Lori Nestle Datang Kolej Cara Panggil Lori Nestle Datang Sekolah Kolej


Lori Nestle (Coco Crunch & Nescafe) Datang Kolej | Cara Dapatkan Sponsor Lori Nestle Datang Sekolah / Kolej | Hai! Best pulak petang hari Khamis lepas apabila lori Nestle datang di kolej, hehehehe. Biasanya hanya lori Nestle Coco Crunch yang datang, tapi hari tersebut sampai 2 lori datang, Coco Crunch dan ....... NESCAFE. 
Fuh, jarang-jarang jumpa Nescafe ni. Bila dah jumpa apa lagi, sampai 4 cup telan. 

Tempat lori Nescafe parking tu, asalnya tempat parking kereta aku. Tengah sedap tahan mengantuk waktu lunch dapat call minta alih kereta. Ehhhhhhh..... Apehal pulak kan?
Rupanya lori nak masuk parking.  Sampai sekali 2 datang. Seronok student dapat makan free petang-petang.

Lori Nescafe baru. Cantik dan lebih besar berbanding sebelum ini.

Lori Coco Crunch pun yang baru. Sebelum ni beberapa kali datang kolej bawa lori yang versi kecil sedikit. Yang baru ni siap ada walkway okeh! Nak ambik kena naik pentas gitu haha.

Ingat tak cerita Bateri Weak sebelum ini? Lepas buat jump start kali kedua, enjin kereta hidup dan ingatkan bolehlah tahan sehari dua. Sekali kan, pagi tu jump start esoknya terus kiok langsung taknak hidup dah. Tepuk dahi rasa menyesal sungguh tak beli bateri baru masa kat kolej.
Lepas beli bateri baru, hari ini dengan yakin start enjin dan drive tanpa perlu risau enjin mati tengah jalan. Semasa drive stereng rasa sedikit berat, macam tanda-tanda angin tayar kurang? Jadinya pagi tadi sempat singgah Petron nak isi angin tayar.
Baru je buka penutup valve tayar, bunyi angin kuat keluar berderu-deru keluar dari valve. Ah sudah.
Valve bocor pulak ke? Settle satu, satu benda jadi. 
Calm down calm down. Ecewah tenangkan diri sambil speaking gitu kahkah. Yang aku perasan, bila buka penutup valve baru angin keluar, kalau ketatkan kepala valve ok je. Means either valve longgar atau tayar bocor? Rasanya valve je longgar.
[Baca juga] :+ Pneumatic Training+ Babysitter Dalam Hutan+ Tips Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan
Takpe, rasanya boleh je terus drive ke kolej. Lagipun tayar kereta tu bukannya flat sangat. Kesan daripada valve longgar, pagi itu dalam sejarah memandu dengan sangaaaaaaaaat berhemah! Fuh, rasa tak percaya sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Petaling Jaya, the highest speed hanyalah 85 km/h? This is sooooo not me! 
Sampai kolej Alhamdulillah ada student tolong settlekan. Rupanya betul valve longgar. Siap ketatkan semula valve dan isi angin juga tau! Baiknya anak - anak sayaaaaaa. Dalam rasa penatnya berulang - alik jauh dari rumah ke office, Allah bagi student yang sporting dan ringan tulang pun dah besar rahmat. Alhamdulillah.
 Korang yang mana ada bengkel nak panggil student automotif untuk praktikal nanti roger-roger tau. Aku recommend student inshaAllah yang baik-baik :)

Sebelum telan 2 cawan Nescafe dan 2 cup Coco Crunch. Entah macam mana lah diorang ni mix air ek? Sedap kemain. Dari lori Milo ke lori Nescafe, air diorang memang kawww. Aku biasanya tak minum kopi, nescafe dan horlick, tapi versi lori Milo dan Nescafe sap sap soi boleh telan dengan bahagia.
Dengan banyaknya pulak tu. Tadi bercakap dengan officemate, bila buka mulut bagaikan keluar perfume Nescafe!
Cara Minta Sponsorship Nestle (Panggil Lori Nestle) Datang Sekolah / KolejBaiklah, jom aku share cara untuk minta sponsorship Nestle untuk datang ke sekolah atau ipt atau agensi awam. Nak minta lori Milo atau Nescafe atau Coco Crunch datang semasa hari sukan syok juga kan?
POS / FAKS SURAT1) Hantar surat permohonan tajaan Coco Crunch / Nescafe / Milo kepada pihak Nestle 8 MINGGU sebelum tarikh event ke :
Nestle Products Sdn BhdNo. 41, Jalan Angklung 33/20,Shah Alam Industrial Park, Seksyen 33,40460 Shah Alam Selangor
Tel : 03-5131 8910 / 03-5121 3244Faks : 03-5121 2243(u.p : Cik Azizah Jamal)
2) Sertakan bersama aturcara majlis yang ada maklumat seperti tarikh, masa, lokasi serta anggaran peserta yang hadir semaja majlis / program tersebut. 3) Faks atau pos ke alamat di atas. Jika permohonan berjaya, akan dimaklumkan dan akan sampailah lori Nestle tersebut ke lokasi korang.
PHONE CALL / PM FBBoleh saja terus hubungi NESTLE Consumer Services di talian 1800-88-3433 atau Private Message (PM) Facebook Rasmi Nestle Malaysia.

Seronok betul minum Nescafe kawww. Masa sekolah dulu kalau Lori Milo datang bukan main berlari-lari kejar. Kalau minum pun, tak cukup 1 cawan. Tak sangka dah tua ni, pun sama masih tak cukup 1 cawan, haha. Okeh jangan lupa mohon. Jika ada kekosongan, memang rezeki koranglah dapat sponsorship pihak Nestle untuk sekolah atau kolej korang! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2020/02/cara-panggil-lori-nestle-coco-crunch-nescafe-datang-sekolah-kolej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Gengster Tunggu Polis Datang Kutip Kau Netizen Bengang Pelajar Dilempang Pembuli Di Sekolah

Bajet Gengster Tunggu Polis Datang Kutip Kau Netizen Bengang Pelajar Dilempang Pembuli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 532 hits
Kurang ajar weh demikian reaksi netizen yang kebanyakannya geram melihat seorang pelajar membuli mangsanya di dalam kelas Video kes buli itu kini sedang tular di media sosial dan tidak diketahui lokasinya secara tepat Namun berdasarkan perc...
Lewat Datang Sekolah Pelajar Dihukum Solat Dhuha

Lewat Datang Sekolah Pelajar Dihukum Solat Dhuha

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 653 hits
Gambar HiasanTiba tiba hati seorang ibu macam saya tersentuh melihat gambar gambar ni yang dikongsi oleh seorang sahabat dalam group whatsapp Bergenang pula kelopak mata ni Katanya pelajar pelajar ni didenda Solat Sunat Dhuha kat dataran pe...
Cara Mengganti Template Blog Terbaru Memasang File Tema Blogger

Cara Mengganti Template Blog Terbaru Memasang File Tema Blogger

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 545 hits
Berikut ini Cara Mengganti Template Blog Terbaru yaitu memasang file XML untuk mengubah tampilan blog di Blogger Termasuk di Dashboard Blogger Baru atau tema adalah desain tampilan blog Dulu Blogger menggunakan istilah template lalu berubah...
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel

5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 367 hits
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel Cikza percaya ramai yang tengah seronok travel hasil dari tabungan setahun yang korang buat Namun buat mereka yang suka travel tu ada yang seronok mendengar tapi punya kekangan kewangan lain ...
7 Cara Praktis Hilangkan Bau Cat Dinding Yang Menyengat Dan Bikin Pusing Awas Ada Racunnya

7 Cara Praktis Hilangkan Bau Cat Dinding Yang Menyengat Dan Bikin Pusing Awas Ada Racunnya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 243 hits
Jangan pakai ruangan yang masih bau cat untuk tidur lo bahaya banget Apalagi buat ibu hamil
Cara Pilih Shade Foundation Sesuai Dengan Tona Kulit

Cara Pilih Shade Foundation Sesuai Dengan Tona Kulit

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 894 hits
Dulu saya ada share dengan korang yang saya selalu guna sekarang ni Korang boleh Dan saya masih setia dengan produk Alha Alfa Sekarang dah beli serum dan moisturiser Alha Alfa jugak Wangi dan best jek bila dah apply kat muka Jom main make u...
Semua Adalah Kekal Sama Jualan Aset Semakin Meningkat Nzd Dan Aud Tidak Dapat Mencari Cara Untuk Menghentikan Penurunan

Semua Adalah Kekal Sama Jualan Aset Semakin Meningkat Nzd Dan Aud Tidak Dapat Mencari Cara Untuk Menghentikan Penurunan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 362 hits
Pada hari Isnin bursa saham AS kerugian dari 1 5 kepada 2 disebabkan oleh ancaman penyebaran coronavirus di mana bilangan negara negara di mana pesakit secara rasmi direkodkan adalah semakin meningkat Sebaliknya gelombang jualan dijangka be...
Cara Menjadi Technopreneur Wirausahawan Berbasis Teknologi

Cara Menjadi Technopreneur Wirausahawan Berbasis Teknologi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 270 hits
Ada tiga hal yang dibutuhkan untuk menjadi technopreneur yaitu knowledge skills dan attitude Wirausana disebut blogpreneur Pengetahuan mudah didapatkan oleh generasi muda saat ini yang cepat beradaptasi dengan teknologi Hal yang tak mudah d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii