Lombong Emas Haram Lahad Datu 14 Pelaku Terbabit


ANTARA lombong emas haram yang ditemukan pihak berkuasa. FOTO arkib NSTP klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) 4 nyawa pernah terkorban di lombong emas haram Lahad Datu: Seramai 14 pelaku termasuk wanita dipercayai terbabit dengan kegiatan melombong emas secara haram dengan penemuan 103 lubang dan terowong aktif baharu dikorek, dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua di sini oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ogos lalu.

Timbalan Komander PGA Briged Sabah, Asisten Komisiner Toipi Lamat berkata, individu terbabit dipercayai terdiri daripada warga tempatan dan asing, selain berkemungkinan pendatang tanpa izin dan penilaian itu dibuat berdasarkan analisa lapangan di enam kawasan penempatan sementara pelombong itu.


Beliau berkata, terbaru ketika melakukan pemeriksaan ke kawasan itu pada 8 Oktober lalu, PGA berjaya menemukan senjata seperti bakakuk, sejenis senapang patah buatan sendiri dan peluru hidup di kawasan penempatan sementara yang turut dirobohkan.

"Sebanyak enam kawasan membabitkan penempatan sementara ditemukan, iaitu pondok diduduki pelombong berkenaan di kawasan Sungai Bole lokasi berlaku kegiatan haram itu. Tempat tidur mereka sekurang-kurangnya ada 14 orang dengan tidak kurang ada dua wanita turut bersama, ini penilaian kami.

"Tiada suspek khusus setakat ini. Setiap kumpulan (melombong) biasanya tiga orang, seorang mengorek dalam terowong jajaran emas mendatar, seorang lagi mengangkut tanah dikorek daripada jajaran emas itu keluar ke permukaan tanah, seorang lagi mendulang emas di sungai berhampiran," katanya kepada Bernama.

Pada 20 Ogos lalu, PGA melalui Op Khazanah bersama Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Tabung Hidupan Liar, menemukan lokasi aktiviti haram itu selepas menempuh 72 kilometer perjalanan bermula dari Ladang Ongkor.


Toipi berkata, pasukan operasi juga menemukan lokasi melombong emas berkenaan di sepanjang kilometer satu hingga lapan di kawasan Sungai Bole, dan di kilometer lapan sebanyak 103 lubang serta terowong dipercayai baharu dikorek.

"Susulan daripada penemuan itu, saya sendiri mengetuai pasukan ada masuk semula ke kawasan itu untuk melakukan siasatan dan menggeledah lokasi, sekali gus membawa kepada penemuan tiga dump (kawasan simpanan) mengandungi barang makanan, peralatan, dapur, barangan peribadi serta peralatan melombong," katanya.

Beliau berkata, pihaknya pernah memanggil seorang lelaki yang mengakui selama enam tahun terbabit menjadi pengangkut serta penggali lombong emas di kawasan itu sebelum ini, dan mengikut maklumat bahawa individu terbabit ialah orang tempatan selain warga Filipina, berkemungkinan pendatang haram.

Sementara itu, Toipi berkata, Jabatan Perhutanan Sabah memiliki unit keselamatan tersendiri, bagi menangani sebarang kes yang berlaku dalam kawasan hutan simpan kelas satu kendalian jabatan itu.

"Pada kebiasaan kami masuk memerlukan kebenaran Jabatan Perhutanan Sabah namun akan memberi kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah dalam membanteras jenayah," katanya.

Katanya, perbuatan pelombong itu adalah salah, kerana selain mencuri khazanah negara perbuatan itu membahayakan nyawa kerana berdasarkan risikan terdapat empat kematian pernah berlaku di kawasan itu.


Lahad Datu: Sekurang-kurangnya empat nyawa pernah terkorban di lombong emas haram di Sungai Bole, Hutan Simpan Ulu Segama Malua dekat Lembah Danum yang dibongkar pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) baru-baru ini.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, ia berdasarkan maklumat daripada bekas pelombong bahawa pernah berlaku dua kejadian runtuhan di situ.


Menurutnya, ia menyebabkan pelombong yang bertugas menggali dan mengambil tanah terperangkap.

"2 pelombong dipercayai tertimbus dan mati dalam lubang lombong terbabit.

"Apa yang kami difahamkan, menjadi adat pelombong supaya tidak membongkar atau mengeluarkan mangsa yang tertimbus.


"Sebagai tanda ada pelombong maut di sesuatu kawasan, mereka akan letakkan tanda 'X' menggunakan kayu di luar pintu masuk lubang lombong berkenaan," katanya ketika ditemubual Harian Metro.

Dalam pada itu, beliau berkata, kematian ketiga pula membabit pergaduhan.

"Terdapat satu kematian yang berlaku disebabkan perbalahan sesama mereka dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan pembahagian tugasan.

"Ia terjadi apabila ada pelombong yang marah dengan rakannya yang bekerja di bahagian yang mudah untuk mengambil emas secara diam-diam lalu timbul rasa tidak puas hati antara mereka sehingga bergaduh dalam lubang terowong.

"Seorang kemudiannya terbunuh dan jasadnya juga dikatakan dibiarkan di lombong berkenaan," katanya.

Antara lubang pelombongan emas yang ditemukan di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum dekat sini. (Gambar kecil) Anggota PGA memeriksa lubang lombong yang ditemui. Foto Hazsyah Abdul Rahman
Menurutnya, kematian keempat berlaku apabila ada pelombong mati akibat penyakit.

"Ada pelombong terkena malaria dan sebelum sempat dibawa keluar dari hutan simpan berkenaan, dia dilaporkan sudah meninggal dunia," katanya.

Justeru itu, beliau berharap dengan penemuan lokasi lombong itu, ia dapat menghentikan kejadian tidak diingini daripada terus berlaku.


Lahad Datu: Aktiviti melombong emas secara haram sejak 90-an berjaya dibongkar pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan WWF serta agensi lain.

Kegiatan itu terbongkar susulan penemuan ratusan lubang lombong di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum dekat sini.


Timbalan Komander PGA Briged Sabah Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, kegiatan itu berjaya dikesan dalam Operasi Bersepadu Khazanah yang lancarkan sejak Ogos lalu selepas ia dilancarkan oleh Komander PGA Briged Sabah.


"Dalam operasi ini, ia memfokuskan seluruh Sabah. Ia bukan setakat di dalam hutan sahaja juga di perairan.

"Antara penemuan yang dikira sangat penting dalma operasi ini adalah aktiviti melombong emas haram," katanya kepada Harian Metro.


Toipi berkata, lokasi kegiatan mencuri khazanah negara itu berjaya dikesan pada 21 Ogos lalu hasil risikan dan maklumat awam sebelum ini.

"Pasukan operasi berjaya menemui lokasi pelombongan itu selepas menempuhi perjalanan selama lapan hari.


"Ia disusuli operasi penggeledahan dilancarkan dan maklumat yang diterima mendapati aktiviti melombong emas di kawasan hulu sungai berkenaan sudah berlarutan sekitar 1990-an lagi," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk petugas operasi sampai dan menemui lokasi berkenaan.

Pasukan PGA melakukan pemeriksaan aktiviti perlombongan emas di sepanjang Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
"Petugas operasi terpaksa menempuh perjalanan di hutan tebal, melalui jeram, mendaki dan menuruni bukit serta perlu meredah sungai berbatu untuk ke lokasi berkenaan," katanya.

Walaupun sukar, katanya, anggota bertugas akhirnya berjaya tiba di lokasi berkenaan.


Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi itu pihaknya menemui ratusan lubang atau lombong emas di sepanjang lapan kilometer Sungai Bole.

"Kira-kira 103 lubang lombong ditemui untuk satu kilometer di sepanjang tebing sungai berkenaan.

"Pelombong berkenaan dipercayai menggunakan kaedah tradisional bagi melombong emas di kawasan tersebut," katanya.

Anggota Operasi Bersepadu Khazanah menemui barang-barang yang ditinggalkan oleh suspek yang terlibat dalam kegiatan perlombongan emas haram di Lahad Datu. (Gambar PDRM)
Menurutnya, dalam operasi itu juga pelbagai barangan disyaki untuk kegiatan melombong seperti dulang, alat penimbang digital, baldi dan penyodok tanah.

Antara terowong yang dikesan dipercayai wujud hasil daripada aktiviti melombong emas secara haram di kawasan Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
"Makanan seperti beras, gula, mi segera, minuman segera dan peralatan memasak turut ditemui di lokasi terbabit.

TANDA ‘X’ menggunakan kayu di lubang lombong menunjukkan ada kematian pelombong di situ. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
"Senjata api jenis bakakuk dan senapang guli turut ditemui di lokasi berkenaan," katanya.


Menurutnya, pihaknya turut menemui enam lokasi penempatan yang diwujudkan di kawasan berkenaan.

PONDOK: Pondok atas pokok dipercayai sebagai penempatan sementara pelombong haram.
"Tempat tersebut ada lebih kurang enam penempatan yang mempunyai 14 pondok dibina dengan kanvas termasuk rumah atas pokok," katanya.

Senjata api dan peralatan melombong yang ditemui disimpan dalam 'dump' di kawasan penempatan pelombong haram di Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
Dengan penemuan berkenaan, pihaknya berharap berjaya menghentikan kegiatan mencuri hasil negara terbabit.

SOURCE: Harian Metro , Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/lombong-emas-haram-lahad-datu-14-pelaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lombong Emas Haram Lebih 30 Tahun Dibongkar

Lombong Emas Haram Lebih 30 Tahun Dibongkar

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 2289 hits
Antara lubang pelombongan emas yang ditemukan di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua di Lembah Danum dekat sini Anggota PGA memeriksa lubang lombong yang ditemui Foto Hazsyah Abdul Rahman Lahad Datu Aktiviti melombong emas secar...
Laporan Khas Sindiket Lombong Emas Haram Curi Hasil Negara

Laporan Khas Sindiket Lombong Emas Haram Curi Hasil Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 309 hits
Selepas berpuluh tahun menjarah hasil negara akhirnya kegiatan sindiket melombong emas secara haram di Lahad Datu terbongkar Dipercayai aktif sejak 1990 an lagi sindiket itu menjalankan kegiatan berkenaan di kawasan hulu Sungai Bole yang te...
4 Nyawa Pernah Terkorban Di Lombong Emas Haram

4 Nyawa Pernah Terkorban Di Lombong Emas Haram

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 271 hits
TANDA X menggunakan kayu di lubang lombong menunjukkan ada kematian pelombong di situ FOTO Hazsyah Abdul Rahman PGA bongkar aktiviti lombong emas di Lahad Datu Lahad Datu Sekurang kurangnya empat nyawa pernah terkorban di lombong emas haram...
Pga Temui Alat Perlombongan Emas Haram Disorok Dalam Banir Balak Di Sungai Bole Ulu Segama Malua

Pga Temui Alat Perlombongan Emas Haram Disorok Dalam Banir Balak Di Sungai Bole Ulu Segama Malua

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 391 hits
Peralatan dan kelengkapan ditemui disyaki milik pelombong emas haram FOTO IHSAN PGA PGA temui alatan Pelombong emas haram disorok dalam banir balak di Sungai Bole Ulu Segama Malua Lahad Datu Pasukan Gerakan Am menemukan peralatan dan keleng...
Polis Sesb Potong Bekalan Elektrik 14 Premis Judi Haram Di Labuan

Polis Sesb Potong Bekalan Elektrik 14 Premis Judi Haram Di Labuan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 175 hits
Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila berkata kerjasama dengan SESB itu sebahagian daripada operasi berterusan polis untuk membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh Labuan 14 premis judi haram dipotong bekalan elektrik LABUAN Polis Labuan d...
Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Selangor Turun Kata Exco

Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Selangor Turun Kata Exco

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 370 hits
Akta akta sedia ada dan tindakan penguatkuasaan oleh PBT di Selangor didapati memadai buat masa ini untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram menurut Ng Sze Han SHAH ALAM Statistik daripada Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan kes b...
Masjidil Haram Mulai Beroperasi Dengan Kapasitas Penuh Jemaah Boleh Salat Berdekatan

Masjidil Haram Mulai Beroperasi Dengan Kapasitas Penuh Jemaah Boleh Salat Berdekatan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 162 hits
Mulai Minggu Masjidil Haram di kota suci Makkah Arab Saudi beroperasi dengan kapasitas penuh
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 255 hits
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Bina Kuil Haram Gerakan Terancang Rampas Tanah Guna Sentimen Agama

Bina Kuil Haram Gerakan Terancang Rampas Tanah Guna Sentimen Agama

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Pada pandangan saya ia merupakan satu pencabulan hak kepada pemilik tanah Ia memberi gambaran seolah olah ada satu gerakan terancang berusaha untuk merampas tanah milik orang lain dengan menggunakan sentimen agama ujar Presiden...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash