4 Nyawa Pernah Terkorban Di Lombong Emas Haram


TANDA ‘X’ menggunakan kayu di lubang lombong menunjukkan ada kematian pelombong di situ. FOTO Hazsyah Abdul Rahman klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) PGA bongkar aktiviti lombong emas di Lahad Datu Lahad Datu: Sekurang-kurangnya empat nyawa pernah terkorban di lombong emas haram di Sungai Bole, Hutan Simpan Ulu Segama Malua dekat Lembah Danum yang dibongkar pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) baru-baru ini.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, ia berdasarkan maklumat daripada bekas pelombong bahawa pernah berlaku dua kejadian runtuhan di situ.


Menurutnya, ia menyebabkan pelombong yang bertugas menggali dan mengambil tanah terperangkap.

"2 pelombong dipercayai tertimbus dan mati dalam lubang lombong terbabit.

"Apa yang kami difahamkan, menjadi adat pelombong supaya tidak membongkar atau mengeluarkan mangsa yang tertimbus.


"Sebagai tanda ada pelombong maut di sesuatu kawasan, mereka akan letakkan tanda 'X' menggunakan kayu di luar pintu masuk lubang lombong berkenaan," katanya ketika ditemubual Harian Metro.

Dalam pada itu, beliau berkata, kematian ketiga pula membabit pergaduhan.

"Terdapat satu kematian yang berlaku disebabkan perbalahan sesama mereka dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan pembahagian tugasan.

"Ia terjadi apabila ada pelombong yang marah dengan rakannya yang bekerja di bahagian yang mudah untuk mengambil emas secara diam-diam lalu timbul rasa tidak puas hati antara mereka sehingga bergaduh dalam lubang terowong.

"Seorang kemudiannya terbunuh dan jasadnya juga dikatakan dibiarkan di lombong berkenaan," katanya.

Antara lubang pelombongan emas yang ditemukan di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum dekat sini. (Gambar kecil) Anggota PGA memeriksa lubang lombong yang ditemui. Foto Hazsyah Abdul Rahman
Menurutnya, kematian keempat berlaku apabila ada pelombong mati akibat penyakit.

"Ada pelombong terkena malaria dan sebelum sempat dibawa keluar dari hutan simpan berkenaan, dia dilaporkan sudah meninggal dunia," katanya.

Justeru itu, beliau berharap dengan penemuan lokasi lombong itu, ia dapat menghentikan kejadian tidak diingini daripada terus berlaku.


Lahad Datu: Aktiviti melombong emas secara haram sejak 90-an berjaya dibongkar pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan WWF serta agensi lain.

Kegiatan itu terbongkar susulan penemuan ratusan lubang lombong di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum dekat sini.


Timbalan Komander PGA Briged Sabah Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, kegiatan itu berjaya dikesan dalam Operasi Bersepadu Khazanah yang lancarkan sejak Ogos lalu selepas ia dilancarkan oleh Komander PGA Briged Sabah.


"Dalam operasi ini, ia memfokuskan seluruh Sabah. Ia bukan setakat di dalam hutan sahaja juga di perairan.

"Antara penemuan yang dikira sangat penting dalma operasi ini adalah aktiviti melombong emas haram," katanya kepada Harian Metro.


Toipi berkata, lokasi kegiatan mencuri khazanah negara itu berjaya dikesan pada 21 Ogos lalu hasil risikan dan maklumat awam sebelum ini.

"Pasukan operasi berjaya menemui lokasi pelombongan itu selepas menempuhi perjalanan selama lapan hari.


"Ia disusuli operasi penggeledahan dilancarkan dan maklumat yang diterima mendapati aktiviti melombong emas di kawasan hulu sungai berkenaan sudah berlarutan sekitar 1990-an lagi," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk petugas operasi sampai dan menemui lokasi berkenaan.

Pasukan PGA melakukan pemeriksaan aktiviti perlombongan emas di sepanjang Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
"Petugas operasi terpaksa menempuh perjalanan di hutan tebal, melalui jeram, mendaki dan menuruni bukit serta perlu meredah sungai berbatu untuk ke lokasi berkenaan," katanya.

Walaupun sukar, katanya, anggota bertugas akhirnya berjaya tiba di lokasi berkenaan.


Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi itu pihaknya menemui ratusan lubang atau lombong emas di sepanjang lapan kilometer Sungai Bole.

"Kira-kira 103 lubang lombong ditemui untuk satu kilometer di sepanjang tebing sungai berkenaan.

"Pelombong berkenaan dipercayai menggunakan kaedah tradisional bagi melombong emas di kawasan tersebut," katanya.

Anggota Operasi Bersepadu Khazanah menemui barang-barang yang ditinggalkan oleh suspek yang terlibat dalam kegiatan perlombongan emas haram di Lahad Datu. (Gambar PDRM)
Menurutnya, dalam operasi itu juga pelbagai barangan disyaki untuk kegiatan melombong seperti dulang, alat penimbang digital, baldi dan penyodok tanah.

Antara terowong yang dikesan dipercayai hasil daripada aktiviti melombong emas secara haram di kawasan Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
"Makanan seperti beras, gula, mi segera, minuman segera dan peralatan memasak turut ditemui di lokasi terbabit.

TANDA ‘X’ menggunakan kayu di lubang lombong menunjukkan ada kematian pelombong di situ. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
"Senjata api jenis bakakuk dan senapang guli turut ditemui di lokasi berkenaan," katanya.


Menurutnya, pihaknya turut menemui enam lokasi penempatan yang diwujudkan di kawasan berkenaan.

"Tempat tersebut ada lebih kurang enam penempatan yang mempunyai 14 pondok dibina dengan kanvas termasuk rumah atas pokok," katanya.

Senjata api dan peralatan melombong yang ditemui disimpan dalam 'dump' di kawasan penempatan pelombong haram di Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
Dengan penemuan berkenaan, pihaknya berharap berjaya menghentikan kegiatan mencuri hasil negara terbabit.

SOURCE: Harian Metro , Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/4-nyawa-pernah-terkorban-di-lombong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lombong Emas Haram Lebih 30 Tahun Dibongkar

Lombong Emas Haram Lebih 30 Tahun Dibongkar

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 2318 hits
Antara lubang pelombongan emas yang ditemukan di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua di Lembah Danum dekat sini Anggota PGA memeriksa lubang lombong yang ditemui Foto Hazsyah Abdul Rahman Lahad Datu Aktiviti melombong emas secar...
Laporan Khas Sindiket Lombong Emas Haram Curi Hasil Negara

Laporan Khas Sindiket Lombong Emas Haram Curi Hasil Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 331 hits
Selepas berpuluh tahun menjarah hasil negara akhirnya kegiatan sindiket melombong emas secara haram di Lahad Datu terbongkar Dipercayai aktif sejak 1990 an lagi sindiket itu menjalankan kegiatan berkenaan di kawasan hulu Sungai Bole yang te...
Lombong Emas Haram Lahad Datu 14 Pelaku Terbabit

Lombong Emas Haram Lahad Datu 14 Pelaku Terbabit

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 467 hits
ANTARA lombong emas haram yang ditemukan pihak berkuasa FOTO arkib NSTP 4 nyawa pernah terkorban di lombong emas haram Lahad Datu Seramai 14 pelaku termasuk wanita dipercayai terbabit dengan kegiatan melombong emas secara haram dengan penem...
Sanggup Korban Nyawa Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran Kematian Remaja 15 Tahun Buat Ramai Sebak

Sanggup Korban Nyawa Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran Kematian Remaja 15 Tahun Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 426 hits
Hebat kisah Ali Landi Nama terus jadi sebutan walaupun sudah menemui PENCIPTA NYA BARANGKALI nama Ali Landi kurang dikenali ramai namun percayalah pengorbanan remaja berusia 15 tahun itu cukup besar Meskipun usia pemuda beragama Islam itu m...
Pga Temui Alat Perlombongan Emas Haram Disorok Dalam Banir Balak Di Sungai Bole Ulu Segama Malua

Pga Temui Alat Perlombongan Emas Haram Disorok Dalam Banir Balak Di Sungai Bole Ulu Segama Malua

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 411 hits
Peralatan dan kelengkapan ditemui disyaki milik pelombong emas haram FOTO IHSAN PGA PGA temui alatan Pelombong emas haram disorok dalam banir balak di Sungai Bole Ulu Segama Malua Lahad Datu Pasukan Gerakan Am menemukan peralatan dan keleng...
Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram

Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 518 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menafikan terdapat perlantikan sebuah syarikat bagi melaksanakan program pemutihan terhadap tanah yang diteroka secara haram seperti tular dalam media sosial semalam Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Isma...
Video Baim Wong Biadap Dengan Warga Emas Sehingga Dikritik Netizen Indonesia

Video Baim Wong Biadap Dengan Warga Emas Sehingga Dikritik Netizen Indonesia

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 369 hits
Aktor kacak Indonesia Baim Wong dikenali sebagai figura yang baik hati kerana sering memberikan wang kepada setiap individu yang ditemuinya di jalanan
Dos Penggalak Warga Emas Dan Anggota Barisan Hadapan

Dos Penggalak Warga Emas Dan Anggota Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 184 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan akan memulakan dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang kurangnya enam bulan lepas Menterinya Khairy Jamaluddin Abu B...
Kenaikan Emas Didorong Oleh Inflasi As Yang Lebih Tinggi

Kenaikan Emas Didorong Oleh Inflasi As Yang Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 335 hits
Emas mencatatkan kenaikan harga yang luar biasa semalam setelah CPI AS berada di atas jangkaan Emas telah mengambil keuntungan dari penjualan Indeks Dolar Pasangan XAU USD meningkat lebih tinggi daripada 2 dalam sesi dagangan semalam Ia din...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu