Lorong Seni Seremban Diiktiraf Mbr Sebagai Lorong Seni Terpanjang


Lorong Seni Seremban Diiktiraf MBR Sebagai Lorong Seni Terpanjang
SEREMBAN, 14 Dis (Bernama) — Lorong Seni Seremban di sini mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan rasmi Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysia.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Masri Baharuddin berkata lorong satu kilometer yang siap pada 2024 selepas pembangunan bermula pada 2019, kini antara tarikan pelancongan Negeri Sembilan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan memperkasakan seni dan budaya negeri.
Beliau berkata projek itu melibatkan kos keseluruhan RM2.5 juta dan lebih 50 mural dengan kebanyakannya hasil sentuhan pelukis tempatan yang mengetengahkan elemen warisan, budaya serta identiti setempat.
“Projek ini lahir daripada konsep mengembalikan lorong kepada orang awam. Kita menilai semula fungsi lorong belakang bukan hanya sebagai laluan utiliti tetapi sebagai laluan selamat dan selesa kepada orang awam serta pelancong dalam konteks seni bandar.
“Penambahan bilangan mural menjadikan Lorong Seni Seremban lebih segar dan menarik minat generasi muda serta pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas majlis pengiktirafan itu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri Nicole Tan serta wakil MBR Siti Nurhanim Mohd Noh dan Mohamad Nazrul Hafii Ahmad Fauzi.
Masri berkata selain memulihara bangunan warisan di pusat bandar, projek itu menghidupkan semula aktiviti ekonomi setempat dan mengangkat Seremban sebagai bandar kreatif serta memberi manfaat langsung kepada peniaga kecil di kawasan Benteng Walk dan Sungai Ujong Walk.
Beliau berkata rekod MBR itu juga sebagai pengiktirafan terhadap penggiat seni dan komuniti tempatan yang sentiasa menyokong usaha pembangunan bandar selain menjadi permulaan penting mempromosikan Seremban seiring Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
“Pengiktirafan ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada lebih banyak inisiatif seni, budaya dan pelancongan yang akan menjadikan Seremban bandar yang progresif, kreatif dan berdaya saing,” katanya.
Dalam pada itu, Masri berkata Lorong Seni Seremban ditutup sepenuhnya kepada kenderaan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari berikutnya termasuk Hari Kelepasan Am.
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pengunjung, mengekalkan kualiti dan kelestarian mural, mewujudkan persekitaran lebih mesra pejalan kaki serta menyokong aktiviti seni, budaya dan ekonomi setempat.
“Dengan status baharu sebagai lokasi berprestij diiktiraf MBR, sudah tiba masanya Lorong Seni Seremban diberi ruang sepenuhnya kepada orang awam selaras dengan konsep asal mengembalikan lorong kepada orang awam,” katanya.
BACA: Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai Sumber: Bernama
The post Lorong Seni Seremban Diiktiraf MBR Sebagai Lorong Seni Terpanjang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/14/lorong-seni-seremban-diiktiraf-mbr-sebagai-lorong-seni-terpanjang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sebagai Benteng Diri Kisah Yang Menginsafkan

Solat Sebagai Benteng Diri Kisah Yang Menginsafkan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 118 hits
Solat Sebagai Benteng Diri Kisah Yang Menginsafkan Satu perkongsian tular menyentuh hati ramai apabila seorang individu bernama Zhanna Kushnir yang didakwa sebagai ahli sihir dari Rusia menyatakan bahawa golongan paling sukar untuk ditembus...
Fahami Peranan Nyamuk Wolbachia Aedes Aegypti Sebagai Pejuang Kesihatan Awam

Fahami Peranan Nyamuk Wolbachia Aedes Aegypti Sebagai Pejuang Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 166 hits
Nyamuk Wolbachia Sahabat Kita Dalam Memerangi Denggi Baru baru ini 65 000 ekor nyamuk Aedes ber Wolbachia telah dilepaskan di kuarters penjawat awam Presint 18 Putrajaya Tetapi perlu difahami kehadiran nyamuk ini bukan untuk menyusahkan kit...
Saya Hadir Sebagai Usahawan Bukan Ahli Politik Kenapa Nak Takut Faiz Soul

Saya Hadir Sebagai Usahawan Bukan Ahli Politik Kenapa Nak Takut Faiz Soul

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 111 hits
Pempengaruh dan usahawan Muhammad Faiz Aizif atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul akhirnya tampil menjelaskan kontroversi yang timbul selepas dirinya dijemput merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di Kedah baru baru ini Dal...
Tahniah Tuan Haji Abdul Hadi Alias Yang Kini Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pmint Terengganu

Tahniah Tuan Haji Abdul Hadi Alias Yang Kini Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pmint Terengganu

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 103 hits
Sebesar besar tahniah buat sahabat ambe Tuan Haji Abdul Hadi Alias atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMINT yang baru Semoga PMINT dapat mencipta sejarah baru dibawah teraju beliau nanti Beliau sebelum ini adalah Pengurus Besa...
Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 193 hits
Saya gelak nampak cucu main lambung lambung pelikat dia hingga menutup muka dan cakap haaaa banyak kali Adui cucu yang comel ni kejadian di KLIA Kuala Lumpur Layan Tidur Kerana Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia Biasa Terbangun dari lena ap...
Dolar Dialihkan Dari Peranan Sebagai Aset Perlindungan

Dolar Dialihkan Dari Peranan Sebagai Aset Perlindungan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 139 hits
Selama beberapa dekad dolar Amerika telah dianggap sebagai aset yang boleh dipercayai kerana AS secara konsisten memenuhi tanggungannya Namun apabila hutang bertambah kos untuk membayarnya juga meningkat Kos bayaran faedah melebihi perbelan...
Pemuda Bn Tak Setuju Sertai Kerajaan Grs Rela Kekal Sebagai Pembangkang

Pemuda Bn Tak Setuju Sertai Kerajaan Grs Rela Kekal Sebagai Pembangkang

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 131 hits
Pemuda Barisan Nasional menegaskan mereka tak setuju dengan cadangan supaya BN menyertai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah selepas hanya memenangi enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri negeri itu baru baru ini Pemuda BN tak setuju sedia ke
Wow Ceplos 8k Sebulan Hebat Ya Patut La Ketiadaan Rafizi Sebagai Panglima Perang Jangan Pkr Nafikan

Wow Ceplos 8k Sebulan Hebat Ya Patut La Ketiadaan Rafizi Sebagai Panglima Perang Jangan Pkr Nafikan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 180 hits
Zuwairi Md YusofRafizi Ramli Di Sini Sana Mana2 2Pemimpin Sialan macam Shamsul memang akan menerima akibat dari percaturan dia dan rakan2 KARTEL DAMAI PKR same ade cepat atau lambat kerana janji Allah itu pasti dan jelas tiada kaburnya Pemi...
Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 183 hits
Selepas lima hari pertumbuhan S P 500 mengambil langkah ke belakang di tengah tengah penurunan semula dalam mata wang kripto dan kenaikan hasil dalam pasaran hutang global Bitcoin bertindak sebagai tanda awal penanda selera risiko jadi kemu...
Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Along Kemalangan 11 12 2025

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord

46works Turns The Fantic Caballero Scrambler 700 Into A Sporty Caf Racer

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Utamakan Bahasa Melayu Penguasaan Bahasa Lain Digalakkan Pm Anwar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


3 Cara Tingkatkan Signal Wifi Rumah Anda

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

Bangunan Kolej Dijual Dengan Harga 1 Peluang Emas Atau Risiko

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Terpaling Juara Kritik Rxz Members Isu Pemandu Mabuk Senyap Pula Dr Akmal