Ltte Bukti Penipuan Perjuangan Malaysian Malaysia Dap


Apa logik orang Tamil Malaysia berjuang bina negara di Sri Lanka?
BANGI – Pembabitan golongan Tamil dalam kalangan DAP yang terang-terangan menyokong perjuangan menubuhkan negara Tamil di Sri Lanka, menunjukkan satu lagi bukti penipuan parti tamak haloba berkenaan kononnya memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’.

Mengulas pembabitan DAP dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mempersoalkan logiknya orang Tamil Malaysia berjuang membina negara di Sri Lanka, seolah-olah mereka bukan warganegara.

“Di mana sebenarnya wala’ mereka? Nak bangunkan Malaysia atau menggunakan Malaysia sebagai platform untuk membina negara Tamil di Sri Lanka?

“Di sini melalui DAP mereka kata Malaysian Malaysia, di sana mereka perjuang sebuah negara Tamil yang merdeka. DAP ini wadah perjuangan untuk apa sebenarnya?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP antara 12 individu ditahan selepas dikesan bukan sahaja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Penangkapan anggota parti itu dipertikai oleh beberapa pemimpin DAP, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang mendesak kerajaan membebaskan suspek yang ditahan dibebaskan.

Bahkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga melangkaui kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mengeluarkan kenyataan jaminan ‘tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan polis’.

Sikap kebanyakan pemimpin parti berkenaan terhadap isu LTTE itu menyebabkan ramai pihak menganggap DAP mempunyai hubungan rapat dengan pengganas LTTE.

Perkara itu juga didedahkan oleh bekas ahli DAP, Amran Ahmad Nor ketika temu bual dalam rancangan ‘Cakap Serupa Bikin’ yang disiarkan di TV Pertiwi, baru-baru ini.

Amran turut mendedahkan, salah seorang pemimpin DAP – yang juga peguam ternama dalam parti itu – ada meletakkan gambar pengasas LTTE, v Prabakharan di belakang kerusi di biliknya, sekali gus menguatkan lagi bukti mereka menyanjungi perjuangan kumpulan pengganas berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mendakwa bahawa parti rasis dan cauvinis berkenaan tidak terbabit dengan kumpulan pengganas di Sri Lanka itu.

LTTE mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia. - www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/ltte-bukti-penipuan-perjuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbukti Ramai Pemimpin Dap Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Apa Lagi Yang Dr Mahathir Dan Kdn Mahu

Terbukti Ramai Pemimpin Dap Ada Kaitan Dengan Ltte Bukti Apa Lagi Yang Dr Mahathir Dan Kdn Mahu

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 617 hits
P Ramasamy Kulasegaran Saminathan Gunasegaran adalah pemimpin kanan parti DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE 2 dah kena cekup Saminathan ADUN Gadek merangkap Exco Negeri Melaka dan Gunasegaran ADUN Seremban Jaya dah ditangkap Kulasega...
Dap Hilang Waras Pertahan Pemimpin Terbabit Ltte

Dap Hilang Waras Pertahan Pemimpin Terbabit Ltte

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 359 hits
Parti tamak haloba tak mengaku salah walaupun ada buktiBANGI Pihak berkuasa terutama polis diingatkan tidak goyah dengan tekanan pemimpin pemimpin parti paling dominan di Putrajaya berhubung siasatan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasa...
Ltte Dan Komunisma Dap Galak Mempertahan

Ltte Dan Komunisma Dap Galak Mempertahan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 243 hits
Tun tiger on paper kata roney lew Betul sangat tu kerana setakat ini parti itu belum diharamkan lagi Kalau PAS buat hal memang dah kena Kalau melibatkan kaum lain kerajaan slow macam siput babi
Habeas Corpus Bid Dap Lawmakers Three Others Say Ltte Defunct Since 2009

Habeas Corpus Bid Dap Lawmakers Three Others Say Ltte Defunct Since 2009

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 271 hits
Two DAP lawmakers and three other individuals have denied any links with the Liberation Tigers of Tamil Eelam including supporting or funding the now defunct Sri Lankan terrorist outfit The five also said their arrests and detentions under ...
Dap Rep Castigates Indian News Channel For Berating Malaysian Leaders

Dap Rep Castigates Indian News Channel For Berating Malaysian Leaders

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 432 hits
A news channel in Tamil Nadu South India has been told that there is no need to interfere with Malaysian politics and berate or accuse its leaders like Prime Minister Dr Mahathir Mohamad for allegedly sowing discord among different races in...
Dap Dan Ltte Semua Pihak Ternanti Nanti Firdaus Wong

Dap Dan Ltte Semua Pihak Ternanti Nanti Firdaus Wong

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 283 hits
Dulu Peguam Negara Gugur Kes Guan Eng Siti Kasim Bagaimana Dengan LTTE Firdaus WongBANGI Semua pihak ternanti nanti pendirian Peguam Negara Tommy Thomas dalam mengendalikan siasatan membabitkan individu dalam DAP berkaitan kes kumpulan peng...
Muhyiddin Sahkan Dap Tiada Kaitan Dengan Ltte

Muhyiddin Sahkan Dap Tiada Kaitan Dengan Ltte

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 464 hits
October 29 2019 11 41 PMMenteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit PETALING JAYA Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengesah...
Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

Ltte 2 Adun Dap Antara 8 Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 605 hits
PETALING JAYA Dua Adun DAP P Gunasekaran dan G Saminathan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan keganasan di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan kira kira tiga minggu selepas mereka ditahan dalam operasi ke atas penyokong kumpulan penggana...
Senarai Ngo Dan Pertubuhan Pro Ltte Di Malaysia

Senarai Ngo Dan Pertubuhan Pro Ltte Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 541 hits
P Ramasamy dianggap sengaja mengapi apikan penganut agama Hindu dengan menyebut beratus ratus dan beribu ribu kuil Hindu telah dirobohkan di seluruh di Malaysia pada tahun tahun 1980 an 1990 an dan 2000 an sewaktu Dr Mahathir Mohamad menjad...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel