiga Berlian Motors authorized distributor kendaraan niaga Mitsubishi Fuso di Indonesia mencetak rekor di pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 yang ditutup semalam Mitsubishi Fuso mencatat surat pemesanan kend...
Autisme Tingkah Laku Makan Luar Biasa Petunjuk Diagnostik Baru

Autisme Tingkah Laku Makan Luar Biasa Petunjuk Diagnostik Baru

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 252 hits
Oleh Farah Aziz Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Autisme adalah satu keadaan yang sangat membimbangkan jika ia berlaku kepada si kecil Ketidaknormalan dalam perkembangan semula jadi kanak kanak boleh menjadi petanda...
10 Bahan Makanan Luar Biasa Yang Bisa Membantu Mengatasi Anemia

10 Bahan Makanan Luar Biasa Yang Bisa Membantu Mengatasi Anemia

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 295 hits
Terdapat beberapa jenis anemia yang mungkin terjadi namun kekurangan zat besi merupakan hal yang paling umum terjadi Hal ini bisa muncul disebabkan karena pola makan yang buruk menstruasi atau kondisi kesehatan tertentu
Kuasa Mekap Transform 10 Muka Gadis Dari Biasa Biasa Kepada Luar Biasa

Kuasa Mekap Transform 10 Muka Gadis Dari Biasa Biasa Kepada Luar Biasa

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 850 hits
Wanita mana yang tak nak kelihatan cantik kan Tahukah anda dengan skil make up yang ada ia mampu mengubah wajah seseorang Mekap bukan sahaja pakai bedak compact powder bulu mata tapi sekarang ni macam dah lebih advanced siap ada tampal hidu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025