Lori Bawa 20 000 Liter Bahan Kimia Terbalik Di Bagan Serai


IPOH, 25 Sept (Bernama) – Selepas lebih 16 jam atau setakat pukul 9 malam ini, lori tangki dengan muatan kira-kira 20,000 liter cecair kimia jenis ‘Acetone’ yang terbalik ke dalam parit di Kampung Parit Mentara 3, Bagan Serai, belum dapat dikeluarkan.
Lori tangki itu yang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Pulau Pinang, terbabas sebelum terbalik ke dalam parit di kampung berkenaan kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu berkata operasi memindahkan bahan kimia itu dijangka selesai selewat-lewatnya awal pagi esok.
“Pihak bomba bersama-sama dengan syarikat terlibat, akan memindahkan bahan kimia dari lori tangki terbalik ke lori baharu pada malam ini.
“Kita akan cuba untuk menyelesaikan operasi pemindahan pada malam ini juga, bergantung kepada keadaan semasa termasuk cuaca,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Mohamad Yunus berkata jumlah anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan adalah seramai 35 orang, termasuk daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat), Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ipoh.
Mengenai langkah keselamatan, beliau berkata setakat ini hanya empat buah rumah dalam jarak 100 meter dari lokasi lori tangki terbalik dinasihatkan supaya berpindah, memandangkan bahan kimia itu yang berada di udara, berisiko mencetuskan percikan api (spark) yang boleh menyebabkan kebakaran.
Mohamad Yunus berkata semua penduduk yang diarah mengosongkan kediaman, berpindah dan menumpang di rumah saudara mara atau jiran berhampiran.
“Selepas jarak 100 meter itu, keadaan selamat. Daripada aspek lain termasuk pernafasan penduduk tidak perlu bimbang kerana kawasan ini luas, bendang… jadi kurang risiko terdedah dengan udara tercemar,” katanya.
Tambah Mohamad Yunus sekiranya cuaca pada malam ini hujan, ia dapat membantu membersihkan bahan kimia itu, yang berada di udara sekali gus mengurangkan risiko kebakaran.
‘Acetone’ merupakan cecair kimia tanpa warna, mudah meruap, mudah bakar dan sering digunakan sebagai pelarut, antaranya untuk cat serta pewarna kuku.
Mohamad Yunus berkata, operasi memindahkan bahan kimia itu tidak dapat dijalankan malam ini kerana pengendali kren enggan mengambil risiko bekerja pada waktu malam, selain pihak syarikat lori tangki terbabit  tidak banyak membantu dalam tindakan memindahkan tumpahan ke tangki atau lori lain.
Bagaimanapun, kata Mohamad Yunus pihaknya telah mengambil tindakan mengalirkan dan memasukkan air ke dalam tangki lori terlibat bagi memastikan bahan kimia Acetone berada dalam keadaan terlarut.
“Tindakan ini bagi mengurangkan tahap nyalaan atau sambar terhadap bahan kimia tersebut,” katanya dalam kemas kini menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagi memastikan keselamatan, Mohamad Yunus berkata pihak bomba beroperasi 24 jam di lokasi sehingga lori tangki terlibat berjaya dialihkan.
Tambah Mohamad Yunus kren dijangka memulakan kerja pengalihan lori tangki itu pada pukul 9 pagi esok.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/26/lori-bawa-20000-liter-bahan-kimia-terbalik-di-bagan-serai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Dua Hari Terbabas Dalam Parit Lori Tangki Bawa 20 000 Liter Bahan Kimia Berjaya Diangkat

Selepas Dua Hari Terbabas Dalam Parit Lori Tangki Bawa 20 000 Liter Bahan Kimia Berjaya Diangkat

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 481 hits
Bagan Serai 27 Sept Selepas dua hari akhirnya lori tangki membawa 20 000 liter bahan kimia acetone yang terbalik ke dalam parit di Kampung Parit Mentara 3 di sini berjaya diangkat dan dialihkan Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jab...
Seventh Generation Laundry Detergent Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

Seventh Generation Laundry Detergent Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum Bab memilih pencuci pakaian memang Fiza agak cerewet Tambahan pula kalau nak basuh baju anak Seventh Generation Laundry Detergent tanpa bahan kimia berbahaya Pertama sekali kalau nak basuh baju anak elakkan dicampur dengan b...
Harga Bensin Di Wamena Papua Naik Dari Rp 20 000 Menjadi Rp 80 000 Per Liter

Harga Bensin Di Wamena Papua Naik Dari Rp 20 000 Menjadi Rp 80 000 Per Liter

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 348 hits
Harga bensin eceran di pinggiran jalan di pusat Kota Wamena di Kabupaten Jayawijaya Provinsi Papua mengalami kenaikan Rp 60 000 Dari Rp 20 000 menjadi Rp 80 000 per liter Hal ini dikarenakan persediaan yang terbatas usai sebagian besar penj...
Harga Beras Di Bekasi Masih Tinggi Capai Rp 13 000 Per Liter

Harga Beras Di Bekasi Masih Tinggi Capai Rp 13 000 Per Liter

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 320 hits
Harga beras di Pasar Pagi Pekayon Bekasi Selatan mengalami kenaikan Salah satu pedagang beras Sugeng mengatakan harga beras per karungnya mengalami kenaikan menjadi Rp 20 000
Bas Terbalik Dipercayai Bawa Rombongan Pelajar Ke Langkawi

Bas Terbalik Dipercayai Bawa Rombongan Pelajar Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 400 hits
Kecoh di laman Facebook apabila beberapa individu berkongsi gambar insiden bas terbalik yang didakwa berlaku di Bechah Laut Kelantan ketika dalam perjalanan ke Langkawi Menurut individu yang berkongsi gambar kejadian bas tersebut dipercayai...
Gaji Sebulan Ku Nan Hampir Rm40 000 Saksi

Gaji Sebulan Ku Nan Hampir Rm40 000 Saksi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 370 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima gaji dan elaun berjumlah RM39 227 20 setiap bulan bermula dari 2013 hingga 2018 Setiausaha Bahagi...
Perodua Targets 1 000 Units Of Axia Style Sold Monthly

Perodua Targets 1 000 Units Of Axia Style Sold Monthly

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd is targeting to sell 1 000 units monthly of the new variant introduced in the Axia model Axia Style driven by exciting features it offers President and chief executive officer Datuk Zainal Ab
Lebih 4 000 Perkongsian Wanita Ini Dedah Balasan Suami Kepadanya Setelah Dia Beranak Ramai

Lebih 4 000 Perkongsian Wanita Ini Dedah Balasan Suami Kepadanya Setelah Dia Beranak Ramai

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 459 hits
Apabila melahirkan cahaya mata pastinya tugas seorang isteri bertambah Beban yang dipikul itu selalunya bertambah berat apabila si isteri terpaksa menguruskan anak anak yang lain tanpa bantuan suami Bukan mahu mengeluh tetapi itulah realiti...
5 000 Personel Polisi Amankan Demo Mahasiswa Tolak Rkuhp Depan Dpr

5 000 Personel Polisi Amankan Demo Mahasiswa Tolak Rkuhp Depan Dpr

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 240 hits
Pantauan merdeka com di lokasi hingga siang ini massa aksi sama sekali belum terlihat di depan Gedung DPR MPR Yang terlihat hanyalah sejumlah aparat kepolisian dengan menggunakan seragam dinas lengkap
Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Lenion Rechee Nuan Siku Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders