Luahan Kerajaangagal Mungkin Tidak Berlaku Jika Anwar Diberi Peluang Terajui Negara


 
Minggu lalu telah trending di laman twitter tanda pagar #KerajaanGagal sebagai luahan kekecewaan warga maya terhadap ketidakberhasilan kerajaan sejak lebih setahun lalu dalam menangani wabak Covid19.
Perkembangan tersebut hadir ketika kerajaan dilihat terus gagal memerangi penularan Covid19 dengan kes harian kekal empat digit sejak bermulanya gelombang ketiga September tahun lalu – gelombang jangkitan yang juga dikaitkan dengan PRN Sabah.
Peningkatan kes yang berterusan dilihat turut membangkitkan amarah rakyat kerana ia mungkin sekali lagi menyebabkan kerajaan menghalang orangramai pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Tahun lalu tidak dapat balik kampung mungkin boleh difahami kerana PKP dikuatkuasakan dengan semua sektor kegiatan ditutup rapat, tetapi dua tahun berturut-turut disekat merentas negeri tentu saja suatu kesengsaraan yang sukar diterima.
Tidak mustahil ada yang menganggap ini suatu kezaliman bersiri daripada sebuah kerajaan yang sudahlah dibina melalui rangkaian pengkhianatan.
Malah peningkatan kes juga menjejaskan banyak sektor ekonomi dan aktiviti pelancongan dalam negara.
Ciapan bersama tanda pagar #KerajaanGagal itu turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang dilihat gagal mengurus negara dan memulihkan ekonomi setelah beliau secara terbuka mengakui bahawa kerajaan kini tidak lagi mempunyai banyak wang seperti dahulu.


Meskipun hampir seluruh dunia dilanda Covid19, tetapi jika dilihat beberapa negara yang berjaya mengawalnya seperti Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Laos, Thailand dan sebagainya, di samping ekonomi di negara-negara tersebut tidak begitu teruk terjejas, adalah jelas bahawa kekurangan utama Malaysia ialah kita tidak memiliki pemimpin yang cukup berkemampuan.
Kiranya Anwar Ibrahim yang menerajui negara, dengan beberapa siri kebijaksanaannya yang terserlah, komunikasi yang mantap, kemampuan meyakinkan khalayak yang jauh lebih realistik dan punyai hubungan antarabangsa yang menyeluruh, kita mungkin tidak terperangkap sebegini teruk.
Tapi, apakan daya, meski sudah berusaha mengemukakan majoriti, di samping bala Covid19 digunakan sebagai sandaran, keadaan nampaknya tidak memihak kepada beliau.
Akibatnya, dengan kepimpinan Mahiaddin yang lemah dan tidak berdaya itu dibiarkan berterusan, semua kita diselubungi sengsara sehingga terpacul tanda pagar #KerajaanGagal sebagai luahan rasa kecewa rakyat semua bangsa.
Mahiaddin realitinya bukanlah pemimpin yang cukup berwibawa untuk mengurus negara, apa lagi di ketika krisis sedang melanda.
Berdasarkan pencapaian masa lalunya, baik dalam politik negara, mengutus kementerian atau negeri, hampir tidak ada kejayaan cemerlang pernah direkodkannya.
Bahkan, dalam mentadbir Johor selama dua penggal dan beberapa kementerian sejak sekian lama, yang tidak kurang terdedah ialah pelbagai skandal tanah dan berkaitan anugerah projek yang kedengaran kemudiannya.
Diburukkan lagi, dalam mentadbir negara, kecuali beberapa orang, kabinet besarnya juga lebih banyak dibarisi mereka yang tidak boleh bekerja.
Lebih daripada itu, dengan mencadangkan darurat yang difahami umum semata-mata untuk mengekalkan kuasanya, di sebalik kedudukannya kian terancam, Mahiaddin adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini.
Beliau terlihat sanggup berbuat apa saja, tanpa memikirkan apa jadi kepada nasib rakyat, asalkan kedudukannya dapat terus ditongkatkan lagi.
Janji darurat hanya sehingga 1 Ogos dan janjinya juga beliau akan mengadakan PRU selepas itu, tapi apakah janji pemimpin yang sanggup mencadangkan darurat untuk menyelamatkan diri dan tidak menghargai nama yang diberikan oleh ayahnya sendiri, boleh kita percaya dan pegang kata-katanya?
Apabila sokongannya makin kabur, selain kian ramai rakyat yang mengeluh dan tak puas hati, pilihan yang sepatutnya bagi Mahiaddin ialah berani berdepan realiti dengan membuktikan ada sokongan di belakangnya, bukan melaksanakan darurat, menggantung Parlimen dan menambah lagi spesis katak lompat dalam kelompoknya.
Tetapi, itulah Mahiaddin dan tanpa keraguan, jika dalam tempoh setahun sudah dicop sebagai menerajui kerajaan yang gagal, lebih banyak lagi kegagalan akan tercipta jika beliau tidak dijatuhkan dalam tempoh terdekat ini atau kiranya masih ada yang tergamak mahu menyokongnya lagi bila PRU15 tiba nanti.
Tanda pagar #KerajaanGagal adalah realiti yang tidak seharusnya sukar untuk difahami oleh kita semua jika negara ini mahu dibawa ke arah yang betul dan memberi harapan kepada semua rakyatnya. 


(Shahbudindotcom 19/04/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/luahan-kerajaangagal-mungkin-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 670 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Beberapa Isu Tanpa Penjelasan Jadikan Sistem Kewangan Negara Diragui Anwar

Beberapa Isu Tanpa Penjelasan Jadikan Sistem Kewangan Negara Diragui Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 216 hits
Saya bimbang dengan tidak adanya langkah proaktif dari pihak pemerintah dalam memastikan wujudnya keyakinan terhadap sistem kewangan negara Malangnya reputasi serta keupayaan Malaysia akan terus diragui oleh para pelabur serta institusi kew...
Tamat Darurat Mahathir Hadir Di Istana Negara Anwar Dan Guan Eng Tidak

Tamat Darurat Mahathir Hadir Di Istana Negara Anwar Dan Guan Eng Tidak

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 310 hits
Hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar tampil bersama sama hari ini tidak kesampaian Hanya Dr Mahathir tampil pada sesi penyerahan surat kedua kepada Yang di Pertuan Agong di Ist...
Keputusan Muktamad Sampai Kiamat Pun Dap Jangan Lagi Diberi Peluang Sebagai Kerajaan

Keputusan Muktamad Sampai Kiamat Pun Dap Jangan Lagi Diberi Peluang Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 417 hits
Kebodohan terburu buru gelojoh semasa menjadi kerajaan 22 bulan adalah kesilapan terbesar dan kegagalan seumur hidup DAP Sampai kiamat Melayu Islam tidak AKAN ULANGI memberi peluang kepada DAP menjadi kerajaan Mana parti dan Melayu termasuk...
Rakaman Audio Tunjuk Betapa Gundah Gulana Pimpinan Negara Anwar

Rakaman Audio Tunjuk Betapa Gundah Gulana Pimpinan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 230 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpin...
Macam Biasa Kenyataan Anwar Mesti Menyalahkan Orang Lain Rakaman Audio Fitnah Tipu Helah Pimpinan Negara

Macam Biasa Kenyataan Anwar Mesti Menyalahkan Orang Lain Rakaman Audio Fitnah Tipu Helah Pimpinan Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 217 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpin...
Tamatdarurat Mahathir Anwar Dijemput Sertai Rombongan Ke Istana Negara Esok

Tamatdarurat Mahathir Anwar Dijemput Sertai Rombongan Ke Istana Negara Esok

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 348 hits
thethirdforce net Rombongan dijadualkan akan berada di Pintu 3 Istana Negara jam 3 petang esok Sumber Fail TTFJawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat akan menghantar surat kedua kepada Yang di Pertuan Agong esok bagi memohon perkena...
Sekolah Ada Satu Kes Covid Akan Tutup 2 Hari Beri Peluang Sanitasi Elak Penularan

Sekolah Ada Satu Kes Covid Akan Tutup 2 Hari Beri Peluang Sanitasi Elak Penularan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 316 hits
Sekolah yang disahkan mempunyai satu kes Covid 19 akan ditutup sekurang kurangnya dua hari Memetik laporan Sin Chew Daily Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pelajar yang terjejas ekoran penutupan tersebut akan berali...
Najib Belum Diberi Bukti Berpotensi Bebaskannya Walaupun Perolehi Perintah Mahkamah

Najib Belum Diberi Bukti Berpotensi Bebaskannya Walaupun Perolehi Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 164 hits
April 13 2021 Pendakwa raya AS mendedahkan Roger Ng mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB PETALING JAYA Bekas eksekutif Goldman Sachs Roger Ng Kok Wah mungkin memiliki k...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine