Luahan Sadis Najib Razak Netizen Dah Bosan Jib



 
Saya ingin merekodkan bantahan saya yang paling kuat berhubung prosiding rayuan hari ini, dengan hak saya untuk hidup, kebebasan dan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil dipertaruhkan

Dan para peguam saya, yang telah cuba menarik diri mereka sendiri kerana mereka tidak dapat atau sanggup mewakili saya lagi, masih dipaksa oleh Mahkamah Persekutuan untuk terus duduk di bangku peguam bela dengan tujuan bahawa saya diwakili

Hisyam Teh Poh Teik telah menyatakan beberapa kali bahawa beliau tidak bersedia untuk rayuan ini, yang bermakna saya tidak mempunyai peguam yang berkesan atau representasi yang sewajarnya di hadapan mahkamah ini dalam rayuan yang kompleks. Ini kerana beliau baru dilantik kurang sebulan atas sebab-sebab yang akan saya nyatakan di bawah

Disebabkan ini, Hisyam dan pasukannya memutuskan untuk menarik diri mereka daripada mewakili saya dalam rayuan ini di Mahkamah Persekutuan kerana mereka tidak dapat menyumbang secara bermakna kepada kes saya tanpa Mahkamah Persekutuan memberi penangguhan selama tiga bulan

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan mereka berbuat demikian

Dalam keadaan sekarang, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan keadaan yang membawa kami ke sini

Peguam saya sebelum ini telah melakukan tugas yang cemerlang sejak empat tahun lalu mewakili saya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk kes ini, itulah sebabnya mereka kekal sebagai peguam saya dalam perbicaraan lain yang saya hadapi

Tetapi walaupun demikian, saya kalah dalam kedua-dua perbicaraan dan rayuan saya kepada Mahkamah Rayuan

Dengan latar belakang ini saya merasakan bahawa perspektif baru dalam kes berkenaan untuk membawa idea baru merupakan suatu yang wajar dan perlu dilakukan bagi rayuan terakhir saya di hadapan mahkamah ini

Ini melibatkan hidup saya, ia tidak kurang daripada itu

Rancangan awal saya ialah penglibatan (peguam) Jonathan Laidlaw QC untuk menyertai Shafee & Co dan bekerjasama dengan Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh

Laidlaw mengemukakan cadangan paling baik dan saya yakin dia akan menjadi sumbangan positif kepada pasukan

Penemuan keterangan yang berkaitan dengan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali seterusnya memerlukan peguam baru untuk tampil meneliti secara bebas dakwaan itu dan mengemukakan di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini dalam keadaan yang paling tidak berat sebelah

Malangnya, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Laidlaw untuk menjadi peguam saya

Dengan penolakan Mahkamah Tinggi dan rayuan ini telah ditetapkan, saya tidak boleh menghadapi risiko penolakan Laidlaw dikekalkan semasa rayuan, menyebabkan saya tiada peguam tambahan yang pada masa ini saya berpendapat adalah penting untuk berhujah secara bebas mengenai isu berkenaan hakim Nazlan

Zaid Ibrahim yang pernah menghubungi saya suatu masa dahulu, berkata beliau boleh membawa masuk kepakaran undang-undang dari India melalui rakan kongsinya dari Singapura, Niru Pillai

Saya kemudiannya diperkenalkan kepada dua peguam kanan dari India, yang pada mulanya menarik perhatian saya dengan idea mereka

Akhirnya, mereka melakukan kerja belakang tabir manakala firma Zaid memudahkan proses mahkamah

Zaid dan pasukannya datang dengan syarat, pengambilan mereka mesti termasuk firmanya diletakkan sebagai peguam cara dalam rekod dan peguam tempatan yang baru akan menyertainya


Keperluan dapatkan peguam baru
Saya juga yakin bahawa ini keputusan yang sesuai selepas diberitahu bahawa rayuan berprofil tinggi lain pada masa lalu telah diberikan penangguhan atas semangat proses yang sewajarnya dan untuk memudahkan representasi yang berkesan bagi orang yang dituduh

Menjadi hasrat saya bukan sekadar untuk melengah-lengahkan proses mahkamah tetapi kerana permohonan Laidlaw akhirnya ditolak kurang dari sebulan sebelum tarikh yang dijadualkan - justeru keperluan untuk penglibatan peguam baru muncul secara tiba-tiba

Mana-mana pasukan baru yang membawa idea baru memerlukan masa. Saya tidak malu untuk mengatakan, saya terdesak, sebagaimana sesiapa pun litigan yang berada dalam keadaan kesusahan seperti saya

Saya kini berada dalam situasi di mana hak saya untuk mendapatkan peguam dan perbicaraan yang adil cuma ilusi kerana saya membuat keputusan yang saya fikir adalah untuk kepentingan terbaik saya pada masa itu


NAJIB RAZAKMalaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/08/luahan-sadis-najib-razak-netizen-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Razak Is A Victim Of His Own Apathy

Najib Razak Is A Victim Of His Own Apathy

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 290 hits
Today Najib s lawyers are upset about the shabby treatment and blatant injustice he is being subjected to Well 13 years ago I left Malaysia at the insistence of Marina because of this same reason But those who had the power to reform the sy...
Najib Razak S Statement To The Federal Court

Najib Razak S Statement To The Federal Court

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 315 hits
I WISH to address this Honourable Court on my position in this appeal I am the appellant yet the same feels illusory Over the past week I have watched from the dock as my chances of success at this appeal slowly erode away Not because of la...
Lokman Adam Menyalak Najib Razak Masuk Penjara

Lokman Adam Menyalak Najib Razak Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 269 hits
Mengikut Lokman PM Ismail Sabri Yaakob di belakang usaha untuk memenjarakan Najib dan Zahid Hamidi Lokman marah sebab PM tidak salah guna kuasanya untuk menggugurkan kes Najib dan Zahid Kalau PM buat apa yang Lokman suruh Umno akan kalah te...
Najib Razak Kes Src 12 Perkara Yang Pertama Dalam Sejarah

Najib Razak Kes Src 12 Perkara Yang Pertama Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 275 hits
Twelve incredible first time in history events in the SRC trial Lim Sian See 22 Ogos jam 9 26 pg 1 First time ever in history of Malaysia that a former PM is charged for corruption This is not surprising as this is the core campaign platfor...
Najib Razak Tinggal Nota Akhir Buat Keluarga Sebelum Mendengar Keputusan Mahkamah

Najib Razak Tinggal Nota Akhir Buat Keluarga Sebelum Mendengar Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 173 hits
Hari demi hari tahun demi tahun kes jenayah kolar putih ini semakin meningkat di seluruh negara Oleh hal demikian pihak yang berwajib hendaklah memainkan peranan masing masing dalam membendung kes jenayah korporat ini Memetik laporan Siakap...
Polis Terima Dua Laporan Berkaitan Draf Penghakiman Kes Najib Razak

Polis Terima Dua Laporan Berkaitan Draf Penghakiman Kes Najib Razak

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 201 hits
Polis telah menerima dua laporan mengenai dokumen tular berkaitan draf penghakiman rayuan akhir nbsp bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya sedang menjalankan s...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti