Luah Masalah Di Media Sosial Berdosakah Membuka Aib Sendiri



Setiap manusia punya masalah dan cabarannya yang tersendiri. Masalah yang dialami ini, jika dipendam sendiri pasti akan menimbulkan tekanan yang melampau kerana ia boleh menjadi suatu beban yang terkumpul dalam diri dan pemikiran seseorang.
Malah, dari segi psikologi dan kesihatan minda manusia juga, seseorang itu perlu meluahkan masalah yang dialami, sekurang-kurangnya untuk menjadikan pemikiran dan mindanya tidak terlalu berat yang boleh mengakibatkan overthinking, iaitu berfikir dengan terlalu banyak.
Kita cenderung untuk memilih orang yang dipercayai seperti kawan baik, ibu atau bapa dan ada juga yang memilih kaunselor sebagai tempat untuk meluah dan meminta pendapat mengenai masalah yang dihadapi.
Namun, seiring dengan perubahan zaman dan kita sedang berada di era 21, semuanya bergantung kepada teknologi. Teknologi adalah salah satu alat yang manusia akan cari dan dijadikan sebagai sebuah tempat pergantungan.
Segalanya diluahkan di media sosial tanpa mengira topik apa, sama ada mengenai perihal diri, keluarga, pelajaran, rumah tangga, kerja dan sebagainya. Kebiasaannya, laman Instagram akan menjadi tempat utama untuk mengadu sama ada ruangan Story atau Caption gambar.
Banyak juga platform yang wujud sebagai sebuah tempat meluah perasaan dan meminta pandangan warga net, yang nama si peluah boleh dijadikan sebagai anonymous, iaitu rahsia seperti IIUM Confession, Kisah Rumah Tangga dan sebagainya.
Kebiasaannya, melalui laman-laman seperti ini, akan wujud pelbagai nasihat dan spekulasi sendiri dan mungkin juga akan wujud komen-komen negatif di ruangan komen tersebut.
Namun, adakah meluahkan masalah ini dikira sebagai membuka aib sendiri dan adakah dikira sebagai berdosa?
Membuka Aib Bergantung Kepada Situasi
Mengapa anda ingin meluahkan masalah? Adakah sekadar sembang kosong dan mengumpat mereka yang berada dalam masalah anda atau untuk mendapatkan pandangan bagi menyelesaikan masalah?
Semuanya perlu dititikberatkan dan diambil kira, apa niat anda untuk itu.
“Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, no.1999)
Dari sudut kesihatan, boleh meluahkan masalah untuk melegakan perasaan, namun perlu dilakukan kepada orang yang dipercayai dan diyakini boleh menyimpan rahsia permasalahan anda itu.
Sebagai contoh, jika anda ingin berbicara mengenai rakan sekumpulan anda yang free rider atau tidak melaksanakan tanggungjawab dalam tugasan yang diberikan, ia boleh dibicarakan kepada pensyarah atau mana-mana kaunselor yang diyakini boleh memberi solusi kepada permasalahan tersebut.
Islam melarang umatnya membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah serta berbual kosong yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan jika punya tujuan dan niat yang betul. Malah dalam Islam, terdapat beberapa situasi yang boleh diceritakan aib sendiri atau orang lain, iaitu:
#1 – Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim (atau mereka yang sesuai)
#2 – Membantu dalam menentang kemungkaran untuk mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar melalui saluran yang betul.
#3 – Menceritakan kepada mufti atau golongan alim untuk tujuan fatwa dan ilmu agama.
#4 – Menyebut sifat yang ada terhadap seseorang seperti orang yang bisu atau buta dan sebagainya dengan tujuan memberi pengenalan kepada orang lain. Tetapi jika boleh dipanggil dengan panggilan yang lebih baik adalah lebih elok.
Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga keaiban diri sendiri dan orang lain. Aib sama ada aurat, dosa yang dilakukan oleh diri sendiri atau dosa orang lain.
Semuanya perlu dijaga dan diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa menyinggung mana-mana pihak dan mengelakkan berlakunya buruk sangka orang lain.
Manusia itu punya hati dan pemikirannya sendiri serta sifatnya yang suka menghukum dan meletakkan spekulasi sendiri tanpa mengetahui keseluruhan cerita.
Disebabkan itu, Islam melarang umatnya untuk menceritkan aib sendiri atau orang lain secara terbuka, bimbang akan terjadi ghibah di media sosial..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49:12)
Kesimpulan
Meluahkan masalah, membuka aib dan meminta penyelesaian perlu dilakukan terhadap orang yang betul-betul dipercayai dan diyakini.
Jika anda sakit perut, pasti akan pergi berjumpa doktor sebagai ikhtiar untuk merawat masalah anda dan bukannya kepada polis atau bomba. Silap hari bulan, anda akan diketawakan dan dijadikan bahan bualan kerana salah tempat mengadu.
Begitu juga dengan perkara ini. Allah telah menutup aib kita dengan sebaik-baiknya, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga aib diri sendiri dan manusia sekeliling.
Wallahu a’alam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Luah Masalah Di Media Sosial – Berdosakah Membuka Aib Sendiri? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/luah-masalah-di-media-sosial-berdosakah-membuka-aib-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Penjelasan Dr Fatimah Salim Tentang Bubble Tea Yang Viral Di Media Sosial

Ini Penjelasan Dr Fatimah Salim Tentang Bubble Tea Yang Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 410 hits
Pasti korang tahu penyebaran video tentang dua remaja bercakap pasal bubble tea atau lebih dikenali sebagai boba Tealive baru baru ini di media sosial kan Ada tak ibu ibu yang marah dan melarang anak dia selepas tengok video tu I got this f...
Hasto Ingatkan Potensi Pecah Belah Melalui Isu Di Media Sosial

Hasto Ingatkan Potensi Pecah Belah Melalui Isu Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 200 hits
Hasto menyampaikan hal tersebut merespon perkembangan isu terkait penolakan RUU oleh masyarakat dan peristiwa demonstrasi di Wamena Papua
Viral Di Media Sosial Video Mahasiswa Yang Berdemo Temukan Tisu Magic Di Laci Meja Anggota Dprd

Viral Di Media Sosial Video Mahasiswa Yang Berdemo Temukan Tisu Magic Di Laci Meja Anggota Dprd

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 282 hits
Beredar di media sosial penemuan alat bantu hubungan sek sual berupa tisu magic saat mahasiswa yang berdemo menolak RKUHP dan UU KPK memasuki ruangan di Gedung DPRD Kebenaran mengenai video tersebut belum bisa terkonfirmasi Namun dalam ungg...
Facebook Horizon Diumumkan Media Sosial Realiti Maya Seakan Ready Player One

Facebook Horizon Diumumkan Media Sosial Realiti Maya Seakan Ready Player One

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 214 hits
Laman media sosial terbesar di dunia ialah Facebook Interaksi di antara pengguna masih lagi terhad secara dua dimensi dengan perkongsian status gambar dan mesej tular yang palsu dilakukan setiap hari Di Oculus Connect semalam Facebook Horiz...
Ustadz Zulfikar Ingatkan Generasimuda Agar Tidak Mudah Terprovokasi Media Sosial

Ustadz Zulfikar Ingatkan Generasimuda Agar Tidak Mudah Terprovokasi Media Sosial

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 294 hits
Ustadz Zulfikar S Pd I Menyelamatkan peradaban dapat diwujudkan dengan membentuk perilaku dan akhlak berlandaskan syariat Islam pada generasimudanya yang mereka kenakan sepanjang waktu Untuk itu perlu upaya bersama dalam membentengi mereka ...
Lufya Diceraikan Melalui Whatsapp Selepas Dedah Sikap Sebenar Suami Di Media Sosial

Lufya Diceraikan Melalui Whatsapp Selepas Dedah Sikap Sebenar Suami Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 749 hits
Kontroversi rumah tangga pelakon Lufya menjadi perhatian sebelum ini apabila selebriti itu mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan sering memukul dirinya BACA Namun baru baru ini persoalan status ruma...
Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 329 hits
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia bersetuju supaya kerajaan menutup platform media sosial seperti WhatsApp Facebook WeChat dan Twitter buat sementara waktu ketika tercetus krisis atau serangan pengganas Dapatan itu hasil kaji selidik firm...
Aib Di Social Media Antara Dosa Dan Followers

Aib Di Social Media Antara Dosa Dan Followers

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 286 hits
Aib Di Social Media Antara Dosa Dan Followers Ramai yang cakap sukahati aku la Fb aku sukahati akulah IG aku sukahati akulah Twitter akaun aku youtube aku Baik selaku seorang kakak daku nak tanya bila masa akaun di media sosial ni awak yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord